Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka telah mengadakan perjumpaan bersama Ibubapa, atlet, jurulatih dan Persatuan Boling Negeri Melaka bagi membincangkan hala tuju sukan boling dan Perancangan Program Pembangunan Pelapis USPTN Melaka pada tahun 2014. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 11 Mac 2014 (Selasa) jam 3.30 petang bertempat di Bilik Persatuan Boling Negeri Melaka di MiBC, Ayer Keroh, Melaka.
Kehadiran :
1. Penyelaras Sukan Boling MSN Melaka
2. Ibubapa (14 orang)
3. Atlet (16 orang)
4. Jurulatih – JSM (2 0rang)
5. Persatuan Boling Negeri Melaka (2 orang)
Dalam perbincangan tersebut pihak USPTN Negeri Melaka telah menerangkan program yang telah dirancang bagi tahun 2014 termasuklah :
i. Status Jurulatih dan Pusat Latihan
ii. Kuota pendedahan pertandingan
iii. Sewaan lane
iv. Program Binaan
v. Program tindik bersama pasukan SUKMA Negeri Melaka
vi. Jadual Latihan
vii. Peruntukkan yang akan dibiayai dalam pertandingan
viii. Penilaian prestasi atlet bagi tahun 2013 dan 2014 yang terkini
ix. Hal-hal lain
Dengan adanya perbincangan ini segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan berharap tahun 2014 Sukan Boling di Melaka akan meningkatkan prestasinya pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
Sekian.
--
--LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.
Tel: +606-336 3144 | Fax: +606-336 3142
No comments:
Post a Comment