En. Azidi & Jimmy Lee
Sedang menunggu giliran untuk di "evaluate"
sedang beraksi
Pendaftran peserta
Peserta berbaris untuk "Evaluation"
Pengarah MSN Melaka, En. Ong Tai Chu bersama JPM, En. Marcus
En. George Tan bersama SDO Tenpin Boling Melaka (Pn. Hidayah)
Proses evaluation telah berjalan dengan lancar dan berjaya. Penyertaan peserta amat menggalakkan. Seramai 139 peserta yg terdiri daripada 95 orang lelaki dan 44 orang perempuan telah mengambil bahagian. 1 mesyuarat ringkas telah diadakan yang telah dipengerusikan oleh En. George Tan yang telah dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka (En. Thomas Ong), SDO (Hidayah), Panel Jurulatih (En. Azidi Ameran), JSM (En. Marcus Lee), JSM PBM (En. Jimmy Lee), AJK PBM (En. Kamaruzaman) dan bakal JSM (Cik Cheryl Cheong). Pengerusi memaklumkan bahawa bantuan kewangan daripada pihak Pelapis MSN akan dipotong, sehubungan itu MSN Melaka/PBM dan USPTN perlu bekerjasama menyelaraskan program tenpin boling diperingkat negeri. MSN negeri perlu menyalurkan bantuan kewangan disamping mewujudkan program pembangunan diperingkat negeri, pelantikan jurulatih juga perlu mendapat persetujuan daripada semua peringkat iaitu PBM/MSN Negeri dan USPTN. Selain itu, beliau mencadangkan agar setiap pelatih dikenakan kutipan yuran.
Disediakan oleh : Pn. Nurhidayah binti Said Ibrahim
No comments:
Post a Comment