Monday, October 28, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG ( 27 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG
Tarikh : 27 Oktober 2013 (Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 6.30 petang
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 25 Orang )
LAPORAN
Atlet dan Jurulatih masing -masing sedang giat berlatih bagi persiapan Kejohanan Piala Presiden yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 November 2013 ini di Pusat Akuatik Hang Jebat.

Latihan dijalankan seperti biasa dengan rutin stroke renang. Kehadiran atlet memberangsangkan pada pemantauan hari ini. 

Juga dimaklumkan satu mesyuarat persatuan telah diadakan pada hari ini untuk membincangkan hal kejohanan yang akan datang.


Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

Sent from my iPhone

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (27 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh : 27 Oktober 2013
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 11.30 pagi
Kehadiran : JLN, Atlet ( 12 orang)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan rutin 10m Air Rifle dan Air Pistol, 25m Pistol dan 50m Kneeling dengan kehadiran atlet yang memberangsangkan. 

Memberi makluman kepada atlet berkenaan perkara semasa dan persediaan SUKMA akan datang dan membincangkan bersama JLN berkenaan bentuk penghantaran laporan bulanan kepada pihak pentadbiran ini. 

Makluman mengenai mesin sedia ada bagi 50m masih boleh diguna pakai namun perlu membaiki wayar sedia ada dan perlu mengambil tindakan berkenaan kawasan latihan kerana rumput semakin panjang dan mengganggu proses latihan atlet.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Saturday, October 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW (25 OKTOBER 2013)

Sukan : Sepaktakraw
Pusat : Dewan MSN Seri Kota, Ayer Leleh, Melaka
Tarikh : 25 Okt. 2013
Masa : 8.30 - 11.00 mlm

Kehadiran : 2 JSM, 14 atlet

Program :

- Latihan dijalankan dengan kehadiran atlet Pelapis dan SUKMA Negeri Melaka.

- Latihan kepada untuk menilai atlet untuk diserapkan dalam latihan SUKMA Melaka yang akan memulakan sesi latihan pada bulan November 2013.

-Sesi Pemilihan SUKMA masih dijalankan dengan kehadiran atlet yang memuaskan.
Sesi pemilihan ini akan berterusan sehingga atlet yang terbaik sahaja yang akan terpilih memandangkan ramai lagi atlet berpotensi yang tidak dapat hadir menjalani latihan atas sebab belajar dan bekerja di luar Negeri Melaka.

- Kehadiran 2 orang pegawai iaitu Ketua Unit baru dan Pegawai Pemakanan dari ISN Melaka bagi memantau perkembangan atlet yang kini menjalani latihan dan akan mengkaji semula kelemahan2 yang perlu diperbaiki dan akan memberi khidmat yang terbaik bagi meningkat prestasi atlet di masa akan datang.


Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (16 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN WUSHU

Tarikh : 16 Oktober 2013
Tempat : SJK (C) Cheng, Melaka
Masa : 7.00 pm
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet (23 orang)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa pada hari ini dengan pemantauan yang berterusan oleh JlN dan JsM bagi membetulkan rutin atlet. Latihan persediaan untuk mengadakan persembahan di Genting International Convention Centre pada 5 dan 6 November ini sempena ulangtahun ke 21 Malaysia Chiyang Associates Bersama The World Ko & Tsai Relation's Association.

Pemantauan hari ini ditemani oleh Setiausaha Kehormat persatuan bagi urusan serahan surat lantikan SUKMA 2014 dan borang soal selidik untuk diisi oleh atlet daripada pelajar UiTm Shah Alam dalam kajian beliau mengenai sukan mempertahankan diri.

Selain itu pemantauan hari ini membincangkan bersama setiausaha dan jurulatih mengenai dewan latihan yang dipohon daripada Jabatan Belia Sukan Melaka di Krubong untuk menempatkan karpet kekal latihan.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

Wednesday, October 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG( 5 Oktober 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG

Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 7.00 petang
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 25 Orang )
LAPORAN
Semasa pemantauan dijalankan, latihan berjalan seperti biasa dengan kehadiran atlet dan JLN serta JSM yang memberangsangkan. Satu mesyuarat persatuan kali ke 7 juga diadakan pada hari dan waktu yang sama diadakan bagi membincangkan kejohanan yang akan dijalankan November ini iaitu Piala Presiden di mana Melaka menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.

Sekian.
Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

Thursday, October 03, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG ( 1 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG
Tarikh : 1 Oktober 2013 (Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 4.45 petang
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 22 Orang )

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan dilihat JSM dan JLN sedang melatih atlet dengan program yang telah disediakan. 

Latihan asas dan proses membaiki stroke setiap acara atlet juga dipantau oleh JLN dan JSM. Atlet Pelapis C dipantau oleh JSM manakala Pelapis A dan B dipantau oleh JLN yang baru pulang daripada China atas urusan visa yang perlu diselesaikan.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang