Thursday, March 27, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA BAWAH 16 TAHUN 2014, TERENGGANU (HARI KEDUA)


LAPORAN KEJOHANAN

SUKAN : MENEMBAK

TARIKH : 19 MAC 2014 (RABU)

TEMPAT : LAPANGSASAR MENEMBAK TOK JEMBAL, TERENGGANU

KEHADIRAN : 
1. JLN
2. SDO
3. WAKIL PERSATUAN
4. ATLET = 10 ORANG (5 LELAKI, 5 WANITA)

LATIHAN
1. Latihan rasmi kepada semua atlet telah bermula sejak 9 pagi sehingga mesyuarat pengurus diadakan jam 6.00 petang.

UJIAN
-TIADA-

PERALATAN
1. Balang gas rifle didapati mengalami kebocoran semasa latihan kerana dimaklumkan tidak dibuka dengan cara yang betul (kasar) dan atlet serta JLN tidak meminta bantuan yang pakar untuk membantu ketika mengisi dan membuka gas. Kebarangkalian balang gas yang lama  tidak diselenggara juga menjadi salah satu punca. Perkara dapat diatasi kerana atlet membawa balang gas lebih ketika kejohanan.

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1.  Menjalani latihan bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang bagi suaian tempat latihan.
2. Melaka telah menghantar 2 orang atlet rifle lelaki, 3 atlet rifle wanita, 3 atlet pistol lelaki dan 2 atlet pistol wanita.
3. Mesyuarat pengurus diadakan jam 6.00 petang kerana menunggu pasukan Selangor dan Pulau Pinang tiba ke lapangsasar. Mesyuarat membincangkan mengenai jadual kejohanan dan beberapa perkara.
4. Jurulatih Pelapis Kebangsaan, En. Yusri memberikan taklimat ringkas mengenai T20 dan menyerahkan borang maklumat atlet bawah 16 tahun dan jurulatih kepada pengurus negeri dan memohon menghantar semula kepada beliau selewat-lewatnya pada Kejohanan Piala Ally T.h. Ong pada 27 hingga 30 Mac ini.
5. Telah dimaklumkan oleh wakil cawangan acara, Goh Lai Teng berkenaan karnival pelapis yang akan diadakan di Perlis pada 23 hingga 27 April ini yang membabitkan 8 sukan.
6. Diberikan tugas sebagai urusetia teknikal klasifikasi sepanjang kejohanan.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak Negeri Melaka

Tarikh : 27 Mac 2014



LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA BAWAH 16 TAHUN 2014,TERENGGANU (HARI PERTAMA)

LAPORAN KEJOHANAN

SUKAN : MENEMBAK

Tarikh : 18 Mac 2014 (Selasa)

Masa : 7.00 petang

Tempat : Lapangsasar Tok Jembal, Kuala Terengganu

Kehadiraan :
1. JLN
2. Dahlia Belina - Wakil Persatuan
3. SDO
4. Atlet -10 orang (5 lelaki 5 wanita)

LATIHAN

-Tiada-

UJIAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Kuala Terengganu  19 hingga 23 Mac 2014

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Pasukan Melaka bertolak ke Kuala Terengganu jam 10.30 pagi dan berkumpul di Lapangsasar Menembak Ayer Keroh. Tiba di Lapangsasar Menembak Tok Jembal pada jam 6.30 petang untuk simpanan senjata.

2. Untuk makluman bagi kejohanan ini saya hanya membawa senjata di bawah lesen MSNM sahaja memandangkan tiada wakil persatuan yang mempunyai lesen turut serta untuk menghantar ke Terengganu dan atlet baru majoriti nya menggunakan senjata jenis pam yang dimiliki oleh pihak persatuan.

3. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Ketua Unit, juga persatuan (Pengarah Pertandingan) dan (Kapten) melalui pesanan ringkas SMS dan wakil persatuan bersetuju untuk membawa senjata di bawah MSNM.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Tarikh : 27 Mac 2014

Friday, March 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN OLAHRAGA (20 MAC 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN 
SUKAN: OLAHRAGA
Tarikh: 20 Mac 2014
Masa: 6.00 petang
Tempat: Stadium Hang Jebat, Melaka

Kehadiran:
1. En. Giam Fook Pang                       Pengurus Cawangan Pelapis, MSN
2. Cik Noor Faeezah Jamaludin        SDO Gimrama
3. En. Lutfi Asiman                               SDO
4. En. Akhbar bin Idris                         SDO
5. En. Mohd Hafiz bin Deli                  SDO
5. En. S. Pooneasparan                     JSM
6. En. Razaleigh Saililah                    JSM
7. Atlet : L : 10 P: 2

LATIHAN
  1. Genaral & Specific Warm up
  2. latihan lontaran, latihan asas lompat bergalah
  3. 300 m x 4 reps
  4. 150 m x 2 reps
  5. sits -up
  6. cooling- down
PERTANDINGAN
1. Terdapat 3 orang atlet dibawah program ke MSSM acara merentas desa di Sabah.
2. Pertandingan terdekat ialah Terbuka Melaka dan USPTN Melaka akan mengambil bahagian.
3. Calon atlet jalan kaki dan heptatlon dibawah program menjalani latihan untuk kelayakan akhir mewakili SUKMA Melaka ke SUKAN MALAYSIA (SUKMA XVII< PERLIS).

ULASAN

  1. Kehadiran Atlet memuaskan dan dan kehadiran 2 JSM.
  2. Pada pemantauan kali ini turut disertai dgn kehadiran Pengurus Cawangan Pelapis, En Giam Fook Pang dan 3 orang SDO dari USPTN Melaka.
Disediakan Oleh,

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN SUKAN GIMRAMA


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA (19 MAC 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: GIMRAMA

Tarikh: 19 Mac 2014
Masa: 7.00 malam
Tempat: Dewan Gimnastik Ayer leleh, Melaka

Kehadiran: 

1. En. Giam Fook Pang                       Pengurus Cawangan Pelapis, MSN
2. Cik Noor Faeezah Jamaludin          SDO Gimrama
3. En. Lutfi Asiman                            SDO
4. En. Akhbar bin Idris                       SDO
5. Pn. Tan Sock Horng                        JSM
6. 16 orang atlet Gimrama

LATIHAN
  1. Genaral & Specific Warm-up
  2. Basic element for junior
  3. Basic element for gred 1 and gred 2
  4. Cooling down
PERTANDINGAN
1. Seramai 8 atlet bertanding bagi MSSNM dan 4 orang terpilih mewakili Melaka ke MSSM

PERALATAN
 1. Alat angkat berat yang dibekalkan sudah patah.
2. Peralatan yang dibekalkan sudah diterima

ULASAN

  1. Kehadiran Atlet amat memuaskan dan sebahagian atlet menjalani persiapan untuk ke kejohanan MSSM Gimrama yang bakal diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
  2. Pada pemantauan kali ini turut disertai dgn kehadiran Pengurus Cawangan Pelapis, En Giam Fook Pang dan 2 orang SDO dari USPTN Melaka.
  3. Jurulatih memaklumkan latihan pada minggu hadapan akan ditangguhkan kerana jurulatih turut terlibat membawa atlet ke MSSM.
Disediakan Oleh,

NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN SUKAN GIMRAMA
USPTN MELAKA

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN MEMANAH, SEPAKTAKRAW DAN TENPIN BOLING (20 MAC 2014)

LAPORAN PEMANTAUAN HARI KEDUA :
Pemantauan Pada Hari kedua oleh En. Giam Fook Pang pengurus sukan, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara ke PLN memanah, sepaktakraw, boling, pelayaran, gimnastik dan olahraga.
Semasa permantauan dijalankan beberapa perkara telah diberi penekanan kepada jurulatih bagi menilai prestasi atlet terkini, kemudahan peralatan latihan, keadaan pusat latihan mesti dalam keadaan baik dan selesa, masalah kehadiran atlet, perancangan jurulatih dan sebagainya. Antara komen En. Giam mengenai masalah yang dihadapi di pusat latihan mengikut sukan yang telah pantau oleh pengurus sukan :
1. Sukan Memanah
- Prestasi atlet kurang memuaskan terutama atlet lelaki yang masih ditahap yang tidak diharapkan oleh pengurus sukan. Perlu mencari atlet baru yang boleh diketengahkan seperti Norhairulnizam dari Melaka yang kini di dalam program elit.
- JPM perlu memberi penumpuan kepada atlet yang disasarkan boleh diketangahkan walaupun mempunyai atlet yang ramai tetapi tidak dapat mempunyai atlet yang berkualiti untuk disalurkan kepada pelapis serantau dan kebangsaan.
- Masalah kehadiran ke pusat latihan yang rumah agak jauh. Atlet tiada pengangkutan untuk berulang-alik ke pusat latihan. En. Giam mencadangkan agar atlet dapat diberi token minyak atlet/jurulatih @ meminta pihak MSN Melaka membantu membekalkan kenderaan van untuk kegunaan penghantaran atlet ke pusat latihan. Mengadakan perjumpaan bersama ibubapa bagi menyelesaikan masalah tersebut.
- Masalah bersama jurulatih di bawah MSS Negeri Melaka mengenai petindihan program dan atlet tidak mendapat pelepasan daripada jurulatih JPM kerana terlibat dengan latihan pusat bagi menyertai Kejohanan Zon Selatan Siri 1, Melaka 2014.
En. Giam mencadangkan perlu mengadakan Mesyuarat JKK Sukan bagi membincang lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Mohon pihak unit sukan membantu mengenai perkara tersebut.
- En. Giam memaklumkan 2 atlet wanita memanah Melaka iaitu Iman Aisyah dan Khairulnisa terpilih ke Program Pelapis Serantau, Surat tawaran akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

2. Sukan Sepaktakraw
- Kehadiran atlet memuaskan semasa pemantauan.
- Keperluan peralatan latihan seperti tiang dan pemberat kebanyakkan telah rosak teruk dan perlu dibaiki segara. Pihak saya telah membuat permohonan pembelian baru kepada MSN Melaka dan menunggu kelulusan.
- Keadaan pakir lantai pon telah rosak teruk dan perlu dibaiki.
- Atlet Pelapis Senior dan SUKMA menjalani latihan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad pada waktu malam dari 8.30 hingga 11.30 malam. Manakala atlet baru menjalani latihan pada hari isnin hingga khamis pada jam 4.30 hingga 6.30 ptg.

3. Sukan Tenpin Boling
- kehadiran atlet menjalani latihan amat memuaskan. 6 atlet terpilih dalam SUKMA Perlis 2014.
- En Giam meminta penambahan masa latihan di lane daripada 3 hari kepada 4 hari seminggu. En. Lutfi memaklomkan akan menambahkan sesi latihan di lane setiap hari sabtu untuk mengadakan roll off bersama atlet SUKMA Melaka. Jadual latihan setiap hari Isnin, Selesa, khamis dan sabtu. Untuk Fitness dan bersama pihak isn setiap hari rabu @ sabtu pagi sebelum roll off dijalankan.
- Mohon penggantian 2 atlet menarik diri daripada program atas alasan tidak boleh memberi tumpu sepenuhnya pada latihan dan akan memberi tumpuan pada pelajaran. En. Giam meminta perlu melohon kepada pihak Malaysia Tenpin Boling Congres (MTBC) dan pengurus sukan boling En. Vimalan Palaniappan untuk menukaran atlet tersebut. Atlet Melaka seramai 22 orang (17 lelaki dan 5 wanita).
- Prestasi Atlet Negeri Melaka sangat memuaskan telah mendapat Top 3 dalam 2 kejohanan Sportexcel Junior Circuit yang disertai pada tahun 2014.
- Untuk makluman perjumpaan bersama ibubapa, atlet dan pihak Persatuan Boling Negeri Melaka telah diadakan pada 12 Mac 2014 yang lalu dan telah membincang mengenai program yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Sekian,
Laporan daripada Lutfi bin Asiman
Pegawai Pembangunan Sukan
Sukan Memanah, Sepaktakraw & Tenpin Boling

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





















Thursday, March 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN SKUASH, AKUATIK RENANG, MEMANAH, WUSHU, DAN GIMRAMA (19/3/2014)

Untuk makluman, Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara telah menjalankan satu pemantauan Audit Pengurusan PPN di Unit Sukan prestasi Tinggi Negeri Melaka bagi memantau semua pusat latihan dan menyemak semua sistem fail dibuat mengikut keperluan yg telah ditetapkan.

Pemantauan ini dijalankan oleh En. Giam pengurus sukan, cawangan pelapis pada 19 hingga 21 Mac 2014 selama 3 hari. Program pelapis Melaka mempunyai 16 pusat latihan melibatkan 16 jenis sukan dan seramai 522 atlet (284 lelaki / 238 wanita) dalam program 2014.

Pemantauan sukan pada hari pertama (19/3/2014) di pusat latihan sukan skuasy, akuatik, gimrama, wushu, angkat berat dan memanah.

Turut bersama pegawai dari USPTN Melaka iaitu En. Lutfi Asiman, Noor Faezah bte Jamaluddin dan Mohd Akhbar bin Idris.

Sekian,

Laporan daripada Lutfi Bin Asiman
Pegawai pembangunan Negeri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 16, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PERINGKAT ZON SELATAN 1/2014, MELAKA

Keputusan Keseluruhan

Acara Regu Bawah 12 Tahun
1. Melaka 'B'
2. N.S
3. Melaka 'C' & Melaka 'A'


Acara Regu Bawah 14 Tahun
1. SSTMI 'A'
2. N.S 'A'
3. Melaka 'A' & Melaka 'B'


Acara Regu Bawah 16 Tahun
1. Melaka 'A'
2. SSTMI 'A'
3. SSTMI 'B' & N.S


Acara Double Bawah 14 Tahun
1.SSTMI 'A'
2. N.S 'A'
3. Melaka 'A'


Acara Double Bawah 16 Tahun
1. SSTMI 'A'
2. N.S
3. Melaka 'A'


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 15, 2014

LAPORAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PERINGKAT ZON SELATAN 1/2014, MELAKA (PERINGKAT KUMPULAN)

Keputusan Peringkat Kumpulan

Acara Regu Bawah 16 tahun

Kumpulan A
1. SSTMI 'A'
2. N.S 'A'
3. Melaka 'B'

Kumpulan B
1. SSTMI 'B'
2. Melaka 'A'
3. N.S
4. Johor Tangkak

Perlawanan Separuh Akhir (16/3/2014)
SSTMI 'A' vs Melaka 'A'
SSTMI 'B' vs N.S


Acara Double Bawah 16 tahun

1. SSTMI
2. N.S
3. Melaka

Perlawanan Akhir (16/3/2014)
SSTMI vs N.S


Acara Regu Bawah 14 tahun

Kumpulan D
1. SSTMI
2. N.S 'A'
3. Melaka 'A'
4. Melaka 'B'
5. N.S 'B'

Perlawanan Akhir (16/3/2014)
SSTMI vs N.S 'A'

Tempat ketiga bersama
Melaka 'A' dan Melaka 'B'


Acara Double Bawah 14 tahun

Kumpulan E
1. SSTMI
2. Melaka
3. N.S

Perlawanan Akhir (16/3/2014)
SSTMI vs Melaka

Tempat ketiga : N.Sembilan


Acara Regu Bawah 12 tahun

1. Melaka 'B'
2. N.S 'A'
3. Melaka 'C'
4. Melaka 'A'

Perlawanan Akhir (16/3/2014)
Melaka 'B' vs N.S 'A'

Tempat ketiga bersama
Melaka 'C' dan Melaka 'A'


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 12, 2014

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA DAN ATLET SUKAN TENPIN BOLING 2014 (11 MAC 2014)

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka telah mengadakan perjumpaan bersama Ibubapa, atlet, jurulatih dan Persatuan Boling Negeri Melaka bagi membincangkan hala tuju sukan boling dan Perancangan Program Pembangunan Pelapis USPTN Melaka pada tahun 2014. Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 11 Mac 2014 (Selasa) jam 3.30 petang bertempat di Bilik Persatuan Boling Negeri Melaka di MiBC, Ayer Keroh, Melaka.


Kehadiran :
1.     Penyelaras Sukan Boling MSN Melaka
2.     Ibubapa (14 orang)
3.     Atlet (16 orang)
4.     Jurulatih – JSM (2 0rang)
5.     Persatuan Boling Negeri Melaka (2 orang)

Dalam perbincangan tersebut pihak USPTN Negeri Melaka telah menerangkan program yang telah dirancang bagi tahun 2014 termasuklah :
i.              Status Jurulatih dan Pusat Latihan
ii.             Kuota pendedahan pertandingan
iii.            Sewaan lane
iv.            Program Binaan
v.             Program tindik bersama pasukan SUKMA Negeri Melaka
vi.            Jadual Latihan
vii.           Peruntukkan yang akan dibiayai dalam pertandingan
viii.          Penilaian prestasi atlet bagi tahun 2013 dan 2014 yang terkini
ix.            Hal-hal lain

Dengan adanya perbincangan ini segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan berharap tahun 2014 Sukan Boling di Melaka akan meningkatkan prestasinya pada masa akan datang. Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. 

Sekian.

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (10 MAC 2014)

LAPORAN  PEMANTAUAN

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh: 10 Mac 2014 (Isnin)
Masa: 3.30 petang
Tempat: Lapangsasar Menembak Ayer Keroh

Kehadiran: 

1. JLN
2. Atlet - 9 orang


LATIHAN
1. Air rifle
2. Air pistol  

UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
 1. Persediaan Kejohanan Interzone Selatan Menembak Bil 1/2014 Melaka.

KECEDERAAN
 -TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1. Masih terdapat atlet yang tidak mengambil kira mengenai keselamatan senjata (meletakkan senjata di atas kerusi dan meninggalkan senjata tersebut) untuk mengambil jaket di stor dan atlet tersebut telah ditegur berkenaan perkara itu kepada atlet dan juga JLN untuk lebih peka. 
2. Telah memaklumkan semula kepada atlet berkenaan berlatih di bawah jurulatih yang telah ditetapkan mengikut acara masing-masing agar tiada kekeliruan. Namun yang demikian sementara JPM mengerjakan umrah, JLN akan membantu memantau latihan mereka.


Sekian terima kasih.

 Laporan di sediakan oleh:
Noraishah Bt Md.Jamil
PPN Sukan Menembak Negeri Melaka
Tarikh: 12 Mac 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (2 MAC 2014)


LAPORAN  PEMANTAUAN

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh: 2 Mac 2014 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Lapangsasar Menembak Ayer Keroh

Kehadiran: 

1. JLN
2. JPM
3. Atlet - 11 orang


LATIHAN
1. Prone (Dry fire) / Air rifle (JPM)
2. Air pistol  (JLN)

UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
 -TIADA-

KECEDERAAN
 -TIADA-

PERALATAN
-TIADA-

PROGRAM BINAAN
-TIADA-

ULASAN
1. Perbincangan bersama JPM dan JLN bagi senarai nama atlet yang akan menyertai Kejohanan Interzon Selatan, Bawah 16 Tahun Terengganu dan Kejohanan Menembak Kebangsaan Ally TY.H Ong Trophy. 
2. Dimaklumkan JPM akan mengerjakan umrah bermula 11 Mac 2014 hingga 25 Mac 2014.
3. JPM memohon untuk mendapatkan mesin scatt daripada JLN untuk dipasang kepada monitor dan kegunaan atlet dan JLN bersetuju untuk memberikan scatt tersebut dan saya telah memaklumkan kepada JLN bahawa penggunaan mesin scatt tersebut perlu dikongsi bersama untuk kemajuan atlet.

Sekian terima kasih.

 Laporan di sediakan oleh:
Noraishah Bt Md.Jamil
PPN Sukan Menembak Negeri Melaka
Tarikh: 12 Mac 2014