Monday, September 30, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU ( 27 SEPTEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU
Tarikh : 27 September 2013 ( Jumaat)
Tempat : SRJK (C), Cheng, Melaka
Masa : 7.00 ptg
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 25 Orang )
LAPORAN
Semasa pemantauan dijalankan, atlet sedang giat menjalankan warm up sebelum memulakan latihan seperti biasa dan rutin harian mereka.

Dimaklumkan atlet kini sedang berlatih bagi menghadapi Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Wushu, Tarian Naga dan Singan Negeri Melaka serta Majlis Sukan Negeri Melaka pada Ahad ini (29 September 2013) bertempat di SJK (C) Wen Hua, Batu Berendam, Melaka.

Sekian.
Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

LAPORAN BAGI MAKLUMAN KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN BIL 2/2013

Salam Sejahtera,

JEMPUTAN KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN BIL. 2/2013, MELAKA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut seperti berikut :
 KEJOHANAN    -  KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN BIL 2/2013 MELAKA
 TARIKH KEJOHANAN  -  18-20 OKTOBER 2013
 VENUE KEJOHANAN  -  LAPANG SASAR MEMANAH, AYER KEROH, MELAKA
 PENGANJUR              -  UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA 
 
Maklumat Kejohanan

FORMAT      -    DOUBLE 50M & 30M               
KATEGORI   -    INDIVIDU & BERPASUKAN RECURVE LELAKI & WANITA
- TARIKH TUTUP PENDAFTARAN          : 11 OKTOBER 2013 (RABU)
- TARIKH PENDAFTARAN                      : 19 OKTOBER 2013(SABTU)
- TARIKH LATIHAN RASMI                    : 19 OKTOBER 2013 (SABTU)
- TARIKH PEMERIKSAAN PERALATAN : 19 OKTOBER 2013(SABTU)

- MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
      - TARIKH   : 19 OKTOBER 2013 (SABTU)
      - TEMPAT : LAPANG SASAR MEMANAH, AYER KEROH, MELAKA
      - JAM  : 9.00 PAGI 

Sekian. Terima kasih.

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA


LAPORAN HARI KEDUA LATIHAN DAN KEJOHANAN DALAMAN BERSAMA USPTN NEGERI SEMBILAN (29 SEPTEMBER 2013)

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Mantin, Negeri Sembilan
Masa : 10.30 pg
Kehadiran : JLN Melaka, JPM Negeri Sembilan, Atlet Melaka dan Negeri Sembilan

LAPORAN

Program pada hari ini berfokus kepada kejohanan dalaman untuk membaiki dan mengenalpasti kelemahan dan potensi bagi setiap atlet yang berlatih selama ini di bawah pusat latihan negeri masing - masing. 

Acara dimulakan dengan Air Pistol dan Rifle Lelaki bermula jam 9.00 pagi dan seterusnya bagi Air Pistol dan Rifle Wanita jam 11 pagi.

Penutup program adalah rangkuman dan proses pengumpulan idea pada sesi perbincangan bersama semua atlet dan JLN, JPM serta SDO untuk melihat semula kelemahan dan kesilapan semasa kejohanan dalaman tersebut dijalankan. 

Sesi bergambar mengakhiri program yang dijalankan selama dua hari di Mantin Negeri Sembilan. Semoga semua atlet dapat mempelajari dan menerima ilmu yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih dan mempraktikkan segala tekni dan tektik dalam acara masing-masing.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Menembak

Sunday, September 29, 2013

LAPORAN KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT NEGERI MELAKA SUKAN WUSHU 2013

Tempat: Dewan SRJK C Wen Hua, Batu Berendam
Tarikh: 29 September 2013

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Negeri Melaka bagi sukan Wushu 2013 dilaksanakan dengan penglibatan seramai 255 atlet seleuruh negeri Melaka.

Sebanyak 23 buah Sekolah Rendah dengan penyertaan 106 Lelaki, 63 wanita dan 18 Sekolah Menengah dengan 32 Lelaki dan 24 wanita bertandingan dalam kejohanan dalaman ini.

Jumlah keseluruhan penyertaan seramai 255 atlet dengan kerjasama pihak Persatuan Wushu Negeri Melaka, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Sekolah-Sekolah yang terlibat secara langsung bagi menjayakan kejohanan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 28, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA BAGI LATIHAN DAN KEJOHANAN DALAMAN MENEMBAK BERSAMA USPTN NEGERI SEMBILAN (28 SEPTEMBER 2013)

Tarikh : 28 dan 29 September 2013 (Sabtu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Mantin, Negeri Sembilan
Masa : 10.30 pg
Kehadiran : JLN Melaka, JPM Negeri Sembilan, Atlet Melaka dan Negeri Sembilan

LAPORAN

Pasukan negeri Melaka telah tiba ke Lapangsasar Menembak Mantin, Negeri Sembilan pada hari Sabtu jam 10.30pagi dan disambut oleh JPM Negeri Sembilan, Mohd Firdaus bin Abd Rahim.

Latihan diteruskan dengan program bersama JLN Melaka dan JPM Negeri Sembilan khusus kepada semua atlet yang terlibat. Pengisian program hari ini berfokus kepada psikologi, balancing dan perkongsian maklumat di antara dua negeri terlibat.

Latihan akan dihentikan pada waktu tengah hari dan bersambung semula jam 3.30 petang. Satu kejohanan dalaman akan diadakan pada esok hari untuk melihat keberkesanan latihan pada hari ini.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Menembak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 26, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 1/2013, PULAU PINANG

Tarikh : 19 hingga 22 September 2013 
Tempat : Kelab menembak Pulau Pinang
Kehadiran : JLN, Pengurus, Atlet ( 8 Orang )
LAPORAN
Kejohanan Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2013 telah diadakan pada 19 hingga 22 September 2013 yang lalu di Kelab Menembak Pulau Pinang dengan penyertaan 14 buah negeri dari seluruh Malaysia dan jumlah penyertaan daripada setiap negeri sebanyak 97 orang (50 orang bagi acara pistol dan 47 orang bagi acara rifle).

Pasukan Melaka telah menghantar seramai 8 orang peserta ( termasuk seorang Jurulatih Luar Negara ke kejohanan tersebut. Acara yang dipertandingkan ialah 10meter Air Pistol dan Air Rifle Individu dan Berpasukan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Acara, Dato' Ab Jalil Abdullah pada hari Sabtu manakala Pemangku Ketua Unit USPTN Pulau Pinang, En. Hamidi bin Lokman seterusnya menutup kejohanan tersebut.

Sungguhpun pasukan Melaka tidak membawa pulang sebarang pingat, namun masih mempamerkan aksi dan keputusan yang baik bagi pertama kali mewakili negeri Melaka. Diharap atlet negeri Melaka mampu memperbaiki corak pertandingan dan berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Sekian.
Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak


Wednesday, September 25, 2013

LAPORAN KLINIK MEMANAH OKU ZON SELATAN (24 SEPTEMBER 2013)

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh   : 24 September 2013
Masa    : 4.00 petang



LAPORAN KLINIK MEMANAH OKU ZON SELATAN
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan Program Klinik Memanah Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Zon Selatan yang telah diadakan selama 2 hari pada 23-24 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 30 peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut melibatkan Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Program klinik tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Memanah Pelapis Majlis Sukan Negeri Melaka iaitu En. Zainuddin bin Talib dengan dibantu pembantu jurulatih dan atlet pelapis Negeri Melaka.
Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah bertanding dalam kejohanan mini yang di buat oleh pihak penganjur selepas klinik selesai diadakan.
Sekian.

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK ( 15 SEPTEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK
Tarikh : 15 September 2013 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 12.00 pm
Kehadiran : JLN, Atlet ( 19 Orang )
LAPORAN
Latihan dijalankan di kawasan 10m Air Rifle/ Air Pistol dan 50m Sport/ Free Rifle dan Pistol ketika pemantauan diadakan. JLN memfokuskan latihan di 10m kerana kebanyakan atlet merupakan atlet baru yang memerlukan fokus yang lebih.

Atlet bawah 16 tahun yang terpilih sedang giat menjalani latihan untuk ke Kejohanan Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun yang akan diadakan di Pulau Pinang, Khamis ini manakala atlet sebior menjalani latihan bagi persediaan kejohanan akan datang. 

Sekian.
Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Tuesday, September 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU ( 15 SEPTEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU
Tarikh : 15 September 2013 ( Ahad)
Tempat : SRJK (C), Cheng, Melaka
Masa : 10.00 pagi
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 23 Orang )

LAPORAN
Latihan dijalankan seperti biasa dan dipantau oleh JLN dan JSM mengikut rutin masing - masing. Beberapa atlet pelapis C telah diserap naik ke pasukan elit pelapis dan dipantau ketat oleh JSM.

Kehadiran atlet juga memberangsangkan ketika pemantauan dijalankan dan semua atlet sedang memfokuskan kepada kejohanan anjuran Rakan Muda yang dijangka diadakan pada 21 September 2013 ini.

Dimaklumkan pencapaian atlet wushu negeri Melaka di Kejohanan Wushu Kebangsaan Ke 24 di Bangunan OCM, Tan Sri Hamzah Arena, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 September 2013 adalah sebanyak 5 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan negeri Melaka.

Sekian.




Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu