Sunday, August 31, 2014

LAPORAN PROGRAM TALENTSPOT SUKAN MEMANAH 2014 MELAKA

‎Tarikh: 31 Ogos 2014
Sukan: Memanah

Laporan:

Pertandingan sukan memanah pada hari terakhir program talentspot bagi acara lelaki, wanita dan berpasukan. Seramai 46 atlet terlibat bagi sukan ini berlansung di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

LAPORAN PROGRAM TALENTSPOT SUKAN OLAHRAGA DAN SEPAKTAKRAW 2014 MELAKA

‎Tarikh: 31 Ogos 2014
Tempat: Venue Sepaktakraw dan Olahraga

Laporan:

Hari terakhir pengisian program peserta selepas didedahkan kaedah latihan dan teknik sukan masing-masing mereka melalui proses pertandingan.

Sukan sepaktakraw kategori Terbuka, Kategori! Bawah 18thn dan bawah 15thn. Bagi sukan olahraga pula setiap atlet menyertai setiap acara yang di pertandingan untuk menilai kelebihan masing-masing.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, August 30, 2014

LAPORAN PROGRAM TALENTSPOT SUKAN OLAHRAGA, MEMANAH, SEPAKTAKRAW 2014 MELAKA

‎Program Talentspot 2014, Melaka

Laporan:

Program Talentspot yang dilaksanakan pada tahun ini mulai pada 29 hingga 31 Ogos 2014 bertempat di Ayer Keroh D'Village Resort Melaka. 3 jenis sukan yang terlibat iaitu sukan Olahraga, Memanah dan sepaktakraw.

Seramai 170 peserta terlibat ke program kali ini melibatkan 15 sekolah sekitar negeri Melaka. Tujuan program ini adalah dimana untuk mencungkil bakat-bakat baru diluar program pelapis dan negeri dengan pendedahan klinik-klinik pengenalan sukan oleh Ikon-ikon sukan masing-masing.

Majlis Perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan YB Dato Ng Choon Koon.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, August 29, 2014

LAPORAN TID SUKAN MEMANAH (27/8/2014)


Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
               : SMK Ayer Keroh,
               : SMK Bukit Baru, Melaka
               : SK Tun Syed Shahabudin Ayer Keroh, Melaka
               : SMK Bukit Katil, Melaka
               : SK Bukit Baru, Melaka
Tarikh : 27 Ogos 2014
Masa : 2.00 hingga 7 petang

Kehadiran :

1 JSM, 8 Atlet (5 lelaki & 4 Wanita)


LAPORAN :

- Pemilihan TID ke sekolah-sekolah dibuat bagi memilih atlet yang terbaik untuk menyertai program Talentspot Melaka 2014 yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Ayer Keroh D'Village Resort melibatkan 3 sukan iaitu memanah, sepaktakraw dan olahraga.

- Hanya 50 orang peserta setiap sukan yang layak memasuki program tersebut.

- Penyertaan dari sekolah rendah dan menengah amat baik seramai 80 peserta yang berminat bagi sukan memanah.

- Peserta perlu hadir menjalani latihan asas dan perlu belajar perkara asas permainan sukan memanah selama 2 hari dengan diminta hadir ke PLN Memanah pada 27 dan 28 Ogos 2014 sebelum program talentspot dijalankan pada 29 hingga 31 Ogos 2014. memandangkan program tersebut akan mengadakan mini pertandingan bagi acara bawah 16 dan bawah 12 tahun. Jarak yang dipertandkan adalah 20m dan 30m.

- Peserta yang terbaik dalam program talentspot nanti akan diserapkan dalam program penggalakkan sukan memanah, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka 2014.


Sekian, terima kasih.

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING ( 26/8/2014)


Sukan : Tenpin Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 26 Ogos 2014 (Selasa)
Masa : 5.00 ptg

Kehadiran :
1. Amri bin Ahmad (JSM)
2. Shahardi bin Hamzah (JSM)
3. 15 Atlet (11 lelaki dan 4 wanita)


Program :

- Sesi taklimat kepada semua atlet telah diadakan bagi menerangkan program pelapis Negeri agar semua atlet dapat memberi komitmen semasa menjalani latihan dan pertandingan.

- Sesi latihan dijalankan pada isnin, selasa dan khamis di Mibc manakala hari rabu latihan dijalankan di ISN Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka mulai 2

- Perbincangan bersama 2 Jurulatih sambilan akan mengajar iaitu En. Amri bin Ahmad dan En. Shahardi bin Hamzah mengenai kejohanan yang akan disertai iaitu Kejohanan Boling Sportexcel  Junior Curcuit Perak pada 29-31 Ogos 2014. Pemilihan atlet berdasarkan roll off yang telah dijalankan. cadangan seramai 8 orang atlet yang akan menyertai kejohanan tersebut.

- Prestasi atlet kurang memuaskan semasa Kejohanan Boling Sportexcel  Junior Curcuit Selangor  2014 pada 15-17 Ogos 2014 yang telah disertai hanya 4 orang sahaja yang layak ke pusingan kedua.

- Kekurangan pengalaman terutama atlet baru dan memerlukan kekuatan fizikal, fitnas dan mental menyebabkan atlet tidak dapat memberi persembahan yang terbaik dalam kejohanan tersebut.



Sekian.

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

Wednesday, August 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH 26/8/2014

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Ayer Keroh, Melaka
Tarikh  : 26 Ogos 2014 
Masa   : 4.30 petang


Kehadiran : 

- En. Zainuddin bin talib (JPM)
- Cik Zulaikah (JSM) Program Penggalakkan Sukan

Atlet :  5 orang (4 wanita dan 1 lelaki)


Laporan :

- Latihan sesi pagi dijalankan bermula pada jam 4.00 hingga 7.00 petang
- Perbincangan mengenai perancangan program bersama jurulatih mengenai program latihan, kejohanan, keperluan peralatan latihan dan pertandingan dalam program Talentspot Melaka 2014 yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2014.
- Peserta talentspot telah diperoleh seramai 80 peserta yang berminat menyertai program tersebut dan hanya 50 peserta sahaja yang akan dipilih.
- cadangan pada 27 Ogos 2014 pada jam 4.00 hingga 7.00 petang akan dibuat pemilihan. dalam pemilihan tersebut peserta akan diberi klinik dan cara asas permainan memanah dengan betul,
- pertandingan akan diadakan bagi acara bawah 16 tahun (Lelaki / Wanita) dan Bawah 12 Tahun (Lelaki / wanita). jarak hanya 2 jarak iaitu 30m dan 20m.
- Untuk makluman Program Penggalakkan Sukan bagi Sukan Memanah, USPTN Melaka telah melantik jurulatih baru iaitu Cik Zulaikah binti Husain yang telah memulakan tugas pada 1 Julai 2014. 


sekian.


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (15/8/2014)

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Ayer Keroh, Melaka
Tarikh  : 15 Ogos 2014 
Masa   : 6.00 petang


Kehadiran : 
- En. Zainuddin Talib (JPM)
- Cik Zulaikah (JSM) Program Penggalakkan Sukan

Atlet :  4 orang



Laporan :

- Latihan sesi petang dijalankan bermula pada jam 3.30 hingga 7.00 petang
- Perbincangan mengenai perancangan program bersama jurulatih mengenai program latihan, kejohanan, keperluan peralatan latihan dan pertandingan dalam program Talentspot Melaka 2014 yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Ayer Keroh D'Village Melaka.
- Peserta yang disasarkan umur diantara 10 hingga 14 tahun di sekitar sekolah berdekatan dengan Pusat Latihan Negeri Memanah di Ayer Keroh.
- Sasaran seramai 50 orang peserta yang akan dibuat pemilihan bagi kelayakkan atlet dalam program tersebut pada 27 Ogos 2014. 
- Bantuan dari pihak ISN Melaka dan ISN KL akan mengadakan klinik dan TID dalam program tersebut. Atlet yang layak akan dimasukkan dalam Program Penggalakkan Sukan Negeri Melaka.
- Perbincangan mengenai kerosakkan yang perlu dibaik pulih Pusat Latihan iaitu menghadang belakang tempat memanah dan tambahan tempat berbumbung untuk meletakkan target stand yang terbiar berjemu ditepi padang latihan. 
- perbincangan telah dibuat bersama jurulatih mengenai untuk tidak menghantar peserta ke Kejohanan Memanah terbuka UNiZA, Terengganu yang tarikh kejohanan tersebut bertindih dengan program Talentspot Melaka 2014.
- Jurulatih memaklumkan peralatan yang ada untuk program pertandingan zon selatan telah disimpan dengan baik. Cuma 15 buah target Butt masih berada di USPTN Johor.


Sekian, terima kasih.











--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.