Wednesday, May 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SKUASY (26 MEI 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : SKUASY

TARIKH : 26 Mei 2015 (Selasa)

MASA : 5.45 ptg

TEMPAT : Gelanggang Skuasy Hang Jebat, Krubong

KEHADIRAN :    1. JPM
                         2. JLN MSNM 
                         3. JSM (1 orang)
                         4. Atlet ( 20 orang)

LATIHAN

1. Match Play
2. Condition Play


UJIAN

-TIADA-



PERTANDINGAN

1. Kejohanan Skuasy PBA 13th Penang (Malaysian) Junior Open, Pulau Pinang pada 1 hingga 6 Jun 2015



KECEDERAAN

-TIADA-



PERALATAN

1. Kerosakan dinding dan lantai (terdapat regangan papan dari tempat asal) pada Court 1 dan 4. Kecederaan boleh berlaku kepada atlet sekiranya tidak berhati-hati.



PROGRAM BINAAN

1. Program Pencarian Bakat TID akan dijalankan pada 15 - 16 Jun 2015.



ULASAN

1. Perbincangan bersama jurulatih berkenaan persediaan ke kejohanan awal Jun ini di Pulau Pinang.

2. Memaklumkan kepada jurulatih berkenaan program TID yang akan dijalankan pada 15 dan 16 Jun 2015 ini dengan bantuan ISN Melaka dan Bukit Jalil.

3. Wakil ibubapa juga memohon agar pihak Perbadanan Stadium dapat membaiki court yang rosak dengan segera dan agar atlet dapat berlatih dengan lancar.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Skuasy

Tarikh : 27 Mei 2015


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA (25 MEI 2015)


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

Tarikh : 25 Mei 2015 (Isnin)

Masa : 5.45 petang

Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :


1. JSM ( 1 orang)

2. Atlet ( 12 orang)




LATIHAN

1. Warm up, stretching, 30 minit jogging, 300m x 4 sprint, cooling down
2. Latihan pliometrik (10 set)


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil 2/2015, Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015
2. Kejohanan Olahraga Melaka Open 2015 pada 12 hingga 14 Jun 2015
3. Kejohanan SUKIM (Sukan India Malaysia,KBS) 2015, Tangkak Johor pada 12 hingga 14 Jun 2015


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

1. Program Cari Bakat / TID akan dijalankan pada 15 - 16 Jun 2015


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet seramai 12 orang.

2. Berbincang dengan JSM berkenaan penyertaan dan persediaan atlet pada 3 kejohanan berbeza yang akan disertai pada 12 hingga 14 Jun 2015 dan Program TID yang akan dijalankan pada 15 dan 16 Jun 2015.

3. Ketika pemantauan dijalankan, ujian masa untuk pemilihan atlet ke Kejohanan SUKIM telah dijalankan dan turut disertai oleh atlet PLN.


Sekian.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga Negeri Melaka

Tarikh : 27 Mei 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPS SUKAN ANGKAT BERAT , JASIN (21 MEI 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 21 Mei 2015 (Khamis)

Masa : 2.00 petang

Tempat : PPS Sukan Angkat Berat, Balairaya Lipat Kajang, Jasin

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Lutfi Bin Asiman
            - 5 orang pelajar praktikal MSN

2. JSM - 3 orang (2 PLN, 1 PPS Jasin)

3. Atlet/ Urusetia - 4 orang


LATIHAN

-TIADA-


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Interzon Selatan Bil 2/2015, Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Keperluan alatan latihan yang lengkap untuk PPS Jasin.

2. Peralatan sedia ada sangat memerlukan gantian dan tambahan untuk menarik minat atlet berlatih.


PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka pada 21 Mei 2015


ULASAN

1. Memantau PPS Jasin selepas tamat program pencarian bakat di SK Jasin untuk melihat pusat latihan selepas mendapat aduan yang diberikan oleh JSM Said.

2. Kawasan latihan terjejas teruk di bahagian bumbung dan memerlukan gantian baru. Sekiranya hujan kawasan latihan akan dinaiki air dan bertakung hingga menyebabkan simen pecah.

3. JSM memohon untuk pembelian simen dan zink di pusat latihan. JSM memaklumkan telah membuat aduan kepada JAPERUN kawasan tersebut mengenai masalah yang dihadapi.

4. JSM juga memohon bagi pembelian kipas memandangkan kawasan tersebut tertutup dan kecil.


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 27 Mei 2015



Friday, May 22, 2015

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU (TID) DAN KLINIK PENGENALAN ASAS SUKAN ANGKAT BERAT (21 MEI 2015)


LAPORAN PROGRAM BINAAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 21 Mei 2015 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Lutfi Bin Asiman
            - 5 orang pelajar praktikal MSN

2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 8 orang termasuk 2 orang praktikal)

3. JSM - 3 orang (2 PLN, 1 PPS Jasin)

4. Atlet/ Urusetia - 4 orang

5. Sekolah Kebangsaan Jasin - 30 orang

6. Sekolah Kebangsaan Air Baruk - 5 orang

7. Sekolah Kebangsaan Kemendor - 20 orang

PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka pada 21 Mei 2015


ULASAN

Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 21 Mei 2015 di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka yang melibatkan tiga buah sekolah (SK Jasin/ SK Kemendor/ SK Air Baruk) dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka. 

Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh jurulatih/ atlet/SDO dan pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.

Sesi pengenalan / klinik asas dijalankan selepas tamat ujian yo-yo. Taklimat awal berkenaan program telah disampaikan oleh SDO dan sesi pengenalan alatan asas dan latihan diambil alih oleh JSM dan atlet terlibat menunjukkan demo angkatan snatch, clean dan jerk. Pelajar-pelajar yang terlibat pada sesi TID kali ini turut diberikan peluang untuk mencuba secara praktikal dan amali (pendedahan) dengan alatan angkat berat dan sesi soal jawab turut dibuka. 

Program bersurai jam 1.00 tengah hari dengan jamuan kecil.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 22 Mei 2015

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU (TID) DAN KLINIK PENGENALAN ASAS SUKAN ANGKAT BERAT (20 MEI 2015)

LAPORAN PROGRAM BINAAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 20 Mei 2015 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan MSN/ SSN Seri Kota, Ayer Leleh, Melaka

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Muhammad Hafiz Bin Deli
            - 5 orang pelajar praktikal MSN

2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 8 orang termasuk 2 orang praktikal)

3. JSM - 3 orang (2 PLN, 1 PPS Jasin)

4. Atlet/ Urusetia - 4 orang

5. Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun - 50 orang

6. Sekolah Menengah Tun Tijah - 30 orang

7. Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir - 20 orang

PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat di Dewan MSN/ SSN Seri Kota, Ayer Leleh, Melaka pada 20 Mei 2015


ULASAN

Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 20 Mei 2015 di Dewan MSN/SSN Seri Kota, Ayer Leleh yang melibatkan tiga buah sekolah (SMK Durian Daun/ SK Ujong Pasir/ SMK Tun Tijah) dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka. 

Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh jurulatih/ atlet/SDO dan pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.

Sesi pengenalan / klinik asas dijalankan selepas tamat ujian yo-yo. Taklimat awal berkenaan program telah disampaikan oleh SDO dan sesi pengenalan alatan asas dan latihan diambil alih oleh JSM dan atlet terlibat menunjukkan demo angkatan snatch, clean dan jerk. Video angkatan bebanan juga turut didedahkan kepada pelajar-pelajar terbabit. Pelajar-pelajar yang terlibat pada sesi TID kali ini turut diberikan peluang untuk mencuba secara praktikal dan amali (pendedahan) dengan alatan angkat berat dan sesi soal jawab turut dibuka. 

Program bersurai jam 12.30 tengah hari dengan sedikit jamuan kecil.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 22 Mei 2015


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (19 MEI 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 19 Mei 2015 (Selasa)

Masa : 6.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM ( 2 orang)

2. Atlet ( 7 orang)


LATIHAN

1. Snatch 

2. Pull Clean & Jerk

3. Power Pull Snatch 

4. Squat


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan Interzon Selatan Bil 2/2015, Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Keperluan plates tambahan untuk menggantikan plates sedia ada yang telah rosak.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.

3. Tambahan platform latihan dan kejohanan. Pembelian dan bekalan terakhir dimaklumkan oleh JSM ialah pada Sukan Teras.


PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan akan dijalankan pada 20 Mei 2015 (SMK Durian Daun/ SK Ujong Pasir/ SMK Tun Tijah) dan 21 Mei 2015 (SK Jasin/ SK Air Baruk/ SK Kemendor)


ULASAN

1. Memaklumkan kepada JSM serta perbincangan serta keperluan rutin berkenaan venue dan persiapan atlet untuk menghadapi Kejohanan Interzon Selatan Bil 2/2015 yang akan diadakan di Melaka pada 12 hingga 14 Jun 2015.

2. Memaklumkan kepada JSM dan atlet senior yang akan terlibat sama untuk program binaan TID dan Klinik Pengenalan yang akan dijalankan selama 2 hari di Dewan Seri Kota dan SK Jasin pada 20 dan 21 Mei 2015.

3. JSM memohon berkenaan keperluan peralatan latihan dan kejohanan asas yang dibekalkan kali terakhir pada Sukan Teras contohnya platform.

4. Mendapatkan perkhidmatan ISN untuk beberapa orang atlet untuk rawatan mandi ais pada Sabtu ini di ISN Melaka, Krubong

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 22 Mei 2015


LAPORAN KERATAN AKHBAR ATLET DAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT DI HARIAN METRO (18 MEI 2015)

Tarikh : 18 Mei 2015 (Isnin)
Akhbar : Harian Metro
Ruangan : Gen Y
Sukan : Angkat Berat

Artikel berkenaan program Pelapis dan atlet Angkat Berat di akhbar Harian Metro pada 18 Mei 2015. Pengenalan dan pendekatan sukan Angkat Berat di Melaka. terima kasih diucapkan kepada wartawan untuk artikel yang disiarkan.

Sekian.

Wednesday, May 20, 2015

LAPORAN PERSEMBAHAN ATLET PELAPIS WUSHU SEMPENA HARI BELIA NEGERI MELAKA (17 MEI 2015)

Sukan : Wushu
Sempena : Hari Belia Negeri Melaka
Tempat : Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
Tarikh : 17 Mei 2015 (Ahad)

Tuesday, May 19, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (15 MEI 2015)

Tarikh : 15 Mei 2015 (Jumaat)
Tempat : PLN Angkat Berat, Ayer Leleh
Masa : 11.00 pagi

LAPORAN

Penghantaran semula pinjaman set pertandingan angkat berat yang digunakan oleh USPTN Negeri Sembilan semasa Kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil 1/2015 di Negeri Sembilan ke PLN Ayer Leleh.

Kehadiran 2 orang SDO, seorang jurulatih dan seorang atlet untuk menghantar semula set tersebut untuk persediaan PLN Melaka untuk penganjuran kejohanan Pelapis Interzon Selatan Bil2/2015 pada 12 hingga 14 Jun 2015 akan datang. Kehadiran disambut oleh seorang JSM dan seorang atlet untuk membantu menerima set yang dipinjam.

Sekian.

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM MALAYSIA KE 57 DAN TALENT SCOUTING (14 MEI 2015)

Tarikh : 14 Mei 2015 (Khamis)
Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka
Masa : 3.30 petang


LAPORAN

Kejohanan Olahraga MSSM Malaysia Ke 57 telah dijalankan pada 10 hingga 14 Mei 2015 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka dengan penyertaan 16 buah negeri dari seluruh Malaysia. Atlet Melaka telah menghantar seramai 37 atlet lelaki dan 31 atlet perempuan pada siri kejohanan kali ini.

Kontinjen Melaka berada di tempat ke 8 keseluruhan dengan memungut 5 Emas dan 3 Perak. Pingat emas pertama negeri Melaka disumbangkan oleh Muhammad Aiedil bin Sa'adun dalam acara 100m Lelaki (15 tahun) dengan catatan masa 11.10s dan emas kedua disumbangkan oleh Khairul Hafiz bin Jantan dalam acara 100m Lelaki (18 tahun) dengan catatan masa 10.69s. Manakala pingat perak disumbangkan oleh Asnawi bin Hashim dengan catatan masa 10.81s. Turut dijalankan talent scouting oleh pihak persatuan dan jurulatih negeri Melaka untuk diserap masuk ke dalam program USPTN.

Majlis penutupan dijalankan pada 14 Mei 2015 selepas acara kemuncak 4x400m lelaki dan wanita oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

KEPUTUSAN PENUH MSSM OLAHRAGA KE 57, MELAKA 2015
    PasukanEPGJum
    SARAWAK19111343
    SABAH10111031
    TERENGGANU104418
    KUALA LUMPUR103720
    KEDAH89926
    SELANGOR851225
    JOHOR7111634
    MELAKA5308
    PERAK47617
    NEGERI SEMBILAN35412
    PERLIS3238
    PULAU PINANG2507
    PAHANG18312
    KELANTAN15511
    LABUAN0112
    PUTRAJAYA0101
(Ihsan daripada AJK MSS Melaka, http://mssmelaka.net/index.php?limitstart=5 )

Sekian.

LAPORAN MESYUARAT KEPADA PEMENANG PINGAT SUKMA PAHANG 2014 BAGI PERSIAPAN SUKMA SARAWAK 2016 (11 MEI 2015)

Tarikh : 11 Mei 2015 (Isnin)
Tempat : Dewan Zamrud, Tingkat 1, Wisma Negeri, MiTC Melaka
Masa : 2.30 petang

LAPORAN

Satu Mesyuarat Kepada Pemenang pingat SUKMA Pahang 2014 Bagi Persiapan SUKMA Sarawak 2016 telah dijalankan pada Isnin yang lepas dengan kehadiran lebih 40 orang atlet, jurulatih di Dewan Zamrud Wisma Negeri Melaka.

Mesyuarat dijalankan bagi menerangkan program yang diatur kepada pemenang pingat SUKMA Pahang 2014 dan jurulatih yang lalu iaitu "Projek Emas" dan memberi maklumat berkenaan SUKMA Sarawak 2016.

Mesyuarat berakhir jam 4.30 petang dengan sesi soal jawab bersama Pengarah MSN Melaka.

Sekian.  


Thursday, May 14, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (12 MEI 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

Sukan : Wushu
Tarikh : 12 Mei 2015 (Selasa)
Masa  : 9.30 malam
Tempat : SJKC Cheng, Melaka

Kehadiran

1. JLN
2. JSM
3. ATLET - 40 orang

LATIHAN

1. Warm up
2. Latihan menggunakan senjata / tidak bersenjata
3. Latihan bebanan
4. Warm down

UJIAN
- Telah dilaksanakan pada 12 April 2015 dan 10 Mei 2015.

PERTANDINGAN
-TIADA-

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-


LAPORAN


1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut rutin dan mengikut acara masing-masing mengikut jadual susunan jurulatih.

2. Perjumpaan dan perbincangan bersama 2 jurulatih mengenai tawaran Pelantikan Secara Kontrak Jurulatih Separuh Masa Program Pembangunan, Majlis Sukan Negeri Melaka selama setahun mulai 1 Jun 2015 hingga 31 Mei 2016. Jurulatih yang tersebut iaitu En. Chong Hiap Shing dan Cik Chai Hway Tien.

3- Dimaklumakan MSN Melaka akan mengadakan Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka bagi tahun 2013/2014 pada 16 Mei 2015 pada jam 8.00 malam bertempat di EQ Hotel, Melaka. Seramai 5 orang atlet Wushu Negeri Melaka dan kebangsaan telah di calonkan sebagai penerima Anugerah Sukan Negeri Melaka iaitu :-

1. Ho Mun Hua
2. Tan Cheong Wan
3. Ng Shin Yii 
4. Loh Ying Ting
5. Tan Cheong Min 

Sekian, terima kasih.

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI