Thursday, June 20, 2013

LAPORAN KEJOHANAN RENANG SPORTEXCEL/MILO/NSC/ASUM SIRKIT 2/2013 , MELAKA

Salam Sejahtera,


Seperti yang sedia maklum, Kejohanan Renang Sportexcel/MIL0/NSC/ASUM Sirkit 2, Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka telah pun melabuhkan tirainya pada 16 Jun 2013 (Ahad) yang lepas. Kejohanan ini berlangsung pada 15 dan 16 Jun 2013 di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka. Umum ketahui Melaka menjadi tuan rumah pada sirkit kali ini. Untuk makluman, pada bulan November ini, satu lagi kejohanan renang berprestij akan diadakan di negeri ini iaitu Kejohanan Piala Presiden (tarikh akan dimaklumkan kemudian)

Kejohanan kali ini disertai oleh 34 kelab seluruh Malaysia dan penyertaan peserta hampir 850 orang. Melaka mewakili 5 kelab iaitu Kelab renang Todak, NSH Swimming Club Melaka, Rakan Akuatik Remaja, Tanjong Puteri Swim Club dan WOW Aquatics. Sebanyak 48 acara dipertandingkan mengikut kumpulan umur tertentu, umur 10 dan kebawah (Group 4), umur 11-12 (Group 3), umur 13 - 14 (Group 2).

Secara keseluruhannya kelab Ikan Bilis Swimming Club daripada Selangor menggungguli sirkit kali ini dengan membawa 35 pingat (13 Emas, 9 Perak, 13 Gangsa), diikuti Pade - supersharkz 26 pingat (7 Emas, 10 Perak, 9 Gangsa) dan Blue Marlin Swim Club sebanyak 14 pingat (5 Emas, 4 Perak, 5 Gangsa).

Kelab daripada negeri Melaka berada di kedudukan 8, 9 10 dan 14 keseluruhan iaitu Tanjong Puteri Swim Club 10 pingat (2 Emas, 4 Perak, 4 Gangsa), Kelab Renang Todak 4 ( 2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa), NSH Swimming Club Melaka 6 (2 Emas, 4 Gangsa) dan Rakan Akuatik Remaja 5 pingat (4 Perak, 1 Gangsa).

Membanggakan apabila atlet Melaka daripada Kelab Renang Todak yang merupakan atlet Pelapis Melaka, Low Zheng Yong telah memecahkan rekod baru bagi acara 100m Butterfly (Boy) Group 4 dengan masa tercatat 1:10.27 memadamkan rekod lama yang dipegang oleh Lim Chin Hwang 1:12.03 pada tahun 2007. 

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

No comments:

Post a Comment