Friday, August 05, 2011

Perjumpaan bersama Pengerusi dan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri Melaka

Tempat: Bilik Mesyuarat Gerakan PTG
Masa: Jam 10.00 pagi

Laporan Ringkas:

Taklimat dimulakan dengan ucapan Tuan Pengarah kepada Persatuan-Persatuan Negeri Melaka termasuk beberapa Jurulatih yang hadir sama. Pnegerusi MSN YB Datuk Ab. Rahaman mempengerusikan taklimat kali ini untuk mengetahui masalah-masalah yang di hadapai oleh pihak persatuan. Maklum balas ini dipohon untuk dimajukan kepada kerajaan negeri seperti elaun-elaun sukan malaysia yang akan datang, peralatan, tempat latihan dan sebagainya.

Kehadiran amat memuaskan hampir kesemua s/u persatuan hadir ke perbincangan kali ini. Terdapat beberapa isu yang di bangkitkan kali ini seperti elaun jurulatih dan pengurus ke Sukan Malaysia, di Kuala Lumpur 2011 baru-baru ini, senarai nama atlet-atlet yang ditukar pada saat-saat akhir tanpa alasan yang yang munasabah akan ditanggung oleh pihak persatuan,

Pengerusi telah mencadangkan geran tahunan akan diberikan kepada Pihak Persatuan Sukan Negeri untuk Pentadbiran dan Pengurusan selain bantuan peruntukan kejohanan atau aktiviti yang dipohon kepada MSN Melaka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment