Tuesday, January 28, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS / PERJUMPAAN BERSAMA JSM ( 16 JANUARI 2014)

Satu perjumpaan dengan JSM Lawn Bowls pada 16 Januari 2014 bersamaan hari Khamis di Kompleks Sukan Lawn Bowls Hang Jebat pada 5.30 petang bertujuan untuk berbincang mengenai Kejohanan Champion of Champions Single yang akan diadakan di Bayuemas, Klang pada 20 hingga 23 Januari ini.

Melaka akan menghantar 2 orang atlet masing - masing seorang lelaki dan seorang wanita bersama seorang JSM Sukma XVII sebagai pengawai pengiring.

Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Lawn Bowls
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 13, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS (12 JANUARI 2014)

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Tempat : Kompleks Lawn Bowls Hang Jebat
Masa : 11.00 pagi
Kehadiran : JSM, JSM Sukma, Atlet - 9 orang

LAPORAN

Latihan bermula seawal 9.00 pagi dengan senaman regangan dan latihan diteruskan dengan balingan asas dan sparing dilakukan untuk menguji teknikal dan tektikal atlet. Kehadiran atlet juga memberangsangkan pada pemantauan hari ini.

Perbincangan mengenai TID yang dijangka dijadualkan pada 8 dan 9 Februari 2014 ini. Perbincangan juga diteruskan mengenai jadual tahunan bagi kejohanan yang dikeluarkan persatuan kebangsaan.

Dimaklumkan 2 orang atlet pelapis akan menyertai Champion of Champion Singles yang akan diadakan di Bayuemas, Klang pada 20 hingga 23 Januari 204 ini iaitu Mohammad Nasrul b Zailany dan Noor Eika Zadura bt Mohd Haidar.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Lawn Bowls

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (9 JANUARI 2014)

Tarikh : 9 Januari 2014 ( Khamis)
Tempat : SJK (C) Cheng
Masa : 7.00 pm
Kehadiran : JSM, Atlet 27 orang

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan rutin harian dan kehadiran atlet amat menggalakkan.

Perbincangan mengenai kejohanan yang akan datang di Johor iaitu Kejohanan KPM bagi tahun 2014 serta kejohanan dunia yang akan diadakan di Turki.

Untuk makluman JLN En. Shi Fufeng telah pulang ke negara China hari ini untuk persiapan Raya Cina disamping mengambil cuti beliau. Latihan diteruskan oleh JSM.

Semasa pemantauan dijalankan terdapat beberapa orang atlet yang cedera dibahagian kaki akibat penggunaan karpet yang nipis.

Sekian.

Laporan Oleh
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (10 JANUARI 2014)

Tarikh : 10 Januari 2014 (Jumaat)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.15 petang
Kehadiran : JLN , Atlet (4 orang)

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan latihan berjalan seperti biasa di 10meter.

Perbincangan bersama JLN berkenaan pemilihan atlet ke SUKMA Perlis yang masih belum ditetapkan oleh JLN mengikut spesifikasi yang telah diberikan oleh pihak majlis.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Thursday, January 09, 2014

LAPORAN PEMILIHAN NATIONAL EVALUATION TENPIN BOLING MELAKA 2014

Sukan : Boling
Tempat : MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 4 Januari 2014
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tghari

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Boling Negeri Melaka telah mengadakan National Evaluation Melaka bagi pemilihan atlet boling pelapis pada tahun 2014.

Panel pemilih terdiri daripada MTBC, Jurulatih Kebangsaan, Jurulatih Negeri, Persatuan Boling Melaka dan MSN Melaka.

Seramai 22 terpilih (6 org AAA dan 16 org AA) daripada 42 orang yang hadir dalam sesi pemilihan tersebut.

Sekian,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (7 JANUARI 2014)

Tarikh : 7/1/2014 (Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 6.30ptg
Kehadiran : JLN, Setiausaha PRAM, Atlet - 25 orang

LAPORAN

Latihan masih dijalankan seperti biasa ketika pemantauan dijalankan. Kehadiran setiausaha persatuan adalah untuk memberitahu mengenai mesyuarat agung persatuan yang ke 16 dan akan diadakan pada 9 Januari 2014 ini di Dewan Hang Nadim, Hotel Permaisuri, Melaka.

Kehadiran atlet memuaskan dan mengikut program yang disediakan oleh JLN.

Atlet giat menjalani latihan bagi persediaan kejohanan MSSM yang dirancang dan dijadualkan pada Februari ini.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Thursday, January 02, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG - TIME TRIAL KE 4 (29 DISEMBER 2013)

Tarikh : 29 Disember 2013 ( Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, JSM Atlet ( 40 orang)

LAPORAN

Ujian Masa kali ke 4 telah diadakan pada hari ini untuk kesemua atlet pelapis negeri ini bagi acara 200m free dan 200m IM.

Selain itu, hari ini juga telah diadakan pemilihan dan ujian masa saringan bagi masa kelayakan SUKMA 2014. Seramai 8 orang atlet diuji mengikut masa yang ditetapkan pihak persatuan mengikut peraturan dan masa tertentu bagi melayakkan peserta ke SUKMA 2014. Wakil pemerhati terdiri daripada pegawai MSNM dan USPTN agar tiada penipuan dilakukan dan proses keputusan disaksikan sendiri oleh pemerhati.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2013 ( 17 - 21 DISEMBER 2013)

Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 17 hingga 21 Disember 2013 ( Selasa - Sabtu)
Acara dipertandingkan : Air Rifle (Individu / Berpasukan)
                                 : Air Pistol (Individu / Berpasukan)

Pasukan / Negeri Bertanding : 10 buah negeri (kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Sabah)

LAPORAN 

Melaka telah menjadi tuan rumah bagi edisi kedua tahun 2013 ini Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun. Negeri yang bertanding secara keseluruhannya sebanyak 10 buah negeri dan jumlah keseluruhan atlet seramai 104 orang.

Kejohanan yang berlangsung selama 5 hari ini menyaksikan atlet-atlet juga pelapis negeri bertanding dengan sihat dan menunjukkan keputusan yang masih dikira baik seperti kejohanan sebelum ini di Pulau Pinang.

Melaka mendapat tempat ke 4 keseluruhan daripada 10 buah negeri bertanding dan berada di bawah Perak, Johor dan juga Terngganu apabila adik Khairunnaseha Bte Kamaruzaman merangkul pingat Emas bagi acara Air Pistol Individu dengan markah 357 keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada para atlet dan urusetia yang terlibat bagi memastikan kelancaran kejohanan berlangsung. Semoga pengalaman kejohanan ini dimanfaatkan oleh setiap atlet bertanding dan mencuba dengan usaha yang lebih pada masa akan datang.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI MELAKA 2013, SAUJANA ASAHAN

Tempat : Kem Saujana Asahan, Melaka
Tarikh : 13 hingga 15 Disember 2013
Kehadiran : Jurulatih dan Atlet bagi sukan Memanah, Menembak, Olahraga, Boling Padang dan Perahu Layar ( 50 Orang)

LAPORAN

USPTN Melaka telah mengadakan kem bagi atlet pelapis negeri ini di Kem Saujana Asahan dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat. Kehadiran 50 orang peserta termasuk atlet, jurulatih juga urusetia di kem kali ini memberi makna bagi tahun 2013 ini.

Sebanyak 5 jenis sukan iaitu Menembak, Memanah, Olahraga, Perahu layar dan Boling Padang berkampung selama 3 hari 2 malam di sini untuk bersama - sama menjadi sebuah kumpulan yang mempunyai semangat sepasukan dan kerjasama di antara satu dengan yang lain.

Pengisian aktiviti bermula seawal ketibaan atlet dengan sesi "ice breaking" seterusnya sesi bersama ISN Negeri Melaka mengenai pemakanan sukan dan aktiviti riadah yang sangat memberangsangkan.

Aktiviti yang diberikan menguji kekuatan fizikal dan mental atlet di mana sesi flying fox dan repailing serta ujian kecergasan serta jungle tracking tidak dikecualikan kepada semua atlet untuk mencabar diri masing - masing.

Perasmian penutupan kem kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, En.Zali bin Mat Yasin untuk memberi semangat dan dorongan kepada atlet pelapis juga yang bakal menyertai SUKMA Perlis 2014 nanti.

Semoga kem seperti ini akan terus diadakan untuk mengeratkan hubungan atlet negeri ini disamping memberi semangat juga keyakinan supaya mereka berani bersaing di kejohanan - kejohanan akan datang dengan mengaplikasikan ilmu yang diberikan disepanjang program kem ini. 

Sekian.