Saturday, November 26, 2011

Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011

Tempat: Ayer Keroh D'Village Resort,Melaka
Tarikh: 25 - 27 November 2011

Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011 julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan untuk penyediaan pasukan Negeri Melaka ke Karnival Pelapis Negeri X Perlis yang akan berlangsung pada 07 - 12 Disember nanti.

Kehadiran atlet seramai 41 Atlet, 5 Jurulatih, 15 Pegawai MSN Melaka/USPTN sebagai Jawatankuasa pelaksanaan program untuk 5 Jenis Sukan iaitu Angkat Berat, Gimrama, Memanah, Sepaktakraw dan Tinju.

Bagi pengisian program, atlet diberikan jadual yang padat semasa kem ini dilaksanakan iaitu mulai Jam 6.45 pagi untuk sesi senaman dan diikuti latihan mengikut sukan masing-masing sehingga tengah hari.

Seterusnya, mereka akan didedahkan dalam kerja sepasukan untuk sesi mini explorer race berpandukan kompas. Sesi malam akan diberi ceramah motivasi dan post mortem sesi pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment