Tarikh : 2 Oktober 2014 ( Khamis)
Tempat dan Masa :
1) Sekolah Kebangsaan Seri Duyung ( 10.00 pagi)
2) Sekolah Kebangsaan Duyung (11.00 pagi)
LAPORAN
Pencarian bakat pada hari kedua membabitkan 2 buah sekolah yang membabitkan 160 pelajar tahun enam. Pemilihan dijalankan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh jurulatih berdasarkan fizikal murid.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan Guru Besar, GPK KoKu dan guru-guru sekolah sangat menggalakkan dan memudahkan pencarian atlet sepanjang ianya dijalankan.
Taklimat ringkas diberikan kepada murid-murid dan guru terlibat berkenaan program dan sukan menembak oleh SDO dan sesi pencarian dijalankan oleh jurulatih dan dibantu oleh pengurus lapangsasar dan SDO.
Murid yang terpilih akan disaring sekali lagi melalui borang ujian ringkas yang diedarkan dan murid terpilih diperingkat seterusnya akan mengikuti program talentspot yang dijangka dijalankan pada bulan November 2014 untuk diserap sebagai pelapis baru negeri Melaka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment