Friday, November 28, 2014

LAPORAN LATIHAN TINDIK (ATTACHMENT) SUKAN MENEMBAK BERSAMA NEGERI SELANGOR / WILAYAH PERSEKUTUAN / NEGERI SEMBILAN / MELAKA (HARI KEDUA / AKHIR)

Tarikh : 27 November 2014 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang, Selangor

LAPORAN

Merupakan hari kedua / akhir bagi sesi latihan tindik bersama negeri Selangor / Melaka / Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan sesi 2014. Aktiviti hari ini diisi dengan mini game bagi setiap negeri dengan tembakan 40 butir setiap atlet.

Markah dikira oleh jurulatih masing-masing dan perjumpaan dan perbincangan diadakan diantara jurulatih dan atlet untuk melihat kembali untuk meminimumkan kesilapan yang dibuat setiap atlet.

Menjelang tengah hari, turut hadir, Ketua Unit Selangor, Pn. Zie Ileana Izra bte Ujang yang turut ditemani  En. Norazizam b Mohammad Nor, PPN USPTN Selangor untuk melihat perjalanan latihan tindik seterusnya menutup latihan tindik tersebut.

Sekian.

LAPORAN TAKLIMAT BAGI PENGAMBILAN ATLET RENANG BARU (TID) KEPADA IBUBAPA (16 NOVEMBER 2014)

Tarikh : 16 November 2014 (Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong Melaka
Masa : 3.00 petang

LAPORAN

Taklimat bagi pengambilan baru atlet renang telah dijalankan pada 16 November 2014 lalu di Pusat Akuatik Hang Jebat dengan kehadiran lebih 20 pasangan ibubapa dan anak-anak mereka bagi pengambilan kali ini oleh pihak persatuan di Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik Hang Jebat.

Pemilihan kali ini telah diedarkan surat jemputan ke sekolah-sekolah sekitar PLN bagi murid tahun 1 hingga 3 yang berminat dan telah mengetahui asas stroke berenang.

Ibubapa dimaklumkan lanjut oleh Presiden persatuan mengenai program, jadual latihan, matlamat dan syarat-syarat. Atlet yang hadir pada sesi kali ini dijemput menjalani ujian dan latihan bermula hari Selasa, 18 November 2014 bermula jam 3 hingga 4 petang selama 4 bulan percubaan sebelum diserap masuk ke program Pelapis.

Sekian.

(Ihsan gambar oleh Setiausaha Kehormat PRAM)


Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN LATIHAN TINDIK SUKAN MENEMBAK BERSAMA NEGERI SELANGOR / WILAYAH PERSEKUTUAN / NEGERI SEMBILAN / MELAKA (HARI PERTAMA)

Tarikh : 26 November 2014 ( Rabu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang, Selangor

LAPORAN

Merupakan hari pertama bagi latihan tindik bersama 4 negeri bagi sukan menembak 2014.

Tujuan adalah untuk berlatih bersama negeri berdekatan dan mengadakan mini game untuk menilai prestasi atlet semasa.

Atlet Melaka seramai 7 orang dibawa bersama untuk berlatih dan didedahkan dengan cara latihan dengan negeri-negeri yang terlibat.

Mini game akan dijalankan pada 27 November 2014 kepada semua atlet terlibat.

Sekian.

Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (24 NOVEMBER 2014)


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh : 24 November (Isnin)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh

Kehadiran: 
1. Pengarah MSNM
2. Ketua Unit USPTN
3. pegawai MSNM
4. Pegawai Jabatan Keselamatan Negara
5. SDO
6. JPM
7. Pengurus lapangsasar
7. Atlet - 6 orang

LATIHAN
1. Latihan air rifle dan air pistol menggunakan scatt.

UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
- TIADA-


KECEDERAAN
 -TIADA-

PERALATAN
1) Perlu mendapatkan bantuan bagi membaiki senjata.

PROGRAM BINAAN
1) Latihan tindik bersama negeri Selangor / Wilayah Persekutuan / Negeri Sembilan danMelaka dijadualkan pada 26 dan 27 November di Lapangsasar Subang, Selangor.

ULASAN
1. Lawatan tapak lapangsasar menembak bersama Pengarah MSNM/Ketua Unit/Pegawai MSNM/SDO/Pegawai  JSO untuk cadangan keselamatan kawasan lapangsasar.
2. Latihan dijalankan seperti biasa dan persiapan ke latihan tindik bersama negeri Selangor/Wilayah Persekutuan/Negeri Sembilan pada 26 dan 27 November 2014 di Subang.
3. Perbincangan bersama JPM berkenaan Kejohanan Bawah 16 Tahun Sirkit 3/2014 di Pahang pada 1 hingga 5 Disember 2014.
Sekian terima kasih.

 Laporan di sediakan oleh:
Noraishah Bt Md.Jamil
PPN Sukan Menembak Negeri Melaka
Tarikh : 25 November 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (18 NOVEMBER 2104)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: AKUATIK - RENANG

Tarikh : 18 November 2014 (Selasa)
Masa : 3.45 petang
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong

Kehadiran: 
1. JLN
2. Atlet - 37 orang 
                         
LATIHAN
1. Land Exercise 
2. 200m warm up
3. 40 x 50m free paddle pullboil
4. 20 x 50m free
5. 10 x 50m (4 stroke)
6. 8 x 15m ( 4 stroke - sprint)
7. 400m easy


UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
1) Persiapan Kejohanan 33rd Presiden Cup Swimming, Bukit Jalil

KECEDERAAN
 -TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1. Sesi pengenalan kepada atlet TID baru yang diadakan pada  16 November 2014 jam 3.00 petang di PLN. Seramai 17 orang atlet hadir untuk sesi pertama pengenalan tersebut berkenaan pengenalan stroke.
2. JLN memaklumkan akan bercuti bermula pada 27 November hingga 9 Disember 2014.
3.  Persiapan atlet bagi kejohanan terdekat pada 28 hingga 30 November iaitu Presiden Cup di Bukit Jalil. 
Sekian terima kasih.

 Laporan di sediakan oleh:
Noraishah Bt Md.Jamil
PPN Sukan Renang Negeri Melaka
Tarikh : 25 November 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON (PUSINGAN AKHIR) SUKAN MENEMBAK


Tarikh : 13 hingga 16 November 2014
Tempat : Lapangsasar Menembak SUKPA, Pahang
Sukan : Menembak

LAPORAN

Telah dijalankan Kejohanan Antara Zon (Pusingan Akhir) bagi 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Memanah, Menembak, Tinju, Terjun, Sepaktakraw, Gimnastik Artistik dan Olahraga di Kuantan Pahang di mana semua negeri telah turun berkampung selama 4 hari 3 malam di sekitar Kuantan, Pahang.

Negeri Melaka telah menghantar atlet bagi sukan Angkat Berat, Memanah, Menembak, Tinju, Sepaktakraw, Gimnastik Artistik dan Olahraga bagi siri akhir ini. 

Sukan menembak telah menghantar seramai 8 orang atlet untuk mewakili zon selatan pada sesi akhir ini. Terdapat 5 zon bertanding (Zon Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Borneo) dipertemukan di Kuantan pada sesi akhir ini yang merupakan julung kali diadakan untuk atlet merasai kejohanan peringkat kebangsaan.

Atlet menembak berjaya membawa pulang 4 gangsa (1 individu, 3 berkumpulan).Tahniah diucapkan.

Sekian.

Monday, November 24, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BERBASIKAL (22 NOVEMBER 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: BERBASIKAL TREK
Tarikh: 22 November 2014
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Stadium Hang Jebat
Kehadiran:
1.     En khairi bin amzah JSM
ATLET
1. 5 Atlet hadir.
LATIHAN
1. Latihan bermula jam 9 pagi seramai 5 orang atlet yang hadir.
PERTANDINGAN
Tiada pertandingan
KECEDERAAN
    1. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini
PERALATAN
1.     Peralatan untuk atlet berbasikal melaka dalam keadaan membimbangkan.
2. Tiada basikal yang sesuai untuk kejohanan trek digunakan semasa latihan.
3. kebanyakan atlet berbasikal trek melaka diambil daripada atlet bmx.
4. Akan tetapi ada peningkatan penggunaan basikal fixie untuk latihan
ULASAN
1.    Jurulatih komited dalam latihan dan dibantu jurulatih bmx melaka.
2. Atlet bersungguh sungguh semasa latihan yang dijalankan.
3. Atlet komited terhadap latihan dan ada yang terpaksa bergilir kerana basikal tidak cukup.
4.pihak usptn cuba memohon bantuam ms negeri untuk pembelian basikal latihan untuk atlet berbasikal trek.

Sunday, November 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN PERAHU LAYAR (23 NOVEMBER 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: PERAHU LAYAR
Tarikh: 23 November2014
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Masjid Tanah
Kehadiran:
1.     En Khmbali, JPM
2.     en Khairul Anuar JSM
ATLET
1. 10 Atlet hadir.
LATIHAN
1. Latihan bermula jam 11 pagi seramai 10 orang atlet yang hadir.
PERTANDINGAN
Kejohanan perahu layar  Regatta Perak
KECEDERAAN
    1. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini
PERALATAN
1.     Peralatan dalam keadaan baik.
2.   Layar baru digunakan dan berkeadaan baik.
3. Susun atur peralatan amat memuaskan.
4. Ada tagging pada setiap alat supaya memudahkan kerja
ULASAN
1.    Jurulatih komited dalam latihan walaupun tiada pertandingan dalam masa terdekat.
2. Peralatan disusun kemas.
3. Atlet bersungguh sungguh semasa latihan yang dijalankan.

Saturday, November 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TINJU (22 NOVEMBER 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN
SUKAN: TINJU
Tarikh: 22 November 2014
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Stadium Hang Jebat Melaka
Kehadiran:
1.     En Azam bin Jaafar JSM
ATLET
1. 15 Atlet hadir.
LATIHAN
1. Latihan bermula jam 8 pagi seramai 15 orang atlet yang hadir.
PERTANDINGAN
1.KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3 pada 25-29 NOVEMBER 2014
KECEDERAAN
    1. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini
PERALATAN
1.     Peralatan latihan dalam keadaan memuaskan dan atlet sudah menerima peralatan baru
ULASAN
1.    Jurulatih komited dalam latihan.
2. Atlet bersungguh sungguh semasa latihan yang dijalankan.
3. Pihak USPTN negeri telah merancang bekerjasama dengan pihak ISN untuk Program TID yang dijangka dibuat pada bulan 12.
4. Atlet dilatih mengikut kesesuaian fizikal, melakukan latihan fitness dan light sparing bersama angkatan tentera.

Friday, November 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (20/11/2014)


Sukan   : Tenpin Boling
Tempat : MiBC, MITC, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh    : 20 November 2014
Masa     : 5.30 ptg


Kehadiran :

- Coach Shahardi bin Hamzah (JSM)
- 12 atlet (3 wanita, 10 lelaki)



LAPORAN :

1. Latihan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dengan kehadiran seramai 12 orang atlet dan seorang jurulatih iaitu En. Shahardi bin Hamzah (JSM). En. Amri bin Ahmad (JSM) tidak dapat bersama hadir dalam latihan pada hari ini disebabkan menyertai Kejohanan Boling Kuala Lumpur International Open 2014 sebagai jurulatih yang berlangsung pada 14 hingga 22 November 2014 di Megalanes, Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

2. Untuk makluman latihan boling USPTN Melaka akan tamat pada hari ini 20 November 2014. Program akan dimulakan pada tahun 2015 akan dating.

3. Pemilihan atlet pelapis Negeri Melaka akan diadakan pada bulan Januari 2014. Tarikh pemilihan akan dikeluarkan ole pihak Malaysia Tenpin Bowling Congres (MTBC) nanti.



Sekian, terima kasih.




--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.