Thursday, February 07, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (3 FEBRUARI 2013)

Laporan Pemantauan Sukan Menembak.

TARIKH    :  3 Februari 2013 (Ahad)
MASA       : 12.00  – 12.30 tgh hari
TEMPAT   :  Lapang Sasar Menembak, Ayer Keroh Melaka

HADIR  :

JLN - 1 orang
Atlet - 7 orang (2 Wanita, 5 Lelaki)


LATIHAN

1. Latihan seperti biasa. 10 meter air pistol dan riffle. Kemahiran latihan mengikut bacaan SCATT.


PERTANDINGAN

Kejohanan Sportexcel MILO/NSC/NSAM Junior Circuit 1 2013, Subang.  Penyertaan 2 atlet lelaki pelapis dari Negeri Melaka bagi acara Air Pistol dengan kelulusan peruntukan MSN Melaka. Secara keseluruhan 5 atlet Melaka menyertai kejohanan ini.

KECEDERAAN

Tiada

PERALATAN

Perbincangan bersama pihak persatuan mencadangkan peralatan Air Pistol dan Riffle ditukar untuk pembelian dari yang lama kepada yang baru.

PROGRAM BINAAN.

Tiada.

ULASAN KUN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan. Pemerhatian kepada JLN lebih menumpukan latihan kepada 10 m sahaja. 25 m dan 50 m masih kurang atlet menjalani latihan. Pihak KUN masih menunggu program latihan dari JLN tersebut untuk perlaksanaan prrogran tahun 2013 sukan menembak. Peringkat awal telah dimaklumkan bahawa program latihan diserahkan kepada SDO secara weekly program dan perlu dibincangkan semula.  

2. Perbincangan bersama pihak persatuan bagi cadangan lantikan JSM sukan menembak bagi tahun 2013 sekiranya ada untuk pelaksanaan program tahun 2013.

Sekian


No comments:

Post a Comment