Tuesday, August 07, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING DAN KUNJUNGAN PEGAWAI CAWANGAN KEJURULATIHAN (7 OGOS 2012)

Sukan : Tenpin Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 7 Ogos 2012
Masa : 6.00 petang

Kehadiran : Marcus Lee (JPM), Amri Ahmad (JSM) dan 8 atlet lelaki hadir menjalani latihan pada hari ini.

Cik Nisha pegawai dari Bahagian Kejurulatihan hadir untuk membuat pemantauan JPM Boling iaitu En Marcus Lee di Pusat Latihan Negeri bagi sukan boling. Beliau berjumpa dengan jurulatih dan atlet yang sedang menjalankan latihan harian, menyemak program latihan dan maklumat-maklumat yang diperlukan dari fail Jurulatih Penuh Masa (JPM) untuk menilai mutu kerja dan peranan jurulatih dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Beliau juga telah meminta beberapa atlet di bawah jurulatih tersebut untuk mengisi borang bagi menilai Jurulatih Penuh Masa semasa menjalankan tugas melatih atlet.

Cik Nisha telah membuat teguran kepada jurulatih disebabkan beberapa dokumen yang diperlukan masih belum lengkap dan perlu dilengkap dengan kadar segera.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Tenpin Boling

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment: