Friday, October 31, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN JKM (29/10/2014)

Sukan : Sepaktakraw
Tempat : Dewan MSN Seri Kota, Melaka
Tarikh : 29 Oktober 2014
Masa : 8.30 - 11.30 mlm

Kehadiran :
- 1 JSM
- 15 atlet

LAPORAN :

1. Latihan bagi Persiapan meneyertai Kejohanan Sepaktakraw Grand Final Peringkat Zon, Pahang 2014 yang diadakan pada 13 hingga 16 Oktober 2014. Acara yg disertai regu bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 15 tahun bagi mewakili zon selatan.

2. Perlawanan Persahabatan diadakan dengan pasukan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pasukan Pelapis Melaka. Keputusan Pelapis menang 3 regu dan kalah 1 regu. Perlawanan persahabatan kali ke-2 akan diadakan pada 31 Oktober 2014 pada jam 8.30 malam di Dewan MSN Seri Kota, Melaka.

3. Kekurangan bola takraw serba sedikit menganggu kelancaran latihan harian. Kebanyakkan bola takraw sudah rosak dan uzur.

4. Masalah kerosakan di dewan akibat kemasukan air ke dalam dewan mengakibatkan berlaku litar pintas dan lampu kerap terpadam. Keadaan pakir kebanyakkan telah rosak dan tertanggal. Pihak MSN Melaka telah mengambil tindakan awal untuk membaikpulih dewan berkenaan dengan segera setelah memanggil pihak kontraktor menganggarkan kos baikpulih kerosakan tersebut.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (28/10/2014)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 28 Oktober 2014
Masa : 3 ptg

LAPORAN :

Pembersihan dan permotongan pokok tumbang di Pusat Latihan Memanah di Ayer Keroh dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak MPHTJ yang cepat bertindak setelah di buat aduan mengenai pokot tumbang.

Kini latihan memanah boleh dijalankan seperti biasa tanpa gangguan daripada pokok tumbang tersebut.

Sekian.

Wednesday, October 29, 2014

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK (HARI KE 5)

Tarikh  : 27.10.2014
Lokasi : Gimnasium 3, MSN Malaysia
Laporan
1. Sesi Physical Testing dan Control testing bagi atlet WAG dan MAG akan dijalankan. Para atlet berkumpul dan bersedia untuk ke Gim 3.
2. Sesi pagi dimulakan dengan Physical Testing dan sesi petang disambung Control testing.
3. Pada sesi pagi PCP, En Jefri turut sama memantau sesi physical testing dan bertemu dengan atlet kem gimnastik. Turut hadir sama KUPN, En Rashid dan KUPS, En Megat.
4. Sesi malam, para jurulatih berkumpul dan rumusan sepanjang kem dibentangkan.

Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEM MENEMBAK PROGRAM T'20 (28 OKTOBER 2014)

Tarikh : 28 Oktober 2014 (Selasa)
Tempat : Lapangsasar Menembak Gong Kuin, Terengganu

LAPORAN

Aktiviti bermula seawal jam 6.30 pagi dengan berjalan menuju ke lapangsasar dan perhimpunan pagi beserta nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya senaman regangan diketuai oleh jurulatih En.Azmi.

Sedikit taklimat program disampaikan oleh jurulatih En.Baharuddin dan telah membahagikan kumpulan atlet kepada jurulatih-jurulatih sedia ada untuk berkongsi ilmu dalam sesi yang merangkumi ;

1. Safety& rules latihan asas Position"

2. Latihan asas Holding

3. Latihan asas Trigger & Follow Through

Aktiviti petang telah diambil alih oleh ISN Terengganu bagi latihan fizikal dan mengenalkan atlet kepada suaian latihan 'super circuit'.

Sesi malam diteruskan dengan ceramah berkenaan Nutrition oleh ISN Terengganu dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Sekian.

LAPORAN HARI PERTAMA KEM MENEMBAK PROGRAM T'20 ( 27 OKTOBER 2014)

Tarikh : 27 Oktober 2014 ( Isnin)
Tempat : Lapangsasar Gong Kuin, Terengganu

LAPORAN

Merupakan hari pertama bagi Program T'20 bagi sukan menembak Bil 1/2014 di Kuala Terengganu. Kehadiran pegawai, jurulatih seramai 10 orang dan 32 atlet dari seluruh negeri berkumpul selama 5 hari di Hadami Homestay, Tok Jembal dan latihan akan dijalankan di Lapangsasar Gong Kuin, Terengganu.

Program diteruskan dengan sesi taklimat pada sebelah malam di Lapangsasar Gong Kuin dan diteruskan dengan sesi 'Ice Breaking' oleh ISN Terengganu manakala pegawai dan jurulatih diberikan taklimat dan perbincangan berkenaan jadual perjalanan program.

Sekian.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU ( 26 OKTOBER 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Wushu

Tarikh : 26 Oktober 2014 (Ahad)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : SJKC Cheng

Kehadiran

1. JLN
2. JSM
3. ATLET - 30 orang

LATIHAN

1. Warm up
2. Latihan menggunakan senjata / tidak bersenjata
3. Latihan bebanan
4. Warm down

UJIAN
-TIADA-

PERTANDINGAN
-TIADA-

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut rutin dan mengikut acara masing-masing mengikut jadual susunan jurulatih.

2. JSM memaklumkan seramai 4 orang atlet PN telah terpilih dan akan mewakili ke Asean School Game di Filipina pada 29 November 2014.

3. Perbincangan bersama JSM berkenaan aset (karpet pertandingan) yang akan diaudit MSNM dalam masa terdekat.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu Negeri Melaka

Tarikh : 28 Oktober 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS (23 OKTOBER 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Lawn Bowls

Tarikh : 23 Oktober 2014 (Khamis)

Masa : 5.30 petang

Tempat : Konpleks Sukan Lawn Bowls Hang Jebat, Krubong

Kehadiran :

1. JSM - 1 orang
2. Atlet - 6 orang

LATIHAN

1. Warm up
2. Sparing Pairs
3. Warm down

UJIAN
-TIADA-

PERTANDINGAN
-TIADA-

KECEDERAAN
-TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN

1. Persediaan atlet ke Kejohanan Lawn Bowls Fours Kebangsaan yang akan dijalankan di Perlis pada 5 hingga 8 November 2014

2. Perbincangan dengan JSM untuk Kejohanan Triples yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada 25 November 2014.

3. Latihan dan sparing dijalankan bersama atlet UiTM sempena Kejohanan Karisma UiTM yang akan dijalankan pada 25 hingga 28 Oktober ini di PLN.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Lawn Bowls Negeri Melaka

Tarikh : 28 Oktober 2014

Monday, October 27, 2014

LAWATAN PENGARAH MSNM KE PLN SUKAN MENEMBAK (23 OKTOBER 2014)

Tarikh : 23 Oktober 2014 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 1.45 petang

LAPORAN

PLN Menembak Negeri Melaka telah dilawati olehPengarah MSNM dan beberapa pegawai dari jabatan kerajaan untuk memantau keadaan PLN sedia ada bagi penambaikan PLn untuk perancangan masa hadapan.

Kehadiran beliau disambut oleh pengurus lapangsasar dan dibawa melihat kawasan bangunan 10 meter, 25 meter dan 50 meter.

Sekian.

LAPORAN PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK 2014 (23 OKTOBER 2014)

Tarikh : 23 Oktober 2014 (Khamis)
Tempat : SK Gangsa
Masa : 11.00 pagi

LAPORAN

Pencarian bakat sukan Menembak negeri Melaka telah dipanjangkan lagi ke sekolah berhampiran untuk Program Talentspot Sukan Menembak yang akan dijalankan pada 10-12 November 2014 di Lapangsasar Menembak Ayer Jeroh.

Sekolah Kebangsaan Gangsa Merupakan sekolah terakhir bagi sesi pemilihan saringan sebelum terpilih ke program tersebut.

Senarai nama atlet tahun enam yang disaring akan diedarkan ke sekolah-sekolah terpilih.

Sekian.

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK (HARI KE 4)

LAPORAN
1. Pada hari keempat kem, latihan bermula jam 9 00 pagi dan berakhir jam 11.30 untuk sesi pagi.
2. Sesi petang diteruskan jam 2.30 dan berakhir jam 5.30 ptg.
3. Terdapat beberapa org atlet kurang sihat dan sakir mata diberikan rawatan dan dibawa ke klinik dgn bantuan SDO.
4. Tiada aktiviti malam untuk memberi peluang atlet mendapat rehat yang cukup bagi meneruskan sesi latihan akhir pada 27.10.2014.

Sunday, October 26, 2014

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (HARI KE-3)

Tarikh : 25.10.2014
Hari     : Sabtu
LAPORAN
1. Para atlet berkumpul jam 8.00pagi sebelum ke Gim 3 begi meneruskan sesi latihan pagi
2. Latihan diteruskan dengan latihan pemanasan badan, latihan apparatus bagi wag dan mag, dan latihan program MGF.
3. Latihan sesi petang bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.30 ptg..
4. Pada sesi malam, sesi team building untuk para atlet.
5. Atlet bersurai dan latihan akan bersambung jam 9.00 pagi 26.10.2014.