Sunday, May 25, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SUKAN WUSHU (11 Mei 2014)

Tarikh : 11 Mei 2014 ( Ahad)
Tempat : Dewan SJKC Wen Hua

LAPORAN

Satu kejohanan dalaman sukan Wushu telah diadakan pada 11 Mei 2014 yang lalu membabitkan atlet wushu dari pelbagai sekolah rendah dan menengah di sekitar negeri Melaka.

Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama pihak persatuan dan Majlis Sukan Negeri Melaka ini berlangsung selama satu hari dengan penyertaan lebih 150 orang atlet.

Kejohanan kali ini bertambah meriah dengan kehadiran atlet SUKMA XVII yang mempamerkan latihan mereka kepada atlet muda yang lain sebagai pemangkin minat dan motivasi agar mereka terus berlatih gigih dan dipilih untuk mewakili negeri ke kejohanan yang lebih tinggi.

Sekian

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

No comments:

Post a Comment