TEMPAT : SJK (C) Cheng
MASA : 10.00 pagi - 11.00 pagi
KEHADIRAN : JLN, JPM
(25 Lelaki, 17 Perempuan)
LAPORAN
Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet yang sangat memberangsangkan. Latihan bermula seawal 8.00 pagi di tapak latihan SJK (C) Cheng dimulakan dengan rutin biasa. Atlet dipantau oleh JLN dan JPM menjalani disiplin - disiplin wushu sedia ada. Atlet-atlet yang hadir pada hari ini mengambil kesempatan untuk bersiap sedia untuk persiapan terakhir bagi mengadakan persembahan pada malam ini sempena Chap Goh Meh di Pentas Jonker Walk, Melaka yang turut disertai dua orang atlet Melaka yang kini merupakan atlet Pelapis Kebangsaan dan Elit daripada Bukit Jalil.
Sekian.
Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu
No comments:
Post a Comment