Monday, February 25, 2013

LAPORAN KLINIK MEMANAH BERSAMA KOLEJ KOMUNITI SELANDAR ( 23 FEBRUARI 2013)

TARIKH : 23 FEBRUARI 2013 (SABTU)
TEMPAT : LAPANGSASAR MEMANAH, AYER KEROH
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG


LAPORAN

Pada 23 Februari 2013 (Sabtu) telah dianjurkan Klinik Memanah bersama Kolej Komuniti Selandar dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka/Unit Sukan Prestasi Tinggi Melaka dan Persatuan Memanah Negeri Melaka bertempat di Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka. Kehadiran para pelajar seramai 30 orang termasuk tenaga pengajar dan pegawai belia dan sukan, En. Shashidharan Sivabalan yang tiba di pusat latihan telah disambut oleh pegawai daripada MSNM/USPTN dan Jurulatih Penuh Masa serta 2 orang pembantu. 

Klinik Memanah bermula dengan senaman ringan yang diketuai wakil pelajar dan aktiviti seterusnya JPM mengambil alih bagi sesi pengenalan dan penerangan lengkap mengenai sukan memanah, sejarah, peralatan, keselamatan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh setiap peserta klinik ini. Para pelajar juga didedahkan dengan sesi demontrasi memanah yang dibantu 2 orang pembantu JPM dan diberi peluang untuk mencuba memanah dengan diberikan 6 batang anak panah dan beberapa pusingan untuk membiasakan pelajar dengan latihan sebenar.

Tujuan Klinik Memanah ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan sukan memanah kepada para pelajar selain membudayakan sukan di kalangan pelajar IPTA/IPTS. Di samping itu juga melalui program seperti ini, pencarian bakat pelajar juga boleh dicungkil dan dikesan untuk mewakili IPTA/IPTS, negeri mahupun kebangsaan. 

Mini Pertandingan diadakan sebagai aktiviti kemuncak Klinik Memanah ini. Kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Tn. Hj Mohd Zufri b Yazid pada sesi petang memeriahkan lagi pertandingan yang sedang berlangsung disamping memberi semangat kepada pelajar untuk bersaing di mini pertandingan tersebut. Seterusnya beliau menutup program tersebut dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.  

Beliau menyokong program seperti ini agar terus diadakan secara berterusan supaya dapat menanam minat para pelajar dalam bidang sukan. Beliau juga menyokong penuh hasrat JPM, En. Zainuddin bin Talib agar para pelajarnya untuk mengambil bahagian di Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Melaka Kali Pertama 2013 Piala Ketua Menteri Melaka yang akan diadakan pada 7 hingga 10 Mac 2013 di Dewan MSNM/MBMB.

Sekian

No comments:

Post a Comment