Thursday, August 29, 2013

LAPORAN KEJOHANAN TENPIN BOLING SPORTEXCEL JUNIOR CIRCUIT, PULAU PINANG 2013 (TEST LANE)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: lutfi.usptn@gmail.com
Date: Thu, 29 Aug 2013 11:20:45
To: lutfi.usptn@gmail.com<lutfi.usptn@gmail.com>
Reply-To: lutfi.usptn@gmail.com
Subject: Test lane Kej. Boling Sportexcel Junior Curcuit, Penang 2013

USPTN Melaka akan menyertai Kejohanan Boling Sportexcel Junior Curcuit, Pulau pinang 2013 yang diadakan pada 28 hingga 31 Ogos 2013 bertempat di Mega Lanes, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Seramai 6 atlet Melaka bertanding dan sesi test lane diadakan bagi penyesuaian diri sebelum bertanding pada esok hari.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 28, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (21 OGOS 2013)

PEMANTAUAN PLN BOLING
Tarikh : 21 Ogos 2013 ( Selasa)
Tempat : MIBC, MITC Ayer Keroh, Melaka
Masa : 5.30 pm
Kehadiran : JPM, Atlet ( 8 Orang )

LAPORAN
Pemantauan yang telah dijalankan pada hari berkenaan program latihan berjalan seperti biasa dengan baik dengan kehadiran Jurulatih Sambilan dan 7 atlet yang sedang menjalani latihan bagi Persiapan untuk menyertai Kejohanan Sportexcel Junior Circuit Pulau Pinang yang akan diadakan pada 28 hingga 31 Julai 2013 bertempat di Mega Bowling Centre, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seramai 7 atlet USPTN Melaka yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Untuk makluman, Kejohanan ini adalah sirkit keenam dan terakhir dan peserta yang layak akan bertanding dalam Final sirkit yang akan diadakan pada bulan september di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Sekian,

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



Friday, August 23, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (21 OGOS 2013)

PEMANTAUAN PLN MEMANAH
Tarikh : 21 Ogos 2013 ( Selasa)
Tempat : Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 4.30 pm
Kehadiran : JPM, Atlet ( 10 Orang )

LAPORAN
Pemantauan yang telah dijalankan pada hari berkenaan program latihan berjalan seperti biasa dengan baik dengan kehadiran Jurulatih Penuh Masa dan 10 atlet yang sedang menjalani latihan bagi Persiapan untuk menyertai Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Utara Malaysia 2013 yang akan diadakan pada 4 hingga 8 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia. Melaka akan mengambil bahagian dalam acara recurve dan compound untuk memberi pendedahan dan pemilihan atlet-atlet SUKMA yang perlu melayakkan diri dalam Kontinjen SUKMA Melaka yang akan menyertai SUKMA Perlis 2014.
Perbincangan mengenai pembelian peralatan SUKMA 2014 bagi peralatan recurve dan compound yang telah dipersetujui untuk pembelian melalui tabung amanah bagi persiapan latihan dan pertandingan SUKMA 2014.
Perbincangan mengenai program latihan program after school yang kini dilatih oleh Cik Noor Ain binti Yunus sebagai JSM yang sedang melatih 15 atlet dibawah bawah umur 15 tahun. Latihan berjalan dengan baik dan latihan diadakan pada setiap sabtu dan ahad. Kekurangan peralatan asas menyebabkan atlet perlu berkongsi semasa menjalani latihan.
Sekian,

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

Thursday, August 22, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG ( 21 OGOS 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG

Tarikh : 21 Ogos 2013 ( Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 6.00 pm
Kehadiran : JSM, Atlet ( 30 Orang )

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dibawah pemantauan dan sususan program harian dengan JSM dan beberapa orang sukarelawan daripada persatuan. 

Latihan telah bermula selepas raya kedua dan atlet kini sedang membuat persediaan ke Kejohanan Renang Grand Final Sirkit 3 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos ini di Kompleks Renang Cheras dan akan menghantar seramai 20 orang yang melepasi masa kelayakan yang telah ditetapkan dan dikumpul bermula sejak Kejohanan Sirkit 1 yang lalu.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang