Monday, March 30, 2015

LAPORAN BENGKEL ASAS URUTAN SUKAN 'SPORTS MASSAGE' 2015 (28 MAC 2015)

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Kehadiran : 2 penceramah / masseur ISN Negara
                  Pegawai ISN Melaka
                  Pegawai USPTN / MSN Melaka
                  45 jurulatih USPTN / Negeri / Persatuan

LAPORAN

Bengkel Asas Urutan Sukan "Sports Massage" 2015 anjuran MSNM / USPTN Melaka telah dijalankan pada 28 Mac 2015 (Sabtu) dengan penyertaan seramai 45 orang jurulatih lantikan USPTN / Negeri dan Persatuan negeri ini.

Bengkel asas ini telah menjemput 2 orang penceramah dan juga masseur yang bertauliah dan berpengalaman daripada ISN Negara yang memberikan taklimat, tips dan praktikal kepada semua peserta.

Para peserta didedahkan dengan cara mengurut dengan betul, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk membuat urutan dan peserta turut diberi peluang menjadi model pada sesi bengkel ini.

Bengkel bersurai pada 5.00 petang.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO (26 MAC 2015)

Laporan Pemantauan

Sukan : Taekwondo
Tarikh   : 26 Mac 2015 (Selasa)
Masa.   : 8.30 malam
Tempat : Dewan Lestari UTEM, Melaka

Kehadiran :
1. JSM – En Micheal Bong
2. Jurulatih Persatuan – En Yeo
3. 14 atlet USPTN dan 15 Atlet MASUM UTEM

Latihan :
1.Warm Up
2. Kicking , –
3. Sparring
4. cooling down

Ujian :
-tiada-

Pertandingan :
1. Kejohanan Sportexcel Taekwondo Leg 2/2105, Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 27 – 29 Mac 2015.

Peralatan :
1. Kekurangan Body Protector dan Kicking Target

Program Binaan :
Kejohanan Karnival Sukan Taekwondo (WTF) JPM – MSNMelaka 2015 – ditunda ke bulan April 2015

Ulasan :
1. Kehadiran atlet amat memuaskan. Skuad MASUM serta Kelab Taekwondo menjalani latihan bersama skuad Pelapis oleh jurulatih En Micheal Bong dan Jurulatih Negeri, En Yeo serta Bekas atlet Presiden Taekwondo MASUM UTEM, Melaka.
2.  Latihan insentif kepada atlet yang menyertai Sportexcel Leg 2 yang akan berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
3. Latihan bersama skuad Taekwondo MASUM UTEM.
4. Jurulatih memerlukan tambahan peralatan untuk kegunaan latihan dan dibawa ke kejohanan.
5. Saranan ujian kecergasaan dijalankan pada awal April 2015.

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN SUKAN TAEKWONDO
USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

LAPORAN KERATAN AKHBAR TALENT IDENTIFICATION SUKAN BERBASIKAL

Program Talent Identification bagi sukan berbasikal telah dijalankan baru-baru ini di beberapa sekolah sekitar Melaka yang membabitkan seramai 450 orang pelajar dan disambut baik oleh sekolah-sekolah yang terlibat.

Program ini telah disiarkan di dalam akhbar MHI (Melaka Hari Ini).

Sekian.

Friday, March 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO (24 MAC 2015)

Laporan Pemantauan

Sukan : Taekwondo
Tarikh   : 24 Mac 2015
Masa.   : 8.30 malam
Tempat : Dewan Lestari UTEM, Melaka

Kehadiran :
1. JSM – En Micheal Bong
2. Jurulatih Persatuan – En Yeo
3. 12 atlet USPTN dan 9 Atlet MASUM UTEM

Latihan :
1.Warm Up
2. Kicking , –
3. Sparring
4. cooling down

Ujian :
-tiada-

Pertandingan :
1. Kejohanan Sportexcel Taekwondo Leg 2/2105, Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 27 – 29 Mac 2015.

Peralatan :
1. Kekurangan Body Protector dan Kicking Target

Program Binaan :
Kejohanan Karnival Sukan Taekwondo (WTF) JPM – MSNMelaka 2015

Ulasan :
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan latihan malam ini bersama Skuad MASUM UTEM.
2. Jurulatih menekan aspek warm up perlulah dijalannkan dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
3. Kondisi atlet yang mengalami kecederaan pada Kejohanan Sportexcel yang lepas dilihat agak baik namun difahamkan terdapatsedikit pendarahan pada otak dan pemeriksaan lanjut akan dibuat . walaubagaimanapun atlet masih dalam proses menguatkan kekuatan mental.
4. latihan Sparring bersama Skuad MASUM UTEM bagi atlet yang akan ke Kejohanan Sportexcel Leg 2/2015.
5. latihan tamat pada jam 10.30 Malam.

Disediakan Oleh,

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (24 MAC 2015)

Laporan Pemantauan

Sukan : Memanah
Tarikh   : 24 Mac 2015
Masa.   : 5.30 Petang
Tempat : Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh Melaka

Kehadiran :
1. JPM – En Zainuddin bin Talib
2. S/U Kehormat – Pn Hjh Fauziah Dalib
3. Atlet – 23 Orang

Latihan :
1.Warm Up
2. Band Training
3. 30m distance
4. Cooling Down

Ujian :
Ujian Scoring Akhir Bulan Mac

Pertandingan :
1. 3rd Melaka Indoor Archery Championships 2015, Dewan Pusat Sukan MSN, Ayer Keroh Melaka, 27- 29 Mac 2015

Peralatan :
-tiada-

Program Binaan :
Kejohanan Dalaman – 3rd Melaka Indoor Archery Championships 2015

Ulasan :
1. Kehadiran atlet amat baik dan latihan insentif dijalankan bagi kejohanan Dalaman   - 3rd Melaka Indoor Archery Championships 2015 yang akan berlangsung pada Jumaat 27 Mac 2015 ini di Dewan Pusat Sukan MSN, Ayer Keroh Melaka.
2. Pemanah Negara, En Juwaidi juga turut membantu sesi latihan pada petang tersebut.
3. Mesyuarat Pelarasan teknikal bagi Kejohanan 3rd Melaka Indoor Archery Championships 2015 dijalankan bagi memastikan persiapan akhir sebelum kejohanan berlangsung.
4. Makluman kepada Jurulatih mengenai Taklimat Jurulatih bersama Pengarah MSN yang akan dijalankan pada 25 Mac 2015 di Bilil Mesyuarat MSN, Melaka.

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK - TIME TRIAL NAG (22 MAC 2015)

Laporan Pemantauan

Sukan : Akuatik
Tarikh   : 22 Mac 2015
Masa.   : 4.30 Petang
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong Melaka

Kehadiran :
1. En Zhang HangBo - JLN (Negeri)
2. En. Sung Jun Hoa – JSM
3. Atlet – 49 Orang –
            Sesi 4 – 5 ptg (15 org – 7 Lelaki, 8 Perempuan)
            Sesi 4 – 7 ptg (34 org – 22 Lelaki, 12 Perempuan)

Latihan :
1.Warm Up (dryland)
2. 10 x 20 Freestyle
3. 10 x 50 swim (LAT kick, 25u/w each wall)
4. 10 x 20 swim B:2:35
5. 5 x 20 Paddles
6. Cooling Down

Ujian :
Time Trial untuk 4 atlet bagi kelayakkan ke NAG Games

Pertandingan :
1. NAG Games 2015, 23 – 26 April 2015, Bukit Jalil

Peralatan :
-tiada-

Program Binaan :
-tiada-

Ulasan :
1. Kehadiran atlet amat baik dan latihan dijalankan oleh jurulatih JLN, En Zhang HongBo dan JSM En Song Jun Hoa.
2. Time trial bagi 4 orang atlet untuk melayakkan diri ke kejohanan NAG akan datang.
3. Pemantauan kali ini bertujuaan untuk melihat kemasukkan atlet ke Kompleks Renang mengikut senarai nama pelapis.
4. Memaklumkan kepada JSM mengenai sesi Taklimat Jurulatih bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka pada 23 Mac 2015 di Bilik Mesyuarat, MSN Melaka.

Disediakan Oleh,
NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS INTERZON SELATAN SIRI 1/2015, NEGERI SEMBILAN (MEMANAH) (HARI KETIGA)

Laporan Kejohanan
Kejohanan : Kejohanan Pelapis Zon Selatan Siri 1/2015, Negeri Sembilan (Hari Kedua)
Tarikh : 21 Mac 2015
Kehadiran :
En Giam Fook Pang - Pengus Sukan Caw. Pelapis
Laporan:
1. Kejohanan hari ketiga diteruskan dengan acara 50 m dan 30 m bagi U16 Lelaki dan Wanita.
2. Kejohanan berakhir jam 4.00 petang dengan penyampaian hadiah serta sijil kepada peserta kejohanan.
3. Kejayaan dari Pasukan Pelapis Negeri Melaka membawa pulang 2 Emas, 2 perak dan 5 Gangsa

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

Thursday, March 26, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (26 MAC 2015)




Tarikh : 26 Mac 2015 ( Khamis)
Masa : 12.20 tengah hari

LAPORAN

Pemantauan dijalankan ke PLN angkat berat yang juga bersebelahan dengan dewan gimnasium yang diserang anai-anai. Kawasan ini juga turut diperiksa sekiranya terdapat serangan anai-anai disekitarnya.

Keseluruhan kawasan telah diperiksa oleh kontraktor berlesen, penjaga dewan dan Ketua Pembantu Tadbir MSNM yang telah diarahkan oleh Pengarah MSNM untuk memeriksa dewan gimnasium dan PLN Angkat Berat. Keputusan pemeriksaan mendapati PLN masih dalam berkeadaan baik. Namun masih terdapat puntung rokok dan kotak rokok dijumpai di bilik rehat atlet di mana menjadi tempat tidur pengawal keselamatan yang bertugas. 

Pagar grill utama PLN angkat berat yang telah rosak akan dibaikpulih dan akan diambil tindakan oleh pihak MSNM dan kontraktor berlesen yang akan dilantik dengan kadar segera untuk menggantikan kunci baru pagar tersebut agar peralatan sedia ada dalam keadaan baik dan selamat.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK / GIMRAMA DI DEWAN GIMNASIUM AYER LELEH (26 MAC 2015)


Tarikh : 26 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 12.00 tengah hari

LAPORAN

Pemantauan ke Dewan Gimnasium Ayer Leleh untuk memeriksa keadaan kawasan pusat latihan yang dilaporkan diserang anai-anai bersama Ketua Pembantu Tadbir MSNM, penjaga dewan dan kontraktor berlesen. Pengarah MSNM telah mengarahkan kawasan tersebut diperiksa dan mengambil tindakan secepat mungkin.

Pemeriksaan dijalankan dikeseluruhan dewan termasuk tandas, stor, kawasan gimrama dan gimnastik. Kawasan luar juga turut diperiksa dan perbincangan bersama kontraktor berkenaan penyelesaian serangan anai-anai tersebut.

Tindakan segera akan diambil oleh pihak MSNM untuk membaikpulih keadaan dewan tersebut supaya atlet boleh menjalani latihan seperti biasa dan selesa.

Semasa pemantauan dijalankan, terdapat 3 ekor musang dijumpai dan dipercayai memasuki kawasan tersebut di lubang pintu grill dewan yg tidak ditutup rapi. Penjaga dewan telah mengeluarkan haiwan tersebut serta merta.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN MSS NEGERI MELAKA 2015 (25 MAC 2015 - TALENT SCOUTING)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

Tarikh : 25 Mac 2015 (Rabu)

Masa : 5.10 petang

Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :

1. JSM ( 1 orang - Poonaesparan)


LATIHAN

-TIADA-


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. Kejohanan MSS Negeri Melaka 2015 pada 24 hingga 27 Mac 2015 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka.

2. Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 27-29 Mac 2015 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

-TIADA-


PROGRAM BINAAN

1. Talent Scouting atlet di Kejohanan Olahraga MSS Negeri Melaka 2015 bersama Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka 


ULASAN

1. Ketika pemantauan dijalankan, Kejohanan Olahraga MSS Negeri Melaka 2015 sedang dijalankan bagi acara 100m lelaki dan wanita akhir. Dimaklumkan kejohanan ini bermula pada 24 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 27 Mac 2015 ini.

2. Jurulatih memaklumkan turut sama hadir ke balapan untuk mencari dan memantau bakat baru yang berpotensi melalui kejohanan ini untuk diserap masuk ke dalam program pelapis negeri (talent scouting). 



Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga Negeri Melaka

Tarikh : 26 Mac 2015


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (25 MAC 2015)


LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 25 Mac 2015 (Rabu)

Masa : 6.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM ( 2 orang)

2. Atlet (4 orang)


LATIHAN

1. Snatch 

2. Clean & Jerk

3. Back Squat Power

4. Pull Snatch Power

5. Squat



UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

-TIADA-


KECEDERAAN

1. Dimaklumkan beberapa orang atlet mengalami kecederaan di hamstring dan pergelangan tangan.


PERALATAN

1. Terdapat banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Penimbang berat badan telah dibaiki dan boleh digunapakai semula.

3. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.



PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa oleh JSM dan kehadiran atlet seramai 4 orang pada pemantauan kali ini. Latihan hari ini memfokuskan kepada pembetulan angkatan beban mengikut postur badan yang betul, kaki dan tangan.

2. Memberi surat memohon kebenaran Hospital Melaka untuk menjalankan rawatan fisioterapi kepada JSM bagi 2 orang atlet yang mengalami kecederaan di bahagian hamstring dan pergelangan tangan.

3. JSM Zaidi memaklumkan telah membaiki penimbang berat PLN yang rosak sebelum ini dan penimbang berat tersebut boleh digunapakai semula untuk atlet. 





Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 26 Mac 2015