Friday, August 31, 2012

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING SPORTEXCEL JUNIOR CIRCUIT MELAKA 2012 (HARI PERTAMA)

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka telah menghantar peserta bagi menyertai Kejohanan tersebut pada 31 Ogos hingga 2 September 2012 bertempat di Mibc, MiTC Ayer Keroh, Melaka.

Hari pertama Pertandingan dijalankan dalam ketagori Boy's / Girl's Graded, Boy's / Girl's U12 dan Boy's / Girl's Open. Seramai 15 atlet Melaka terlibat pada hari pertama kejohanan.

Senarai nama Atlet Melaka :
1. Moha Alif Najmee (U12)
2 Puteri Nurshahira (Girl's Graded)
3. Nor Amira Zainudin (Girl's Graded)
4. Nur Shafiqah Hashim ( Girl's Graded)
5. Ahmad Daniel (Boy's Garded)
6. Ahmad Luqman Ramli (Boy's Garded)
7. Sherman Ong chien Shen (Boy's Graded)
8. Faeq Fuad (Boy's Graded)
9. Hazman hamzah (Boy's Graded)
10. M. Hery Hadzren (Boy's Graded)
11 M. Amirul hakeem (Boy's Graded)
12 Mohd Hareez Ismail (Boy's Open)
13 Muhd Arif Azim (Boy's Open)
14 Jason Syow Huay Tik (Boy's Open)
15 Anessa Asyira Abas (Girl's Open)

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Boling
Melaka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 30, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK WAG (29 OGOS 2012)

TARIKH : 29/08/2012
TEMPAT : Dewan Gimnastik Air Leleh, Melaka.
MASA : 4.30 petang - 6.00 petang

KEHADIRAN :
Jurulatih - 1 JSM
Atlet - 7 0rang

LAPORAN

Kehadiran atlet kurang memuaskan pada hari ini. Latihan yang diberikan oleh JSM berdasarkan rutin sedia ada dan dipelbagaikan kepada beberapa set seperti set A dan B. Latihan yang diberikan juga berlainan kepada atlet senior dan junior. Sedikit perbincangan bersama JSM mengenai kejohanan akan datang dan sebagai persediaan awal menghadapi kejohanan yang akan berlangsung. Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH MD.JAMIL
PPN Sukan Gimnastik Artistik

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA (29 OGOS 2012)


TARIKH : 29/08/2012
TEMPAT : Dewan Gimnastik Air Leleh, Melaka.
MASA : 4.30 petang - 6.00 petang

KEHADIRAN :
Jurulatih - 1 JSM
Atlet - 15 orang

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet seramai 15 orang. Latihan yang diberikan oleh JSM merangkumi elemen-elemen basic dan berfokus kepada apparatus bola dan free hand pada hari ini. Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH MD.JAMIL
PPN Sukan Gimrama

Wednesday, August 29, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (29 OGOS 2012)

Sukan : Tenpin Boling
Tarikh : 29 Ogos 2012
Tempat : MiBC Ayer Keroh, Melaka
Masa : 5 - 7 PM

Kehadiran :
Jurulatih - 1 JSM
Atlet - 13 Org ( 11 Lelaki & 2 Wanita)

Latihan dijalankan oleh jurulatih JSM dengan kehadiran seramai 13 atlet bagi persiapan menyertai Pertandingan Sportexcel Junior Kebangsaan Negeri Melaka 2012 yang akan diadakan pada 31 Ogos hingga 2 September 2012 bertempat di MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka.

Seramai 16 atlet (12 L & 4 ) akan menyertai kejohanan tersebut.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Boling
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 24, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK RENANG (17 OGOS 2012)

TARIKH. : 17/08/2012
MASA. : 4.30 petang - 8.00 malam
TEMPAT : Pusat Akuatik,Stadium Hang Jebat

KEHADIRAN : JLN - Pan Zi Lun
JSM - M.Rajendran
ATLET - 9 (lelaki), 5 (perempuan)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa. Pusat akuatik akan ditutup pada 18 hingga 21 Ogos 2012 sempena sambutan hari raya puasa dan latihan akan dijalankan semula pada 22 Ogos 2012.


Laporan oleh,
NORAISHAH BT MD.JAMIL
PPN Renang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 13, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA (11 OGOS 2012)

TARIKH         :  11/08/2012
MASA           :  9.30 am - 12.00 pm
TEMPAT        :  Dewan Gimnastik Air Leleh

KEHADIRAN  :  JSM     -   Tan Sock Horng (Mdm. Tan)
                        ATLET  -  19

LAPORAN

Latihan berjalan seperti biasa mengikut rutin dan elemen yang telah ditetapkan. Kehadiran atlet memuaskan pada hari ini. JSM tidak cukup tangan untuk melatih atlet dan hal ini menyebabkan beberapa atlet tidak memberi perhatian dan atlet senior berlatih sendiri. Hampir kesemua atlet mengadu mengalami kegatalan pada kulit selepas menjalani latihan kerana keadaan karpet yang berhabuk.

Peralatan yang sedia ada sudah terlalu uzur dan sangat merbahaya kepada atlet untuk menjalani latihan.



Laporan oleh,
Noraishah Md.Jamil

Saturday, August 11, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (9 OGOS 2012)

Laporan Pemantauan Sukan Angkat Berat pada 09 Ogos 2012 ( 6.00pm ) bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Melaka, Jalan Ayer Leleh, Melaka dan dihadiri oleh Muhammad Zaidi Abd. Kadir - JSM, Muhammad Yudzaime Mohd. Yunus - JSM serta 8 Atlet lelaki. Latihan kecergasan ( fitness ) dijalankan.Suplement ubat- ubatan, protein, vitamin di minta.Latihan berjalan dengan baik.Tiada terdapat isu cara pengendalian latihan jurulatih yang dibangkitkan oleh atlet.Atlet memahami corak latihan yang ingin diterapkan oleh JSM buat setakat ini.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka
Tarikh : 09/08/2012

Thursday, August 09, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK RENANG (8 OGOS 2012)

TARIKH         :  8/8/2012
MASA           :  4.30 petang - 8.00 malam
TEMPAT        :  Pusat Akuatik, Stadium Hang Jebat

KEHADIRAN  :  JSM     -   M.Rajendran
                        JLN      -   Pan Zi Lun
                        ATLET  -  10 (lelaki), 9 (perempuan)

LAPORAN

Kehadiran atlet memuaskan dan menjalani rutin latihan seperti biasa. Atlet berbangsa melayu diberikan perlepasan awal dan latihan dikurangkan dari kebiasaan sempena bulan Ramadhan ini. Program latihan yang disediakan oleh JLN dan JSM bersesuaian dengan keadaan semasa sebagai persiapan awal sebelum berlangsungnya Kejohanan Junior Circuit Grand Final di Cheras pada 1 dan 2 September 2012 ini.

Latihan 'pemberat' dan 'time trial' disediakan bertujuan untuk memperbaiki catatan masa peribadi atlet yang akan terlibat di kejohanan akan datang disamping memperbaiki teknik dan taktik yang lebih baik. Peralatan juga dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Untuk makluman, JLN akan pulang ke negara China pada malam 2 September 2012 sejurus selepas kejohanan di Kuala Lumpur berakhir.


Laporan oleh,
Noraishah Md.Jamil
PPN Renang






Tuesday, August 07, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING DAN KUNJUNGAN PEGAWAI CAWANGAN KEJURULATIHAN (7 OGOS 2012)

Sukan : Tenpin Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 7 Ogos 2012
Masa : 6.00 petang

Kehadiran : Marcus Lee (JPM), Amri Ahmad (JSM) dan 8 atlet lelaki hadir menjalani latihan pada hari ini.

Cik Nisha pegawai dari Bahagian Kejurulatihan hadir untuk membuat pemantauan JPM Boling iaitu En Marcus Lee di Pusat Latihan Negeri bagi sukan boling. Beliau berjumpa dengan jurulatih dan atlet yang sedang menjalankan latihan harian, menyemak program latihan dan maklumat-maklumat yang diperlukan dari fail Jurulatih Penuh Masa (JPM) untuk menilai mutu kerja dan peranan jurulatih dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Beliau juga telah meminta beberapa atlet di bawah jurulatih tersebut untuk mengisi borang bagi menilai Jurulatih Penuh Masa semasa menjalankan tugas melatih atlet.

Cik Nisha telah membuat teguran kepada jurulatih disebabkan beberapa dokumen yang diperlukan masih belum lengkap dan perlu dilengkap dengan kadar segera.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Tenpin Boling

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.