LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN : Angkat Berat
TARIKH : 16 Mac 2016 (Rabu)
MASA : 7.00 pagi - 10.00 malam
TEMPAT : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan MSN Kelantan
KEHADIRAN :
1) En.Giam Fook Pang
2) En.Khairun Haled bin Masrom
3) Jurulatih - Pelapis Serantau / YOG / JSM Selangor, Kedah, Sabah, Johor
4) SDO - Selangor, Melaka, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang
5) Atlet (24 lelaki, 15 wanita)
LATIHAN : -TIADA-
UJIAN : Ujian Kecergasan & 1RM Test
PERTANDINGAN : -TIADA-
KECEDERAAN : -TIADA-
PERALATAN : -TIADA-
PROGRAM BINAAN : Kem Bakat Angkat Berat 1/2016, Kota Bharu, Kelantan
ULASAN :
1. Hari kedua kem dimulakan dengan perhimpunan pagi beserta nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya atlet melakukan warm up dan jogging untuk memanaskan badan sebelum sesi ujian kecergasan dijalankan oleh pegawai ISN Negeri Terengganu.
2. Test battery yang dijalankan adalah seperti antropometrik, squat vertical jump, medicine ball throw, 20m lari pecut, max push up dan sit up serta plank test kepada semua atlet yang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan.
3. Sesi petang diteruskan dengan ujian 1RM yang merangkumi bench press max dan squat max. Berat atlet ditimbang semula untuk pembahagian kategori bagi latihan dan mini competition yang akan dijalankan pada hari Sabtu ini.
4. Sesi malam di isi dengan kelas Asas Pemakanan Sukan bersama Cik Atiqah Jalila bt Jusoh daripada ISN Terengganu serta atlet didedahkan dengan demo membuat air sukan.
Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat
No comments:
Post a Comment