Monday, May 13, 2013

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI TAHUN 2013/2014

Tarikh : 11 dan 12 Mei 2013
Tempat : Bilik Seminar, Stadium Hang Jebat, Krubong
Kehadiran : Jurulatih Penuh Masa, Jurulatih Separuh Masa USPTN dan MSNM

LAPORAN

Majlis Sukan Negeri Melaka dan USPTN telah menganjurkan Bengkel Periodisasi bagi tahun 2013 / 2014 pada 11 dan 12 Mei 2013 yang lepas dengan kehadiran Jurulatih Penuh Masa dan Jurulatih Separuh Masa lantikan MSNM dan USPTN yang diadakan di Bilik Seminar, Stadium Hang Jebat.

Bengkel Periodisasi ini dijalankan setiap tahun untuk jurulatih khasnya bagi perancangan awal dan perlaksaan sukan masing-masing khususnya untuk mencapai matlamat dalam bidang sukan masing - masing. Pihak pentadbiran telah menjemput En. Mazwan bin Zainuddin, Pegawai Sukan daripada Institut Sukan Negara Cawangan Satelit Negeri Melaka selaku penceramah jemputan pada bengkel kali ini.

Bengkel Periodisasi berjalan lancar dan majlis penutup dirasmikan oleh wakil Pengarah MSNM iaitu En. Zulkifly bin Hj tamby Omar selaku Pegawai Tadbir MSNM.

Sekian.

No comments:

Post a Comment