Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri bersama Persatuan Gimnastik Amatur Negeri Melaka menganjurkan Pertandingan Gimrama Klassifikasi Level 1, diadakan pada 1 Oktober 2011 bertempat di Dewan Gimnasium Gimnastik, Ayer Leleh Melaka. Seramai 36 orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini melibatkan semua atlet di bawah pembangunan USPTN Melaka. Juri diwakili oleh 4 orang juri tempatan dan 2 juri dari Negeri Selangor.
Pertandingan ini diadakan bagi memberi peluang kepada gimnas USPTN Melaka menunjukkan prestasi kerana gimnas2 muda dan baru ini tidak dapat menyertai pertandingan di Karnival Pelapis Negeri peringkat kebangssan yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu.
Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman (PPN)
Jam 3.00 petang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment