Monday, November 26, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (24 NOVEMBER 2012)

TARIKH : 24 /11/2012
TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK, AYER KEROH
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
KEHADIRAN : JLN, JSM, 
                      6 (LELAKI) , 7 (PEREMPUAN)

LAPORAN

Atlet Menembak Melaka kini dalam proses persiapan untuk menyertai Karnival Remaja Kebangsaan di Selangor pada 10 hingga 14 Disember ini. Latihan pada hari ini dikendalikan oleh JLN dan JSM iaitu "dry-fire aiming" dan membetulkan posisi badan ketika menembak. SDO dan JSM telah memberi taklimat ringkas kepada atlet yang akan menyertai Karnival Remaja Kebangsaan dan Kem Latihan yang akan diadakan di Saujana Asahan, Melaka pada 7 - 9 Disember 2012. Semoga atlet menembak Melaka terus berusaha dan mengharumkan nama Negeri Melaka.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN TENPIN BOLING USPTN NEGERI SEMBILAN, U BOWL JUSCO SEREMBAN 2 (2012)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 21, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (21 NOVEMBER 2012)

Tarikh : 21 November 2012
Tempat : Dewan Gimnasium Ayer Leleh, Melaka
Masa : 10.00 pg - 12.30 tghari
Kehadiran : JSM, 10 Atlet

Laporan

Sempena musim cuti persekolahan ini, masa latihan Gimnasti Artistik telah ditukarkan kepada sesi pagi, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Atlet PLN Melaka kini sedang menyiapkan diri untuk menyertai Karnival Remaja Kebangsaan Siri 2/2012 yang akan diadakan di Gimnasium 3 Bukit Jalil pada 10-14 Disember ini. Diharapkan atlet PLN Melaka ini terus bersedia untuk menggalas nama Melaka dan membawa pulang seberapa banyak pingat untuk Negeri Melaka.

Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH MD.JAMIL
PPN Gimnastik Artistik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 19, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (9 NOVEMBER 2012)

PEMANTAUAN PLN WUSHU MELAKA

Tarikh    : 09 November 2012
Masa     : 8.00pm
Tempat  : Pusat Latihan Wushu Dewan SJK (C) Cheng, Melaka.

KEHADIRAN

1. Shi Fufeng - JLN
2. Chai Chin Hin - JSM
3. Atlet - 29 Atlet, 16(L), 13(P)

Latihan berjalan dengan lancar dan baik. Latihan yang di jalankan adalah Latihan Kecergasan Fizikal dan Latihan Pergerakan Tanpa Senjata.
Persembahan Wushu diadakan pada 16 November 2012 di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka.
JSM Chai Chin Chay mengadakan TID dan latihan untuk pelapis Wushu sekitar 8-15 tahun di SJK (C) WEN HUA, Batu Berendam pada hari Rabu dan Jumaat.
Kem Binaan akan di buat di A Famosa Alor Gajah,Melaka atau di kem yang bersesuaian untuk atlit-atlit wushu Melaka pada hujung tahun (dalam cadangan)

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Wushu USPTN Melaka
Tarikh : 10 /11/2012

Friday, November 16, 2012

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN MEMANAH 2012


Sukan : Memanah
Tarikh : 9 November 2012
Masa : 8.00 pg - 1 ptg
Tempat : Di Padang SMK Bukit Baru, Melaka
Program : Klinik Dan TID Memanah USPTN Melaka 2012

Kehadiran peserta :
1. 2 jurulatih USPTN sebagai penceramah klinik
2. 55 org peserta

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan menganjurkan klinik ini.

Klinik ini bertujuan mempertingkatkan dan memperkenalkan sukan memanah ini dikalangan pelajar untuk menceburi sukan ini. Disamping memberi pengetahuan kemudahan asas mengenai teknik-teknik permainan kepada para peserta di bawah umur 10-13 tahun di kawasan sekitar Pusat Latihan Negeri Sukan Memanah di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka disamping membuat TID kepada peserta yang hadir bagi menambah kekurangan atlit sediada.Klinik ini diadakan pada 9 November 2012, (Jumaat) tempat program      di Padang SMK Bukit Baru, Melaka.menyediakan makanan & minuman dan sijil penyertaan untuk semua peserta yang menyertai klinik.Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Ketua Unit USPTN Melaka turut hadir mengadakan lawatan kunjung hormat ke sekolah tersebut dan telah berjumpa pengetua sekolah tersebut. Pengarah juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta klinik dan telah disampaikan kepada pengetua sekolah.

Seramai 12 orang peserta telah ditawarkan untuk menjadi atlit pembangunan pelapis Negeri USPTN dan akan menjalani latihan pada Januari 2013.

Sekian, terima kasih

----
--LUTFI BIN ASIMANPEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERIUNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKAMAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN LAWATAN PENGARAH MSN TERENGGANU KE PLN PERAHU LAYAR (15 NOVEMBER 2012)

Tarikh : 15 November 2012
Masa : 10.30 pg
Tempat : Kompleks Sukan Perahu Layar, Pengkalan Balak, Melaka

LAPORAN

Kompleks Sukan Perahu Layar Negeri Melaka telah dilawati oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ketua Unit USPTN Terengganu, Pengurus Sukan MSNT dan jurulatih pada 15 November 2012 di Pengkalan Balak. Kehadiran tetamu disambut oleh JPM USPTN Melaka iaitu En.Khambali seterusnya membawa tetamu lawatan ke seluruh kawasan latihan perahu layar.

Lawatan ini juga turut dibantu oleh Ketua Unit USPTN Melaka dan SDO. Lawatan ini menguatkan ikatan silaturrahim yang terjalin dan menjadi sumber perkongsian ilmu di antara Negeri Melaka dan Terengganu.

Kunjungan tetamu seterusnya ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil bagi menyaksikan Kejuaraan Silat Wanita Antarabangsa Piala Datin Seri Rosmah Sempena Sambutan Melaka 750 Tahun. Kesudian dan kehadiran tetamu melalui lawatan ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 11, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK - KUNJUNGAN PEGAWAI CAWANGAN KEJURULATIHAN (10 NOVEMBER 2012)

TARIKH : 10/11/2012
TEMPAT : PUSAT LATIHAN MENEMBAK AYER KEROH
MASA : 2.00 ptg - 5.30 ptg
KEHADIRAN : JLN, JSM, ATLET (5 LELAKI)

LAPORAN

Latihan atlet berjalan seperti biasa pada hari ini dengan kehadiran atlet dan jurulatih. Atlet memfokuskan latihan untuk menyertai kejohanan Karnival Pelapis Remaja yang akan diadakan pada 10 hingga 14 Disember 2012 di Selangor. Atlet juga didedahkan dengan penggunaan scatt iaitu latihan menembak menerusi alat tertentu untuk mengukur ketepatan dan keberkesanan latihan.

PLN Melaka juga pada hari ini juga dikunjungi oleh 2 orang Pegawai daripada Cawangan Kejurulatihan iaitu Pn. Ina dan Pn. Nisa untuk memantau pusat latihan disamping berbincang dengan JLN dan JSM mengenai perkembangan dan masalah semasa yang dihadapi. Pemantauan yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu jurulatih sedia ada dan atlet dengan berkongsi pendapat dan merapatkan hubungan yang lebih baik.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MD.JAMIL
PPN Menembak





Tuesday, November 06, 2012

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON SELATAN BIL 1/2012, JOHOR

Salam,

Kejohanan Angkat Berat Zon Selatan 1/2012 Johor ;

Anjuran Majlis Sukan Negeri Johor dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Negeri Johor, JKKR Felda Pemanis Satu dan Kelab Angkat Berat Felda Pemanis Satu

Tarikh   : 03-04 November 2012
Tempat : Dewan Raya Felda Pemanis Satu, Felda Pemanis Satu, Segamat, Johor.

KEHADIRAN

1) YB Dato' Hj. Ayoub bin Rahmat – Presiden Angkat Berat Dan Bina Badan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah, Johor
2) En. Md. Edros bin Kandar – Ketua Peneroka Felda Pemanis Satu
3) En. Hafisal bin Tukemin – Ketua Unit USPTN Johor
4) Unit Pelapis Serantau Majlis Sukan Negara
5) En. Mohammad Fierdauos Kosman - Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Negeri Johor
6) En. Meor Hussein bin Mat Ali - PPN USPTN Negeri Melaka
7) Cik Roshidayu binti Ariffin - PPN USPTN Negeri Sembilan
8) Muhd. Yudzaimie bin Mohd. Yunus – JSM Melaka
9) Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja serta jemputan lain.
10) Penyertaan Atlet USPTN Melaka- 12 peserta lelaki, atlet-atlet USPTN Negeri Johor dan atlet-atlet USPTN Negeri Sembilan, atlet-atlet Kelab Felda Pemanis, Johor Gemilang dan Larkin.

PERTANDINGAN

Acara yang dipertandingkan adalah Angkat Berat Lelaki Kategori Snatch dan Clean and Jerk Bawah 50kg, Bawah 60kg, Bawah 70kg dan Melebihi 70kg. Kategori Wanita tiada penyertaan.

Untuk kategori yang dipertandingkan, USPTN Melaka berjaya meraih 3 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa di kejohanan tersebut melalui:

Pingat Emas :
1) Muhd. Qhaeryell Famee bin Aerol Shafizi kategori Snatch lelaki bawah 50kg dengan angkatan 35kg
2) Muhd. Danial Qusyeari bin A. Aziz kategori Snatch lelaki bawah 70kg dengan angkatan 40kg dan
3) Muhd. Danial Qusyeari bin A. Aziz kategori Clean and Jerk lelaki bawah 70kg dengan angkatan 50kg.

Pingat Perak :
1) Muhd. Nor Faezi Abdullah kategori Snatch lelaki bawah 70kg dengan angkatan 30kg
2) Muhd. Nor Faezi Abdullah kategori Clean and Jerk lelaki bawah 70kg dengan angkatan 40kg

Pingat Gangsa :
1) Muhd. Qhaeryell Famee bin Aerol Shafizi kategori Clean and Jerk lelaki bawah 50kg dengan angkatan 40kg
2) Muhd. Naqqiuddin bin Jaafar kategori Snatch lelaki melebihi 70kg dengan angkatan 81kg
3) Muhd. Naqqiuddin bin Jaafar kategori Clean and Jerk lelaki melebihi 70kg dengan angkatan 110kg


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka
Tarikh : 05/11/2012