Saturday, February 15, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (8 FEBRUARI 2014)

Salam,

Laporan Pemantauan Sukan Menembak.

TARIKH    :  8 Februari 2014 (Sabtu)
MASA       : 10.45 pagi – 11.30 pagi
TEMPAT   :  Lapang Sasar Menembak, Ayer Keroh Melaka

HADIR  :

JLN  - 1 orang
JPM - 1 orang
Atlet - 19 orang
Wakil Persatuan - 2 Orang

LATIHAN

1. Latihan 10m Rifle oleh JPM dan 25m Air Pistol oleh JLN.


PERTANDINGAN

Persediaan untuk menghadapi Kejohanan Menembak di Subang pada 18 - 22 Feb 2014.

KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Makluman pihak persatuan beberapa peralatan perlu digantikan dengan "spare part" baru. Permohonan persatuan telah diterima oleh pihak MSN berkaitan perkara ini dan berada di peringkat proses kewangan.

PROGRAM BINAAN.

Tiada.

ULASAN KUN

1. Terdapat perselisihan faham diantara JPM dan JLN semasa menjalani latihan. Makluman JPM bahawa JLN tidak membenarkan JPM dan beberapa atlet masuk range 10m. Semasa kehadiran KUN di lapang sasar, satu perjumpaan JPM dan JLN bersama KUN telah diadakan dan diberi penjelasan bahawa JPM dan JLN perlu bekerjasama semasa menjalani program latihan mengikut kemahiran masing-masing.

2. Maklumat kehadiran JPM juga telah sediamaklum oleh pihak persatuan dan bersetuju bahawa JLN dan JPM perlu bekerjasama untuk meningkatkan prestasi atlet dari segi pencapaian.

3. Kehadiran atlet memuaskan. Pemerhatian awal 9 atlet senior mengikuti JPM di range 10m dan 3 atlet mengikuti JLN di range 25m.

Sekian.


Mohammad Zaki bin Zainal Abidin
Ketua Unit
USPTN Melaka
Majlis Sukan Negeri Melaka
http://www.usptnmlk.blogspot.com

No comments:

Post a Comment