Monday, March 10, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 DAN 14 TAHUN, KUALA LUMPUR 2014

Unit Sukan Presatsi Tinggi Negeri, Majlis Sukan Negeri Melaka telah menghantar peserta bagi menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Bawah 16 dan 14 Tahun yang telah diadakan pada 1-4 Mac 2014 bertempat di Kompleks MSN Keramat, Kuala Lumpur.

Kejohanan tersebut aadah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Melaka menghantar 1 regu bawah 16 tahun dan 1 regu bawah 14 tahun.

Keputusan :

Regu Melaka bawah 16 tahun tewas diperingkat pusingan ke 2 dengan regu dari Negeri Perak dengan mata 2-0. Sebelum itu Melaka telah menjadi Naib Juara peringkat kumpulan apabila menang kepada Pahang 2-0 dan tewas kepada pasukan Terengganu 1-2.

Manakala Regu bawah 14 Tahun tewas diperingkat sukuakhir dengan pasukan Negeri Selangor dengan mata 2-0.



Sekian



--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment