Tarikh : 26 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 12.00 tengah hari
LAPORAN
Pemantauan ke Dewan Gimnasium Ayer Leleh untuk memeriksa keadaan kawasan pusat latihan yang dilaporkan diserang anai-anai bersama Ketua Pembantu Tadbir MSNM, penjaga dewan dan kontraktor berlesen. Pengarah MSNM telah mengarahkan kawasan tersebut diperiksa dan mengambil tindakan secepat mungkin.
Pemeriksaan dijalankan dikeseluruhan dewan termasuk tandas, stor, kawasan gimrama dan gimnastik. Kawasan luar juga turut diperiksa dan perbincangan bersama kontraktor berkenaan penyelesaian serangan anai-anai tersebut.
Tindakan segera akan diambil oleh pihak MSNM untuk membaikpulih keadaan dewan tersebut supaya atlet boleh menjalani latihan seperti biasa dan selesa.
Semasa pemantauan dijalankan, terdapat 3 ekor musang dijumpai dan dipercayai memasuki kawasan tersebut di lubang pintu grill dewan yg tidak ditutup rapi. Penjaga dewan telah mengeluarkan haiwan tersebut serta merta.
Sekian.
No comments:
Post a Comment