Friday, November 15, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW (15 NOVEMBER 2013)

Tempat: SMK Seri Kota, Ayer Leleh Melaka
Masa: 9.45malam
Tarikh: 15 November 2013

JSM: 2
Atlet: 7 orang

Laporan

Latihan seperti biasa dengan teknik latihan tubi tekong dan apit kanan. Apit kiri timbangan bola dan kawalan.

Jurulatih memberi latihan teknik dan kemahiran. Telah maklum supaya atlet diberi latihan kecergasan dengan bantuan khidmat ISN Melaka untuk meningkatkan stamina.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA NEGERI PAHANG KE 47 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA NEGERI PAHANG KE 47, 2013 (10 NOVEMBER 2013)

SUKAN    :  OLAHRAGA

TARIKH    : 10 NOVEMBER 2013

TEMPAT   : STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN, PAHANG

KEHADIRAN

    1.  RAZALEIGH BIN SAILILLAH , JSM
    2.  15 ORANG ATLET

ULASAN
  • Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Melaka ke 47, 2013 telah berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan dan pasukan USPTN Melaka mengambil bahagian dalam beberapa acara.
  • Dalam kejohanan kali ini, tiada pulangan pungat namun atlet memperbaiki catatan masa dan jarak.
................
NOOR FAEEZAH BTE JAMALUDIN
PPN USPTN MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

Thursday, November 14, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (13 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN WUSHU

Tarikh : 13 November 2013
Tempat : SJK (C ) Wen Hua, Batu Berendam
Masa : 7.30 petang
Kehadiran : JSM, Setiausaha Kehormat, Atlet ( 30 orang)

LAPORAN

Kehadiran atlet memuaskan dan latihan telah dijalankan seawal 7 petang dengan latihan pemanasan badan dan regangan disekeliling sekolah.

Atlet sedang menyiapkan diri dengan kejohanan dalaman pada minggu ini di SJK (C) Pay Fong.

Diharap atlet pelapis yang menyertai kejohanan tersebut meraih kejayaan dan membawa pulang banyak pingat dan pengalaman.

Pemantauan hari ini, SDO telah diberi penghormatan oleh atlet untuk memberi kata-kata dorongan dan sesi pengenalan serta dipersembahkan dengan rutin di hadapan SDO.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

Wednesday, November 13, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG ( 12 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG

Tarikh : 12 November 2013
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 6.00 petang
Kehadiran : JLN, JSM, Altet ( 28 orang)

LAPORAN 

Latihan pada hari ini memberi lebih fokus kepada persediaan dan persiapan Kejohanan Antara Kelab Piala Presiden yang akan diadakan pada 22 hingga 24 November 2013.

Latihan dijalankan seperti biasa dengan rutin stroke kepada atlet-atlet pelapis oleh JLN dan JSM.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

LAPORAN PROGRAM TID SUKAN RENANG TAHUN 2013

PROGRAM TID SUKAN AKUATIK

Tarikh : 9 November 2013
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 9.00 pagi

LAPORAN

Satu Program Talent Identification Development (TID) bagi sukan Akuatik - Renang telah dijalankan baru - baru ini di Pusat Akuatik Hang Jebat pada 9 November 2013 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi.

Proses pemilihan bermula dengan taklimat ringkas kepada ibubapa yang hadir dan maklumat ringkas tersebut untuk pemahaman yang hadir. Seterusnya atlet dipilih oleh JLN Wang Ligeng mengikut kriteria yang diinginkan oleh JLN tersebut dan dibantu oleh ahli persatuan. 

Program bermula jam 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa dan atlet yang memberangsangkan melalui kaedah press conference yang dijalankan kepada wakil akhbar tempatan negeri Melaka pada 30 Oktober yang lepas.

Atlet terpilih akan menjalani latihan bermula jam 3 - 4 petang manakala pemantauan bagi atlet belum mahir akan diberikan peluang selama 3 bulan sebelum diserap ke dalam program.

Laporan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 7 NOVEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh : 7 November 2013 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, Atlet ( 4 orang)

LAPORAN

Kehadiran atlet pada hari ini tidak begitu memuaskan disamping peperiksaan SPM sedang giat berlangsung pada minggu ini. Namun begitu latihan diteruskan seperti biasa oleh JLN kepada 4 orang atlet yang hadir pada hari ini.

Berbincang bersama JLN mengenai Kejohanan Menembak Remaja Bawah 16 Tahun Sirkit 2 yang bakal diadakan di Melaka pada 18 hingga 22 Disember 2013 akan datang. Memohon agar JLN mengambil tindakan mengadakan gotong - royong bersama atlet bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga dan kawasan lapangsasar sentiasa kemas sebagai persediaan menghadapi kejohanan akan datang.

Ketika pemantauan dijalankan JLN memaklumkan terdapat kerosakan pada Air Pistol (jenis pam).

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Friday, November 08, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (30 OKTOBER 2013)

PEMANTAUAN PLN WUSHU

Tarikh : 30 Oktober 2013
Tempat : SJK (C) Wen Hua, Melaka
Masa : 8.00 malam
Kehadiran : JSM, Atlet (20 orang)

LAPORAN

Pemantauan ke PLN untuk melihat latihan yang dijalankan oleh JSM bagi atlet Pelapis B di SJK (C) Wen Hua. Latihan dijalankan seperti biasa dan dipantau oleh JSM dan beberapa pembantu bagi Pelapis B dan beberapa Pelapis A yang menjalani latihan di PLN kedua ini.

Perjumpaan bersama Setiausaha Kehormat persatuan bagi serahan semula surat lantikan SUKMA 2014, Perlis dan membincangkan beberapa isu berkaitan sukan tersebut.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

Thursday, November 07, 2013

LAPORAN PROGRAM TID SUKAN RENANG DI AKHBAR MHI 2013/2014

Program Talent Identification Development (TID) bagi sukan renang akan diadakan pada : 

Tarikh : 9 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Pemilihan terbuka kepada mereka yang berminat berumur 8 hingga 10 tahun. Sila hadir dengan kelengkapan pakaian renang. Sesi penerangan ibubapa akan diadakan jam 9.00 pagi. 

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan :
En. Chong Kim Guat : 012 - 618 1810
Pn.Koh Ai Mei : 012 -367 5450 (Setiausaha MSSC)


Sekian.

LAPORAN PROGRAM CARI JUARA 2013

Laporan 

Tarikh : 28 Oktober 2013 ( Isnin)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan MSN, SMK Seri Kota, Jalan Ayer Leleh Melaka

Satu Program Cari Juara 2013 Negeri Melaka telah diadakan pada 28 Oktober 2013 bertempat di Dewan MSN SMK Seri Kota Melaka jam 3.00 petang. Program ini membabitkan beberapa sukan spesifik iaitu Memanah, Gimnastik Artistik, Pelayaran dan juga Badminton. Program ini juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai daripada Institut Sukan Negara dan juga ISN Cawangan Melaka.

Program ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat sukan spesifik (Program Cari Juara) bagi tahun 2013. Kehadiran atlet melebihi 50 orang ini juga mendapat sokongan daripada jurulatih dan ibu bapa yang amat menggalakkan. Diharapkan program seperti ini akan diadakan setiap tahun bagi memastikan bakat atlet negeri Melaka dapat dikenalpasti untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan negeri ini.

Sekian.