Tarikh : 16 November 2014 (Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong Melaka
Masa : 3.00 petang
LAPORAN
Taklimat bagi pengambilan baru atlet renang telah dijalankan pada 16 November 2014 lalu di Pusat Akuatik Hang Jebat dengan kehadiran lebih 20 pasangan ibubapa dan anak-anak mereka bagi pengambilan kali ini oleh pihak persatuan di Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik Hang Jebat.
Pemilihan kali ini telah diedarkan surat jemputan ke sekolah-sekolah sekitar PLN bagi murid tahun 1 hingga 3 yang berminat dan telah mengetahui asas stroke berenang.
Ibubapa dimaklumkan lanjut oleh Presiden persatuan mengenai program, jadual latihan, matlamat dan syarat-syarat. Atlet yang hadir pada sesi kali ini dijemput menjalani ujian dan latihan bermula hari Selasa, 18 November 2014 bermula jam 3 hingga 4 petang selama 4 bulan percubaan sebelum diserap masuk ke program Pelapis.
Sekian.
(Ihsan gambar oleh Setiausaha Kehormat PRAM)
No comments:
Post a Comment