Tuesday, February 03, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (1/02/2015)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 1 Februari 2015
Masa : 10.00 pg


Kehadiran :

Jurulatih :
1. En. Zainuddin bin Talib (JPM)
2. Cik Zulaika binti Husin (JSM)
3. Juwaidi (JSM - SUKMA)

Atlet : 28 orang



LAPORAN :

1. Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan Program Pembangunan Pelapis dan Program Penggalakkan Sukan (PPS) bagi tahun 2015. Pemilihan senarai nama atlet yang terpilih dalam Program Pelapis, PPS dan SUKMA Sarawak 2016.

2. Mengadakan jamuan makan kepada semua atlet memanah yang terpilih dalam program bagi tahun 2015.

3. Cadangan Cik Zulaika binti Husin akan dilantik sebagai jurulatih sambilan bagi tahun 2015 menggantikan puan Nor Fazlin binti Husain yang tidak menyambung kontrak.

4. Persatuan akan mengadakan Kejohanan 3rd MELAKA INDOOR ARCHERY CHAMPIONSHIP bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka yang akan diadakan pada 27-29 Mac 2015 bertempat di Dewan MSN Ayer Keroh, Melaka.


Sekian, terima kasih.


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment