Wednesday, February 25, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PUSAT LATIHAN NEGERI OLEH PENGURUS SUKAN BAGI SUKAN MENEMBAK, LAWN BOWL DAN WUSHU

Untuk makluman, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara telah menjalankan satu pemantauan Audit Pengurusan di Unit Sukan prestasi Tinggi Negeri Melaka bagi memantau semua pusat latihan dan menyemak semua sistem fail dibuat mengikut keperluan yang telah ditetapkan.

Pemantauan ini dijalankan oleh En. Vimalan A/L Palaniappan, pengurus sukan, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara  pada 23 hingga 25 Februari 2015 selama 3 hari. Program pelapis Melaka mempunyai 12 pusat latihan melibatkan 12 jenis sukan.


Hasil Pemantauan Program lebih ditekankan seperti berikut :
-          - Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet semasa sedang menjalani latihan harian.
-          - Membincangkan mengenai keperluan pusat latihan dari segi keperluan kemudahan, peralatan latihan dan keadaan pusat latihan mesti dalam keadaan baik dan selesa.
-          - Perancangan jurulatih dalam perancang program latihan dan perancangan pelan periodisasi.
-          - Penekanan untuk persediaan atlet dalam program binaan seperti ujian kecergasan, ujian spesifik yang boleh diukur mengikut sukan dilaksanakan oleh jurulatih  dan pengurus sukan.
-          - Perlu merancang program dan bantuan sains sukan yang diperlukan kepada  pihak ISN Melaka seperti suian fizikal, tid, fisiologi senam dan pemakanan. Sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
-          - Keperluan peralatan asas untuk menjalani latihan perlu dimaklumkan kepada pengurus sukan agar kekurangan keperluan tersebut dapat disediakan dengan kadar segera.
-          - Mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dan jurulatih tidak perlu mempunyai atlet yang terlalu ramai tapi tidak berkualiti.
-          - Program attachment boleh dirancang dengan menjalani latihan bersama dengan pelapis kebangsaan dan pelapis serantau atau ke negeri-negeri yang lebih bagus.
- Bagi Sukan wushu, menembak dan lawn Bowl program telah dijalankan mengikut masa yang telah tetapkan. Sukan Lawn Bowl dan wushu bermula program pada 1 Februari 2015 manakala sukan menembak bermula pada 1 Januari 2015.

- Semua pusat latihan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.


Pemantauan sukan pada hari pertama pada 23/2/2015 di pusat latihan sukan Tenis, memanah dan skuasy.
Pemantauan sukan pada hari pertama pada 24/2/2015 di pusat latihan pelayaran, gimnastik/gimrama, angkat berat, teakwando, menembak, lawn bowl dan wushu.
Turut bersama pegawai dari USPTN Melaka iaitu En. Lutfi Asiman, Noor Faezah bte Jamaluddin dan Mohd Akhbar bin Idris, Muhammad Hafiz bin Deli dan Noraishah binti Mohd Jamil.

Sekian, terima kasih.


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.


No comments:

Post a Comment