Wednesday, December 04, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 28 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 28 November 2013 ( Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer keroh
Masa : 3.30 ptg
Kehadiran : JLN, Atlet ( 9 orang)

LAPORAN

Pemantauan pada hari ini melihatkan kehadiran atlet seramai 9 orang di mana peningkatan selepas berakhir peperiksaan SPM baru- baru ini.

Latihan lebih berfokus kepada 2 program iaitu bagi Kejohanan Bawah 16 Tahun juga persediaan atlet SUKMA 2014.

Ketika pemantauan dijalankan beberapa proses pembaikan telah dijalankan oleh urusetia persatuan dengan mengecat dan membaiki beberapa fasiliti sedia ada bagi memastikan keselesaan dan kelancaran program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak


LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 17 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 17 November 2013 ( Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 11.30 pg
Kehadiran : JLN, Atlet ( 4 Orang)

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan, PLN telah menerima kunjungan JPM Johor iaitu Encik Subari yang juga merupakan teknikal bagi Kejohanan Remaja Bawah 16 Tahun Sirkit 2/2013 yang akan diadakan di negeri ini pada 17 hingga 21 Disember 2013 ini. Tujuan kunjungan beliau adalah untuk melihat kawasan lapangsasar untuk dibaiki juga memastikan kejohanan lebih lancar. Turut menemani beliau iaitu teknikal daripada Persatuan Menembak Melaka, Mr. Richard untuk bersama - sama melihat dan memeriksa kawasan sebagai persiapan kejohanan itu nanti.

Latihan juga dijalankan seperti biasa oleh JLN dengan kehadiran atlet yang kurang memberangsangkan kerana peperiksaan SPM masih lagi dijalankan.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWL (17 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN LAWN BOWL

Tarikh : 17 November 2013 ( Ahad)
Tempat : Gelanggang Lawn Bowls Hang Jebat, Krubong
Masa : 9.30 pg
Kehadiran : JSM, Atlet (8 orang)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran atlet yang minima kerana peperiksan SPM sedang dijalankan dan kebanyakan atlet lawn bowl mengambil peperiksaan tersebut. 

Latihan dijalankan  seawal 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari  ini dibantu oleh JSM juga 2 orang pembantu yang membantu latihan pada hari tersebut.

Persediaan bagi kejohanan akan datang dan perbincangan bersama JSM mengenai perlaksanaan yang akan dijalankan tahun 2014 mengenai pengambilan baru atlet lawn bowl juga kem latihan SUKMA 2014.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Lawn Bowl