Wednesday, January 28, 2015

KLINIK SUKAN LAWN BOWLS BERSAMA SK BATU BERENDAM 2 (25 JANUARI 2015)


Sukan : Boling Padang
Tempat : Kompleks Lawn Bowl Stadium Hang Jebat, Melaka
Tarikh : 25 Januari 2015
Masa : 8.00 pagi - 1.00 ptg

Kehadiran :

i) 2 orang JSM
ii) 4 orang persatuan
iii) 32 orang atlet klinik - SK Batu Berendam 2
iv) 10 atlet pelapis


LAPORAN :

1. Seramai 32 pelajar dari Sekolah Rendah Keb. Batu Berendam 2, Melaka hadir mengikuti program Klinik Lawn Bowl bagi memperkenalkan sukan lawn bpwl dan mencari bakat-bakat baru untuk program Pelapis Melaka 2015.

2. Program tersebut mendapat kerjasama daripada pihak sekolah, dan Persatuan Lawn BowlNegeri Melaka.

3. Pengenalan dan cara permainan sukan lawn bowl diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih pelapis dengan bantuan atlet-atlet senior yang telah menunjukkan bakat dalam klinik tersebut.

4. Klinik diadakan selama 2 hari bermula pada 24 hingga 25 Januari 2015 pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.


Sekian.





















Sent from my iPhone



--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

Thursday, January 15, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (8/1/2015)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 8 Januari 2015
Masa : 3.30 ptg


Kehadiran :

Jurulatih :
1. En. Zainuddin bin Talib (JPM)
2. Cik Zulaika binti Husin (JSM)

Atlet :
12 orang (4 wanita dan 8 lelaki)



LAPORAN :

1. Persatuan Memanah Negeri Melaka mengadakan mesyurat Persatuan di Pusat Latihan Memanah Ayer Keroh Melaka. Seramai 6 orang peserta yang hadir mesyuarat tersebut.

2. Persatuan mencadangkan mengadakan Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Melaka kali-3 merebut Piala Ketua Menteri Melaka 2015 pada bulan Mac 2015.

3. Pemantauan latihan atlet sedang menjalani latihan memanaskan badan dan melakukan ujian litar Keadaan cuaca dalam keadaan hujan lebat sepanjang latihan menyukarkan sedikit sesi latihan yang telah dirancang.


Sekian.


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

Thursday, January 08, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (3 JANUARI 2015)

Sukan : Memanah
Tarikh : 3 Januari 2015
Masa : 10 pagi
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka.

Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Zainuddin bin Talib (JPM)
2. Puan fazlin binti Husain (JSM)
3. Cik Zulaikah binti Husin (JSM)
4. En. Juwaidi

Atlet
10 lelaki dan 9 wanita


LAPORAN

1. Latihan dijalankan seperti yang rancang dengan kehadiran yang amat memuaskan daripada program pelapis dan program penggalakkan sukan (PPS).

2. Mengadakan BBQ dan jamuan makan bagi mengambut kelahiran ketua jurulatih iaitu En. Zainuddin bin Talib (JPM) yang kini umur genap 56 tahun.

Tuesday, January 06, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (31 DISEMBER 2014)

Tarikh : 31 Disember 2014 (Rabu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 10.30 pagi
Kehadiran : JPM
                      Pengurus Lapangsasar
                      Atlet : 1 orang

LAPORAN

Latihan masih diteruskan seperti biasa dengan menggunakan mesin scatt bagi acara pistol walaupun hanya seorang atlet yang hadir pada sesi latihan pagi ini. 

Perbincangan bersama JPM dan Pengurus Lapangsasar berkenaan kehadiran audit dan memeriksa semula aset dan harta seperti yang diarahkan pihak audit.

Semasa pemantauan dijalankan PLN telah dihadiri oleh beberapa orang atlet baru bersama ibubapa untuk sesi pendaftaran baru 2015 yang akan dijangka bermula pada pertengahan bulan Januari 2015. Atlet yang dipilih berdasarkan Program Talentspot yang dijalankan pada bulan November yang lalu.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN TIME TRIAL KE 3 PLN SUKAN RENANG (28 DISEMBER 2014)

Tarikh : 28 Disember 2014 (Ahad)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong
Masa : 4.00 petang

LAPORAN

Ujian masa kali ke tiga tahun 2014 dijalankan kepada semua atlet Pelapis negeri ini. Ujian 200m free dan 200m IM dijalankan kepada semua atlet.

Tujuan ujian masa ini adalah untuk melihat prestasi semasa atlet Pelapis sama ada menunjukkan kemajuan prestasi atau penurunan prestasi atlet.

Bagi tujuan tersebut, ujian kali ini turut dibantu oleh ahli-ahli persatuan dan JSM untuk memastikan ujian tersebut berjalan lancar.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT NEGARA KE PLN SUKAN MENEMBAK (18 DISEMBER 2014)

Tarikh : 18 Disember 2014 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 2.30 petang


LAPORAN

PLN Menembak telah dilawati oleh 3 orang pegawai yang turun dari Audit negara bagi memeriksa peralatan dan barangan yang telah disediakan di PLN Menembak bagi pengauditan tahun 2014.

Turut menemani Ketua Pembantu TAdbir, Penyelaras Sukan dan seorang pegawai dari MSNM untuk menerangkan selanjutnya kepada pihak audit berkenaan peralatan yang berada di PLN Menembak.

Pemeriksaan audit berjalan baik dan beberapa teguran kecil akan diambil tindakan bagi memastikan harta dan aset MSNM terjaga.

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI AKHIR)

Tarikh : 24 Disember 2014 (Rabu)
Tempat : D'Village Resort / Lapangsasar Menembak Ayer Keroh

LAPORAN

1. Merupakan hari akhir kem di Melaka. Mengadakan rumusan dan perbincangan akhir keseluruhan kem latihan bersama semua jurulatih terlibat dan atlet selama satu jam.

2. Mengadakan sesi soal jawab bersama atlet berkenaan pengalaman, tips, keperluan dan perbincangan berkenaan sukan menembak dalam pelbagai peringkat.

3. Program ditutup secara rasmi selepas penyerahan hadiah kepada atlet yang berjaya pada ujian yang telah dijalankan.

4. Atlet dan jurulatih terlibat bersurai selepas makan tengah hari dan mengambil senjata dan peralatan di lapangsasar.

5. Keputusan ujian tembakan menggunakan simulator scatt Kem Bakat Sukan Menembak Siri 2/2014 mulai 19-24 Disember 2014 di Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka.

Air pistol Lelaki
1. Muhd Syafiq Iman bin Taslin PHG 358 / 376.5
2. Nik Muhammad Luqman bin Nik Omar TRG 348 / 368.0
3. Lee Her Jun Jonathan PNG 348 / 367.4

Air Pistol Wanita
1. Sarah Nur Dalilah bte Kipayatullah TRG 357 / 371.6
2. Nur Atirah bte Mohd Faizol Anuar PHG 344 / 362.6
3. Balqis Aqilah bte Mohd Hadi WPKL 340 / 355.5

Air Rifle Lelaki
1. Izzul Hazmi bin Rusli MEL 380 / 396.6
2. Muhammad Farhan bin Adzha PRK 373 / 393.6
3. Mohd Arif Aidit b Rosli PHG 373 / 386.8

Air Rifle Wanita
1. Nur Taqiyyah Alya bt Nor Rahim TRG 382 / 400.5
2. Nur Izazi bte Rusli WPKL 381 / 398.9
3. Nur Aqilah bt Faizul Anuar PHG 380 / 398.2

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 ( HARI KELIMA)

Tarikh : 23 Disember 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Badminton MSNM / D'Village Resort

LAPORAN

1. Program hari ini diisi dengan 'Fitness Test' yang dijalankan oleh  pegawai ISN Bukit Jalil seramai 2 orang dan dibantu oleh 4 orang pegawai ISN Melaka di Dewan Badminton MSNM yang terletak bersebelahan Lapangsasar Menembak Ayer Keroh.

2. Seramai 44 orang atlet diuji dengan ujian yang telah disusun oleh pihak ISN. Untuk makluman,  dua orang atlet Johor perlu menembak pertandingab semula menggunakan scatt kerana masalah tidak menyimpan data/ tidak lengkap dan menyertai fitness test selepas tamat siri pertandingan.

3. Sesi petang atlet diberi masa rehat.

4. Sesi malam telah dijalankan majlis makan malam ringkas sebelum berakhir kem sesi 2/2014 dengan menjemput Pengarah MSNM , Hj Ismail b Abdol Jalil dan Ketua Unit USPTN Melaka, En Mohammad Zaki bin Zainal Abidin.

5. Memberi taklimat program 24 Disember 2014 bagi merumuskan kem dan sesi penyampaian hadiah dan penutup kem siri 2/2014.

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI KEEMPAT)

Tarikh : 22 Disember 2014 (Isnin)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / D'Village Resort

LAPORAN

1. Program pada hari ini telah dijalankan pertandingan bagi acara pistol wanita detail 3 dan disambung dengan acara rifle lelaki dan wanita dengan 40 tembakan.

2. Bagi atlet yang telah bertanding semalam, mereka diberikan program latihan pistol dan dilatih oleh En.Baharuddin mengikut program beliau bagi sesi pagi dan petang.

3. Sesi malam disambung dengan ceramah berkenaan asas pemakanan sukan menembak oleh pegawai ISN Satelit Melaka iaitu Cik Yuslina bt Yusof.

4. Demonstrasi bagi membuat air minuman sukan juga diajar kepada atlet dan atlet diberi peluang untuk mencuba hasil air tersebut. Kuiz berkenaan pemakanan juga turut diberikan kepada atlet.

5. Memberi taklimat selanjutnya bagi pergerakan program yang akan berlangsung hari esok iaitu Fitness Test yang akan dikendalikan oleh pihak ISN Bukit Jalil.

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI KETIGA)

Tarikh : 21 Disember 2014 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / Dewan Parameswara

LAPORAN

1. Sesi pagi dimulakan dengan dengan senaman pagi di kawasan hotel.

2. Latihan menggunakan mesin scatt manakala selebihnya tembak menggunakan target dan palet yang diagihkan sehingga tengah hari.

3. Perbincangan bersama jurulatih bagi menjalankan pertandingan pada sesi sebelah petang menggunakan mesin scatt dengan menggunakan senjata milik negeri masing-masing. Atlet diberi 10 minit sighters dan 40 tembakan.

4. Acara pistol lelaki dan wanita dijalankan dahulu pada sesi petang untuk 2 detail, dan detail 3 akan dijalankan bersama acara rifle pada 22 Disember 2014.

5. Sesi malam dijalankan pada 8.30 malam dengan sesi bersama jurulatih PK, En Baharudin dan En Sabki untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada atlet dalam kepakaran bidang acara masing- masing, hala tuju sukan menembak, peluang dan cabaran.

6. Jurulatih lain pada masa yang sama menghadiri kelas pemantapan penggunaan mesin scatt bersama JLN Victor yang turun dari negeri Johor untuk bersama berkongsi ilmu demi atlet-atlet negeri masing-masing.

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 ( HARI KEDUA)

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / D'Village Resort

LAPORAN

1. Aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi pada 6.30 dan diikuti sarapan pagi. Atlet bergerak ke lapangsasar beramai-ramai dan diiringi jurulatih.

2. Pengenalan mengenai penggunaan mesin scatt kepada atlet. Didapati 17 daripada 46 orang atlet tidak pernah menggunakan dan mengetahui mesin scatt. Mereka telah diberi peluang menggunakan scatt yang dibawa oleh beberapa negeri.

3. Setiap atlet diberikan 10 percubaan sighters dan 30 tembakan menggunakan mesin scatt bagi yang tidak membawa senjata manakala atlet yang mempunyai senjata dibenarkan menjalani latihan seperti biasa dengan pengawasan jurulatih sedia ada.

4. Jurulatih PK turut sama membantu atlet dengan mengadakan 'speed test' bagi senjata-senjata yang dibawa negeri dan memperbaiki kadar mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Sesi berakhir jam 6.00 petang.

5. Program ceramah bersama pegawai ISN telah dijalankan pada jam 8.30 malam di Dewan Parameswara. Sesi ceramah 'Psikologi Sukan' telah disampaikan oleh Pn.Nor Azura bt Mat Noor tamat pada jam 10.00 malam. Atlet diberi minum malam dan bersurai.

6. Taklimat mengenai program 21 Disember 2014 telah diberikan selepas tamat sesi ceramah bersama Pegawai ISN.

Sekian.