Friday, August 23, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (21 OGOS 2013)

PEMANTAUAN PLN MEMANAH
Tarikh : 21 Ogos 2013 ( Selasa)
Tempat : Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 4.30 pm
Kehadiran : JPM, Atlet ( 10 Orang )

LAPORAN
Pemantauan yang telah dijalankan pada hari berkenaan program latihan berjalan seperti biasa dengan baik dengan kehadiran Jurulatih Penuh Masa dan 10 atlet yang sedang menjalani latihan bagi Persiapan untuk menyertai Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Utara Malaysia 2013 yang akan diadakan pada 4 hingga 8 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia. Melaka akan mengambil bahagian dalam acara recurve dan compound untuk memberi pendedahan dan pemilihan atlet-atlet SUKMA yang perlu melayakkan diri dalam Kontinjen SUKMA Melaka yang akan menyertai SUKMA Perlis 2014.
Perbincangan mengenai pembelian peralatan SUKMA 2014 bagi peralatan recurve dan compound yang telah dipersetujui untuk pembelian melalui tabung amanah bagi persiapan latihan dan pertandingan SUKMA 2014.
Perbincangan mengenai program latihan program after school yang kini dilatih oleh Cik Noor Ain binti Yunus sebagai JSM yang sedang melatih 15 atlet dibawah bawah umur 15 tahun. Latihan berjalan dengan baik dan latihan diadakan pada setiap sabtu dan ahad. Kekurangan peralatan asas menyebabkan atlet perlu berkongsi semasa menjalani latihan.
Sekian,

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment