Tuesday, March 03, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (2 MAC 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 2 Mac 2015 (Isnin)

Masa : 6.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM (1 orang)
2. Atlet (2 orang)

LATIHAN

1. Snatch
2. Clean & Jerk
3. Back Squat
4. Pull Snatch

UJIAN
-TIADA-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan dan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2015 pada 12-16 Mac di KBS Batu Uban, Pulau Pinang.

2. Kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil 1/2015 pada 20-22 Mac 2015 di Centre Court Paroi, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1. Perbincangan bersama JSM berkenaan maklumat dan bilangan atlet bagi tahun 2015 untuk dikemaskini. Jumlah terkini atlet di PLN Angkat Berat Melaka seramai 13 orang.

2. Perbincangan berkenaan kejohanan yang akan disertai di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berkenaan bilangan dan senarai nama atlet terlibat, jurulatih, pergerakan pergi, keperluan, syarat pertandingan dan lain- lain.

3. Memaklumkan semula kepada JSM berkenaan penyediaan pelan periodisasi, ujian spesifik dan ujian kecergasan atlet.

4. Merancang dan bertanya pendapat melalui pengalaman JSM untuk mengadakan TID dan Klinik Angkat Berat sekitar Mac atau April di sekolah berhampiran PLN dan PPS dan akan dibincangkan dalam mesyuarat JKK dalam masa terdekat.

5. Menyerahkan surat pelepasan pelajar dan CTR jurulatih ke kejohanan di Pulau Pinang dan memberikan senarai peralatan keperluan yang akan dipinjamkan kepada tuan rumah untuk menjayakan Kejohanan Interzon Selatan Bil 1/2015, Negeri Sembilan pada 20-22 Mac 2015 ini.

6. JSM memaklumkan dan memohon pertimbangan untuk membantu memurnikan kawasan dan peralatan di PLN.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 2 Mac 2015


No comments:

Post a Comment