LAPORAN PROGRAM BINAAN
SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh : 20 Mei 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan MSN/ SSN Seri Kota, Ayer Leleh, Melaka
Kehadiran :
1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
- Muhammad Hafiz Bin Deli
- 5 orang pelajar praktikal MSN
2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 8 orang termasuk 2 orang praktikal)
3. JSM - 3 orang (2 PLN, 1 PPS Jasin)
4. Atlet/ Urusetia - 4 orang
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun - 50 orang
6. Sekolah Menengah Tun Tijah - 30 orang
7. Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir - 20 orang
PROGRAM BINAAN
1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat di Dewan MSN/ SSN Seri Kota, Ayer Leleh, Melaka pada 20 Mei 2015
ULASAN
Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 20 Mei 2015 di Dewan MSN/SSN Seri Kota, Ayer Leleh yang melibatkan tiga buah sekolah (SMK Durian Daun/ SK Ujong Pasir/ SMK Tun Tijah) dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka.
Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh jurulatih/ atlet/SDO dan pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.
Sesi pengenalan / klinik asas dijalankan selepas tamat ujian yo-yo. Taklimat awal berkenaan program telah disampaikan oleh SDO dan sesi pengenalan alatan asas dan latihan diambil alih oleh JSM dan atlet terlibat menunjukkan demo angkatan snatch, clean dan jerk. Video angkatan bebanan juga turut didedahkan kepada pelajar-pelajar terbabit. Pelajar-pelajar yang terlibat pada sesi TID kali ini turut diberikan peluang untuk mencuba secara praktikal dan amali (pendedahan) dengan alatan angkat berat dan sesi soal jawab turut dibuka.
Program bersurai jam 12.30 tengah hari dengan sedikit jamuan kecil.
Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka
Tarikh : 22 Mei 2015
No comments:
Post a Comment