Thursday, May 29, 2014

LAPORAN TEMASYA SUKMA XVII, PERLIS 2014 (SUKAN SILAT)

‎Sukan Silat

Laporan:

Tahniah diucapkan kepada pasukan silat Melaka menutupkan tirai dengan Jumlah Pungutan Pingat 2 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa pada temasya kali ini。 

Pasukan silat melepasi sasaran pingat yang ditetapkan 1 emas dan 1 perak semoga maju jaya di masa akan datang。 Tahniah Melaka!!!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, May 26, 2014

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA ATLET SUKMA XVII SUKAN MENEMBAK ( 22 Mei 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 22 Mei 2014 (Khamis)

MASA : 4.30 petang

TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Melaka

KEHADIRAN : JPM / Pengurus Pasukan SUKMA XVII / 2 orang ibubapa / Atlet - 12 orang

LATIHAN
-TIADA-

UJIAN
-TIADA-

PERTANDINGAN
-TIADA-

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

ULASAN
1. Perjumpaan bersama atlet SUKMA XVII bagi penyerahan pakaian SUKMA dan penerangan lanjut berkenaan pergerakan ke Perlis. Pasukan akan bertolak pada 28 Mei 2014 jam 9.00 pagi dan berkumpul di Lapangsasar Menembak Ayer Keroh.

2. Setiap atlet diberikan surat kebenaran ibubapa dan penerangan lanjut berkenaan peraturan semasa SUKMA dan peringatan 'doping' ketika temasya tersebut berlangsung.

3. Perbincangan masalah yang dihadapi atlet dan sesi soal jawab bersama atlet,jurulatih dan pengurus pasukan.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Tarikh : 26 Mei 2014
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 25, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (18 MEI 2014)

Tarikh : 18 Mei 2014 ( Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 11.30 pagi
Kehadiran : JLN / JPM / Atlet 11 orang

LAPORAN

Latihan hari ini memfokuskan kepada acara 10m air rifle dan air pistol serta dry fire 25m pistol.

Kehadiran atlet pada hari adalah seperti kebiasaan dan atlet berlatih mengikut program yang diberikan oleh jurulatih masing - masing.

PLN juga didatangi oleh jurulatih pelapis kebangsaan untuk melihat atlet berlatih. Kemahiran beliau juga dikongsi bersama atlet dan diharap ilmu tersebut dapat digunakan sebagai persiapan atlet menjelang SUKMA XVII.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SUKAN WUSHU (11 Mei 2014)

Tarikh : 11 Mei 2014 ( Ahad)
Tempat : Dewan SJKC Wen Hua

LAPORAN

Satu kejohanan dalaman sukan Wushu telah diadakan pada 11 Mei 2014 yang lalu membabitkan atlet wushu dari pelbagai sekolah rendah dan menengah di sekitar negeri Melaka.

Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama pihak persatuan dan Majlis Sukan Negeri Melaka ini berlangsung selama satu hari dengan penyertaan lebih 150 orang atlet.

Kejohanan kali ini bertambah meriah dengan kehadiran atlet SUKMA XVII yang mempamerkan latihan mereka kepada atlet muda yang lain sebagai pemangkin minat dan motivasi agar mereka terus berlatih gigih dan dipilih untuk mewakili negeri ke kejohanan yang lebih tinggi.

Sekian

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK AIR GUN PIALA KETUA PENGARAH MSN 2014 (7-10 Mei 2014)

Tarikh : 7 Mei 2014 ( Rabu)
Tempat : Lapangsasar Gimnasium 3, MSN Bukit Jalil
Masa : 3.00 petang

LAPORAN

Kejohanan Menembak Air Gun Piala Ketua Pengarah MSN 2014 akan diadakan pada 7 hingga 10 Mei 2014 yang membabitkan semua acara air rifle dan air pistol dan penyertaan atlet dari seluruh negeri.

Acara tahunan kali kedua ini akan memberikan habuan tunai bagi tempat pertama hingga ketiga. Penyertaan juga adalah percuma dan terbuka kepada semua atlet di negeri mahupun di peringkat kebangsaan dan elit. Negeri Melaka telah menghantar 2 orang wakil dan 5 orang wakil atlet kebangsaan. Negeri ini tidak dapat menghantar ramai wakil kerana bertembung dengan Kem Kontinjen SUKMA XVII yang sedang sama berlangsung di Saujanan Asahan.

Semoga acara seperti ini diadakan berterusan dengan pembabitan atlet untuk mencungkil bakat dan mencipta kejayaan dalam arena menembak.

Sekian

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN KEM KONTINJEN SUKMA XVII NEGERI MELAKA 2014 (6 HINGGA 8 MEI 2014)

Kem Kontinjen SUKMA XVII negeri Melaka diadakan pada 6 Hingga 8 Mei 2014 di Saujana Asahan, Melaka yang mengumpulkan hampir 200 orang atlet berkampung.

Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan rohani diberikan untuk keperluan atlet sebagai persediaan mental dan emosi sebelum bertolak ke Perlis dan bertanding mengikut sukan masing- masing.

Perasmian pembukaan dirasmikan oleh Exco Kesihatan dan Pembangunan Negeri pada 6 Mei 2014 dan beliau berharap pasukan SUKMA XVII akan bertanding dengan sepenuh hati dan membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama negeri ini.

Sekian

LAPORAN KEJOHANAN RENANG SPORTEXCEL SIRKIT 1/2014, MELAKA

Tarikh : 4 Mei 2014 ( Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong
Masa : 2.30 petang

LAPORAN

Kejohanan sportexcel 1/2014 ini berlangsung selama 2 hari bermula 3 hingga 4 Mei 2014 yang membabitkan atlet dari seluruh negeri dan kelab-kelab renang.

Keseluruhan kejohanan berlangsung dengan lancar dengan kerjasama pihak persatuan negeri Melaka yang menguruskan perjalanan semenjak hari pertama kejohanan.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (3 MEI 2014)

Tarikh : 3 Mei 2014 ( Sabtu)
Tempat : Dewan MSNM, Ayer Keroh
Masa : 11.30 pagi
Kehadiran : YB Datuk Hassan - bapa angkat SUKMA XVII / Datuk Lim - Jabatan Angkat SUKMA XVII / Pengurus Pasukan / JLN / JSM / RTM / Atlet - 20 orang

LAPORAN

Pasukan wushu kini sedang menjalani persiapan latihan pusat SUKMA di Dewan MSNM Ayer Keroh. Seramai 12 orang atlet yang dipilih untuk mewakili sukma.

Latihan hari ini mengumpulkan atlet yang mewakili SUKMA dan yang akan menyertai kejohanan dalaman wushu negeri Melaka yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Program hari ini juga merupakan program rakaman bersama RTM 'Vista SUKMA' untuk merakamkam aktiviti sukan Wushu.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

Saturday, May 24, 2014

LAPORAN BENGKEL TAPING NEGERI MELAKA 2014

Tarikh : 3 Mei 2014 ( Sabtu)
Tempat : Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Kehadiran : Jurulatih MSNM / USPTN

LAPORAN

Satu bengkel berkaitan penggunaan taping telah dijalankan untuk membantu jurulatih MSNM dan USPTN negeri Melaka khusus nya. Bengkel ini bertujuan untuk menyalurkan maklumat berkaitan cara penggunaan taping dengan betul untuk diaplikasikan kepada atlet-atlet Melaka menjelang Sukma dan kejohanan- kejohanan lain.

Penceramah jemputan khas diterbangkan dari Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, Pn Faezah yang begitu arif berkaitan segmen taping ini. Para peserta turut diberikan peluang untuk mencuba sendiri secara praktikal mengikut segmen yang dibentangkan dan dibekalkan bahan taping sepanjang sesi pembelajaran.

Semoga bengkel ini mampu menambahkan ilmu jurulatih sedia ada dan diaplikasikan dengan baik terhadap atlet sukan masing- masing dan diharap atlet sentiasa menjaga diri dan terus gigih berlatih.

Sekian

LAPORAN PERSIAPAN KEJOHANAN RENANG SPORTEXCEL SIRKIT 1/2014, MELAKA

Tarikh : 2 Mei 2014 (Jumaat)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong
Masa : 6.30 petang

LAPORAN

Persiapan teknikal urusetia dan atlet bagi menghadapi kejohanan renang sportexcel 1/2014 yang akan berlangsung pada 3-4 Mei 2014.

Mesyuarat pengurus juga dihaduri oleh Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan sekaligus merasmikan pembukaan kejohanan kali ini.

Semoga atlet mempamerkan kehebatan dan usaha masing- masing dan mencipta kejayaan dan sejarah baru.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (2 MEI 2014)

Tarikh : 2 Mei 2014 ( Jumaat)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.30 ptg
Kehadiran : JLN / JPM / 8 orang

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan acara masing- masing. Persediaan atlet ke SUKMA XVII dan latihan atlet pelapis adalah seperti biasa.

Laporan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Monday, May 05, 2014

LAPORAN KEM T'20, JANDA BAIK PAHANG (HARI AKHIR)

Tarikh : 30 April 2014 (Rabu)
Tempat : Janda Baik, Pahang

LAPORAN

Perasmian Program T'20 Jangka Panjang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato' Seri Zolkples Embong pada kemuncak program ini.

Jemputan lain juga turut kelihatan untuk bersama-sama memeriahkan dan menyokong program yang julung kali diwujudkan.

Peserta program bersurai ke negeri masing-masing selepas makan tengah hari.

Sekian

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL