Thursday, June 25, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (23 JUN 2015)

Sukan  : Wushu
Tempat : SJKC Ting Hua Cheng, Melaka
Tarikh   : 23 Jun 2015 (selasa)
Masa   : 9.00 mlm

Kehadiran :
- 1 SDO
- 1 JLN
- 1 JSM
- 2 JSM lantikan MSN Melaka
- 30 Atlet


LAPORAN :

  • Perjumpaan bersama JSM membincangkan mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di pusat latihan dari segi keselamatan atlet dan kekurangan kemudahan peralatan latihan seperti trampoline dan peralatan asas latihan memandangkan bilangan atlet wushu kini semakin ramai.

  • 2 jurulatih (JSM) lantikan MSN Melaka sedang menjalani latihan dan telah memulakan tugas pada 1 Jun 2015. Jurulatih tersebut akan melatih atlet junior yang baru masuk dalam program.

  • Manakala untuk Jurulatih Luar Negara (JLN) dan 1 JSM Pelapis lebih memberi tumpuan kepada atlet senior dan atlet SUKMA 2016.

  • Pusat latihan yang sempit dan kurang selesa untuk menjalani latihan harian. Mohon cadangan pusat yang lebih baik.

  • Perbincangan bersama pihak persatuan wushu untuk menghantar 7 orang atlet yang terpilih menyertai pemilihan untuk Kejohanan World Junior 2015 pada 29 Jun 2015 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

  • Atlet pelapis sedang menjalani latihan bagi persiapan bagi menyertai kejohanan Wushu Dalam Negeri Melaka yang akan dianjurkan pada bulan Ogos nanti di SJK (C) Semabok, Melaka.

Sekian. Terima kasih


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



Tuesday, June 23, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (23 JUN 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN


SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 23 JUN 2015 (SELASA)

MASA :  11.00 PAGI

TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK AYER KEROH, MELAKA

KEHADIRAN :

1. JLN – EN. SUBARI
2. PENGURUS LAPANGSASAR – EN. MAIDIN
3. PPN – EN. LUTFI BIN ASIMAN
4. PPN – CIK NORAISHAH BINTI MOHD JAMIL
5. PPN – EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN DELI
6. EN. NORISAM BIN SAMAD (PEG. TADBIR MSN)
7. EN. VEERA CHANDRAN KHOO (MSN)
8. EN. MOHD FHIRDAUZ BIN ABD. AZIZ (MSN)
9. EN. ZAKARIAH BIN MOHD DRIS (MSN)

LATIHAN

- ATLET TIADA LATIHAN DIJALANKAN


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

-TIADA-


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Perjumpaan bersama Jurulatih dan staff MSN bagi menyemak semula semua peralatan-peralatan  menembak yang telah dibeli pada tahun 2015 termasuk pembelian senjata api yang baru sampai.

2.Mengaudit semula peralatan-peralatan baru untuk direkod dan dikemaskini.

3. Staff MSN diberi latihan menembak menggunakan peluru dan mesin scatt serta diberi penerangan mengenai cara menggunakan senjata dengan betul oleh pihak jurulatih.

4. Meninjau semula baikpulih lapangsasar yang telah siap dijalankan di range 10M.

Sekian terima kasih.


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



Friday, June 19, 2015

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT TID SUKAN LAWN BOWLS, OLAHRAGA & SKUASY (16 JUN 2015)

LAPORAN PROGRAM BINAAN

SUKAN :
 Lawn Bowls, Skuasy & Olahraga

Tarikh : 16 Jun 2015 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : SK Batu Berendam 2, Melaka

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Muhammad Hafiz Bin Deli
   -   Lutfi bin Asiman
   -   Noor Faezah bin Jamaludin

2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 6 orangl)

3. Atlet seramai 150 orang


PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID)  di SK Batu Berendam 2,Melaka pada 16 Jun 2015 (Selasa)


ULASAN

Pencarian bakat baru (TID) telah dijalankan pada 16 Jun 2015 di SK Batu Berendam 2, Melaka dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka. 

Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh SDO dan  pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.

Ujian kecergasan tersebut diterima baik oleh pihak sekolah dan atlet dan akan dijalankan lagi pada masa akan datang. Keputusan ujian akan diterima daripada pihak ISN Melaka dalam masa terdekat.

Untuk makluman sekolah tersebut mempunyai seramai 15 orang atlet yang telah dipilih dalam program Pelapis Melaka bagi tahun 2015, pemilihan tersebut telah diadakan pada bulan Januari yang lalu melalui klinik yang telah dijalankan oleh MSN dengan kerjasama pihak Persatuan Lawn Bowls dan pihak sekolah.

Program bersurai jam 1.00 ptg  dengan sedikit jamuan kecil yang disediakan pihak sekolah.


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT TID SUKAN LAWN BOWLS, OLAHRAGA & SKUASY (15 JUN 2015)


LAPORAN PROGRAM BINAAN

SUKAN :
 Lawn Bowls, Skuasy & Olahraga

Tarikh : 15 Jun 2015 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka.

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Muhammad Hafiz Bin Deli
 -   Lutfi bin Asiman
 -   Noor Faezah bin Jamaludin

2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 6 orangl)

3. Peserta seramai 150 orang.


PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID)  di SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka pada15 Jun 2015


ULASAN

Pencarian bakat baru (TID) telah dijalankan pada 15 Jun 2015 di SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka. 

Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh SDO dan  pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.

Ujian kecergasan tersebut diterima baik oleh pihak sekolah dan atlet dan akan dijalankan lagi pada masa akan datang. Keputusan ujian akan diterima daripada pihak ISN Melaka dalam masa terdekat.

Program bersurai jam 2.00 ptg  dengan sedikit jamuan kecil.


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA




LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (12 JUN 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh : 12 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh

Kehadiran:
1. SDO
2. Pegawai Tadbir (CC) - En. Norisham
2. JPM
3. Pengurus lapangsasar
4. Atlet - 14 orang

LATIHAN
1. Latihan air rifle dan air pistol menggunakan scatt.

UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
- Kejohanan Menembak Interzon Selatan Siri 2, pada 12-14 Jun 2015 di Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka.

KECEDERAAN
 - Nabila (Atlet) kecederaan sakit tulang belakang disebabkan kemalangan tidak dapat menyertai kejohanan Menembak Interzon Selatan.

PERALATAN
1) Perlu mendapatkan bantuan bagi membaiki senjata.

PROGRAM BINAAN
1) Latihan tindik bersama negeri Selangor / Wilayah Persekutuan / Negeri Sembilan dan Melaka dijadualkan pada 26 dan 27 November di Lapangsasar Subang, Selangor.

ULASAN

1. Perbincangan bersama Pegawai Tadbir MSN, JPM dan pengurus berkenaan kebocoran aircond dan  banyak lampu yang tidak berfungsi disebabkan  kebocoran di lapangsasar di range 10m yang perlu dinaiki segera.
2. Semasa pemantauan dijalankan, sedang giat menjalankan pengemaskinian mesin scatt perlu di format dan dibersihkan dan persiapan tempat bagi persiapan kejohanan Menembak Interzon Selatan Siri 2/2015.
3. Atlet sedang menjalani latihan terakhir untuk bertanding dalam kejohanan Interzon.

Sekian, terima kasih.


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA




Thursday, June 11, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA (9 JUN 2015)


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

Tarikh : 9 Jun 2015 (Selasa)

Masa : 5.30 petang

Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :


1. JSM ( 2 orang)

2. Atlet ( 17 orang)




LATIHAN

1. Warm up, stretching, 30 minit jogging
2. Speed 4 x 200m dan teknik
3. Drill / Circuit Training
4. Warm up lempar cakera, lembing dan lompat tinggi
5. Warm down


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil 2/2015, Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015
2. Kejohanan Olahraga Melaka Open 2015 pada 12 hingga 14 Jun 2015
3. Kejohanan SUKIM (Sukan India Malaysia,KBS) 2015, Tangkak Johor pada 12 hingga 14 Jun 2015


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

1. Program Cari Bakat / TID akan dijalankan pada 15 - 16 Jun 2015


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet yang memberangsangkan dan sebagai persiapan akhir sebelum menyertai kejohanan pada 13 dan 14 Jun 2015 ini.

2. Perbincangan bersama JSM berkenaan persiapan kejohanan, atlet, acara dan serahan surat kebenaran ibubapa kepada atlet terlibat dan menerangkan perjalanan program pada hari kejohanan.

3. Memberi makluman semula kepada JSM berkenaan program pencarian bakat baru yang akan dijalankan pada 15 dan 16 Jun 2015 di SMK Tun Hj Abd Malek dan Sk Batu Berendam 2.

Sekian. 


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga Negeri Melaka

Tarikh : 11 Jun 2015


Wednesday, June 10, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (8 JUN 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 8 Jun 2015 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. Ketua Unit USPTN Melaka

2. PPN - Noraishah bte Mohd Jamil
           - Muhammad Akhbar bin Idris
           - Lutfi bin Asiman

3. Timbalan Persatuan Angkat Berat dan Bina Badan Melaka dan 1 orang pegawai

4. Atlet - 1 orang


LATIHAN

-TIADA-


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Interzon Selatan Bil 2/2015, Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Keperluan plates tambahan untuk menggantikan plates sedia ada yang telah rosak.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.

3. Tambahan platform latihan dan kejohanan. Pembelian dan bekalan terakhir dimaklumkan oleh JSM ialah pada Sukan Teras.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Perbincangan berkenaan persiapan Kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil 2/2015 yang akan dijalankan di Dewan MSN Ayer Keroh, Melaka merangkumi keperluan peralatan, surat pelepasan, mesyuarat pengurus.

2. Perbincangan bagi pembelian platform baru untuk kegunaan kejohanan dan latihan di PLN.

3. Perbincangan berkenaan jemputan pegawai teknikal daripada pihak persatuan untuk membantu kelancaran kejohanan yang akan berlangsung di Dewan MSN Ayer Keroh, Melaka dan jadual pemindahan peralatan dari PLN ke venue kejohanan pada Jumaat 12 Jun 2015 jam 9.00 pagi.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 10 Jun 2015


LAPORAN KEJOHANAN SKUASY PBA 13TH PENANG (MALAYSIA) JUNIOR OPEN, PULAU PINANG (1 - 6 JUN 2015)

LAPORAN 

Kejohanan Skuasy PBA 13th Penang (Malaysian) Junior Open telah bermula pada 1 hingga 6 Jun 2015 di Nicol David International Squash Centre, Bukit Dumbar Pulau Pinang. Negeri Melaka telah menghantar seramai 11 orang pemain bersama 2 orang jurulatih.

Pencapaian atlet Melaka pada kejohanan kali ini, Adam Agan bin Aziz (B15) dan Nur Waffiah bte Khairul Tajuddin (G11) masing-masing berada di kedudukan Top 4.

Sekian.