SUKAN : WUSHU
Tarikh : 04 Ogos 2012
Masa : 5.30 pm - 7.30pm
Tempat : Dewan Taman Paya Mas, Cheng, Melaka
Kehadiran :
1. Shi Fufeng - JLN
2. Chai Chin Hin - JSM
3. Atlet - 30 Atlet ( 18 Lelaki, 12 Perempuan )
Kehadiran atlet sangat baik dan memberansangkan.Latihan yang dijalankan adalah Latihan Kemahiran Asas, Latihan Pergerakan Tanpa Senjata, Latihan Pergerakan Bersenjata Pendek dan Latihan Pergerakan Bersenjata Panjang. Hanya kecederaan biasa semasa latihan dan dirawat (melecit tapak tangan ketika berlatih bermain pedang). Mengenai peralatan pula tiada chest guard, cover head serta kekurangan punch glove untuk atlet-atlet. Tempat latihan (dewan) pula dikatakan agak kecil dan terbatas untuk semua atlet berlatih bersama. Sebahagian atlet terpaksa berlatih di luar dewan. JSM Chai Chin Chay mengadakan TID di SJK (C) WEN HUA, Batu Berendam.Sebanyak 3 atlet Melaka dan seorang lagi atlet Melaka yang menjalani latihan di Bukit Jalil akan mewakili negara pada Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-4 di Macau, China pada 17 Sept. - 25 Sept. 2012 nanti dan akan menjalani latihan pusat bermula pada 27 Ogos dan akan terus berlepas ke kejohanan tersebut nanti. Komitmen dari ibu bapa dan pihak sekolah amat memberansangkan dan sangat baik serta mudah bekerjasama. Latihan berjalan dengan lancar dan baik.Tiada terdapat isu cara pengendalian latihan jurulatih yang dibangkitkan oleh atlet.Atlet memahami corak latihan yang ingin diterapkan oleh JLN dan JSM buat setakat ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Wushu USPTN Melaka
Tarikh : 04/08/2012
No comments:
Post a Comment