Saturday, January 26, 2013

LAPORAN PROGRAM PEMILIHAN BAKAT BARU DALAM SUKAN TENPIN BOLING DI NEGERI MELAKA ( NATIONAL EVALUATION 2013 )

PROGRAM PEMILIHAN BAKAT BARU DALAM SUKAN TENPIN BOLING DI NEGERI MELAKA ( NATIONAL EVALUATION 2013 )

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka ingin mencari bakat-bakat baru dikalangan pelajar-pelajar sekolah di Negeri Melaka yang berminat dalam sukan Tenpin Boling berumur diantara 7 – 18 tahun. Pemilihan tersebut telah diadakan pada tarikh seperti berikut:- 

Tarikh              :           26 Januari 2013 ( Sabtu )                        Masa                :           10.00 Pagi                        Pendaftaran     :           9.00 Pagi                       
Tempat            :           Melaka Int. Boling Center (MIBC), Ayer Keroh

Mereka yang terpilih akan menjalani latihan boling di bawah program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka. Pihak kami menyediakan jurulatih bertauliah dan latihan percuma kepada mereka yang terpilih bertujuan untuk menyelaraskan program pembangunan tenpin boling negara dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat kebangsaan.

Seramai 107 peserta diseluruh Negeri Melaka telah hadir dalam sesi pemilihan. Tersebut.

Seramai 25 peserta dipilih oleh Persatuan Tenpin Boling Malaysia dan keputusan tersebut akan dikeluarkan persatuan di facebook Persatuan.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment