Monday, December 14, 2015

LAPORAN KEM TAHUNAN PELAPIS/BAKAT USPTN MELAKA 2015, ASAHAN (11-13 DISEMBER 2015)

TARIKH : 11 - 13 DISEMBER 2015
TEMPAT : KEM SAUJANA ASAHAN, ASAHAN JASIN MELAKA


LAPORAN 

Kem Tahunan Pelapis/Bakat USPTN Melaka 2015 telah dijalankan pada 11-13 Disember 2015 di Kem Saujana Asahan Melaka dengan pembabitan seramai 75 orang atlet termasuk 20 orang pegawai USPTN, MSNM dan ISN Melaka.

Kem tahun ini mengumpulkan atlet dari sukan Menembak, Olahraga, memanah, Taekwondo, Angkat Berat, Lawn Bowls, Perahu Layar, Tinju dan Tenpin Boling dan bantuan beberapa jurulatih lantikan USPTN/MSNM.

Jadual kem diisi dengan aktiviti ice breaking, night walking, jungle trekking, kelas psikologi bersama ISN dan beberapa management games yang menyatukan atlet-atlet dari pelbagai sukan. tujuan kem dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, meningkatkan keyakinan diri, disiplin dan meningkatkan komunikasi.

Majlis penutup dirasmikan oleh Ketua Unit USPTN Melaka sebelum pulang ke destinasi masing-masing. 

Sekian.
-------------------------------------------------------------------------

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA (10 DISEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

Tarikh : 10 Disember 2015 (Khamis)

Masa : 5.30 petang

Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :


1. JSM (2 orang)

2. Atlet (15 orang)



LATIHAN

1. Drill
2. 3000m
3. 10x 20m speed


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Olahraga Pra Sukma Interzon Selatan 2015, USIM Nilai Negeri Sembilan pada 18-19 Disember 2015.



KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

1. Kem Tahunan Pelapis/ Bakat USPTN Melaka 2015 di Asahan pada 11 hingga 13 Disember 2015.


ULASAN

1. Serahan borang kebenaran ibubapa dan taklimat ringkas kepada jurulatih dan atlet berkenaan kem tahunan yang akan dijalankan esok di Asahan.

2. Latihan persediaan dan perbincangan pergerakan ke kejohanan yang akan dijalankan di USIM Nilai.

3. Makluman kepada atlet dan jurulatih untuk menyediakan gambar berukuran pasport berlatar putih untuk kemaskini data.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga Negeri Melaka

Tarikh : 14 Disember 2015


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (8 DISEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 8 Disember 2015 (Selasa)

Masa : 11.00 pagi dan 6.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM (1 orang)

2. Atlet (3 orang)

LATIHAN

1. Snatch & Pull

2. Clean & Jerk 



UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan, Senior dan Youth pada 14 hingga 19 Disember 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Memohon bantuan makanan tambahan kepada atlet di PLN kerana makanan tambahan merupakan keperluan asasi kepada setiap atlet.

2. Dimaklumkan lampu jalan di dalam kawasan dewan gimnastik / PLN angkat berat masih tidak berfungsi dan ada yang telah rosak.

3. Pemantauan bersama Pengarah MSNM untuk melihat perkembangan projek memotong pokok di kawasan PLN.

4. Pengarah MSNM meluluskan pembelian disc dan plates bagi menggantikan yang telah rosak.

5. Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih dan mengikuti perkembangan semasa latihan dan keperluan di PLN.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 14 Disember 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLD SUKAN ANGKAT BERAT JASIN & SEMABOK (4 DISEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 4 Disember 2015 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Daerah Jasin dan Semabok

Kehadiran :

1. Pengarah MSNM

2. Ketua Unit USPTN Melaka

3. PPN

4. JKKK balai raya kawasan

5. JSM (2 orang)


ULASAN

1. Pemantauan bersama Pengarah MSNM bagi melihat PLD sukan angkat berat di Balai Raya Lipat Kajang, Jasin dan Semabok bagi tujuan penambahbaikan PLD sedia ada.

2. Perbincangan dan penyelesaian masalah bersama ahli JKKK balai raya kawasan masing-masing berkaitan peralatan dan fasiliti yang diperlukan untuk memastikan keselesaan atlet berlatih.

3. PLD jasin akan ditambahbaik dari segi penukaran atap, pintu masuk, menurap lantai dan mendirikan tembok pembahagi.

4. PLD Semabok ditambahbaik dengan pembelian kabin bagi menyimpan peralatan.


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 14 Disember 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA (30 NOVEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

Tarikh : 30 November 2015 (Isnin)

Masa : 6.00 petang

Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :


1. JSM (2 orang)

2. Atlet (10 orang)



LATIHAN

1. Lontar Peluru
2. Lompat Tinggi
3. 4x 50m
4. 4x 200m
5. 3000m


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Olahraga Pra Sukma Interzon Selatan 2015, USIM Nilai Negeri Sembilan pada 18-19 Disember 2015.



KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Latihan bagi persiapan ke Kejohanan Olahraga Pra Sukma Interzon Selatan 2015 yang akan berlangsung pada 18-19 Disember 2015 di USIM Nilai Negeri Sembilan.

2. Makluman kepada jurulatih berkenaan Kem Tahunan USPTN melaka 2015 yang akan dijalankan pada 11 hingga 13 Disember 2015.

3. Perbincangan berkenaan pergerakan pergi dan acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan akan datang.

4. JSM memohon kawasan bagi acara balingan untuk memudahkan atlet menjalani latihan kerana acara tersebut tidak dibenarkan dilakukan dalam kawasan stadium.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga Negeri Melaka

Tarikh : 14 Disember 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (18 NOVEMBER 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 18 November 2015 (Rabu)

Masa : 4.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM (2 orang)

2. Atlet (4 orang)

LATIHAN

1. Snatch & Pull

2. Clean & Jerk 

3. Checking postur belakang/ tangan / kaki semasa angkatan


UJIAN

1. Ujian angkatan bagi kelayakan ke Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan, Senior dan Youth pada 14 hingga 19 Disember 2015.


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan, Senior dan Youth pada 14 hingga 19 Disember 2015.


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Memohon bantuan makanan tambahan kepada atlet di PLN kerana makanan tambahan merupakan keperluan asasi kepada setiap atlet.

2. Dimaklumkan lampu jalan di dalam kawasan dewan gimnastik / PLN angkat berat masih tidak berfungsi dan ada yang telah rosak.

3. JSM memohon untuk mendapatkan surat pelepasan majikan bagi menajalankan latihan sepanjang musim cuti sekolah Disember ini.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 14 Disember 2015
-------------------------------------------------------------------------

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS INTERZON AKHIR, JOHOR 12 - 15 NOVEMBER 2015 (SUKAN ANGKAT BERAT)

TARIKH : 12 - 15 NOVEMBER 2015

TEMPAT : DEWAN KBS, LARKIN JOHOR


LAPORAN

Seramai 6 orang atlet daripada PLN negeri Melaka terpilih dan hadir untuk menyertai kejohanan interzon peringkat akhir ini yang dijalankan di Dewan KBS Larkin Johor. Kejohanan dijalankan pada 13 hingga 15 November 2015 dan pasukan Melaka berjaya membawa pulang 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa bagi edisi kali ini.

Sekian.

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS INTERZON AKHIR, JOHOR 12 - 15 NOVEMBER 2015 (SUKAN OLAHRAGA)

TARIKH : 12 - 15 NOVEMBER 2015
TEMPAT : STADIUM EDUCITY, NUSAJAYA JOHOR

LAPORAN

Pasukan Melaka telah menghantar seramai 7 orang atlet daripada senarai yang diberikan oleh pihak cawangan. Kejohanan bagi sukan olahraga berlangsung selama 2 hari bermula 13 hingga 14 November 2015. Pasukan Melaka berjaya meraih 1 pingat emas dan 1 pingat perak bagi edisi kali ini.

Sekian.