Thursday, June 20, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (19 JUN 2013)

PEMANTAUAN PLN WUSHU 

TARIKH : 19 Jun 2013 ( Rabu)
TEMPAT : SJK (C) Cheng, Melaka
MASA : 7.15 petang
KEHADIRAN : JLN, JSM, Atlet (17 lelaki, 9 Perempuan)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan aktiviti pemanasan badan dan rutin - rutin harian sukan tersebut. Rutin lain bersama senjata dan tanpa senjata diteruskan dengan pemantauan JLN dan JSM Wushu negeri Melaka. 

Pemantauan berkala daripada JLN dan JSM bagi memastikan atlet-atlet melakukan gerak yang sempurna dan lebih licin. Fokus JLN dan JSM lebih terarah kepada 6 orang atlet yang akan mewakili Malaysia sekaligus mewakili Melaka di Kejohanan Asian Junior Wushu Championships ke-7 di Manila Ogos nanti.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

LAPORAN KEJOHANAN RENANG SPORTEXCEL/MILO/NSC/ASUM SIRKIT 2/2013 , MELAKA

Salam Sejahtera,


Seperti yang sedia maklum, Kejohanan Renang Sportexcel/MIL0/NSC/ASUM Sirkit 2, Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka telah pun melabuhkan tirainya pada 16 Jun 2013 (Ahad) yang lepas. Kejohanan ini berlangsung pada 15 dan 16 Jun 2013 di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka. Umum ketahui Melaka menjadi tuan rumah pada sirkit kali ini. Untuk makluman, pada bulan November ini, satu lagi kejohanan renang berprestij akan diadakan di negeri ini iaitu Kejohanan Piala Presiden (tarikh akan dimaklumkan kemudian)

Kejohanan kali ini disertai oleh 34 kelab seluruh Malaysia dan penyertaan peserta hampir 850 orang. Melaka mewakili 5 kelab iaitu Kelab renang Todak, NSH Swimming Club Melaka, Rakan Akuatik Remaja, Tanjong Puteri Swim Club dan WOW Aquatics. Sebanyak 48 acara dipertandingkan mengikut kumpulan umur tertentu, umur 10 dan kebawah (Group 4), umur 11-12 (Group 3), umur 13 - 14 (Group 2).

Secara keseluruhannya kelab Ikan Bilis Swimming Club daripada Selangor menggungguli sirkit kali ini dengan membawa 35 pingat (13 Emas, 9 Perak, 13 Gangsa), diikuti Pade - supersharkz 26 pingat (7 Emas, 10 Perak, 9 Gangsa) dan Blue Marlin Swim Club sebanyak 14 pingat (5 Emas, 4 Perak, 5 Gangsa).

Kelab daripada negeri Melaka berada di kedudukan 8, 9 10 dan 14 keseluruhan iaitu Tanjong Puteri Swim Club 10 pingat (2 Emas, 4 Perak, 4 Gangsa), Kelab Renang Todak 4 ( 2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa), NSH Swimming Club Melaka 6 (2 Emas, 4 Gangsa) dan Rakan Akuatik Remaja 5 pingat (4 Perak, 1 Gangsa).

Membanggakan apabila atlet Melaka daripada Kelab Renang Todak yang merupakan atlet Pelapis Melaka, Low Zheng Yong telah memecahkan rekod baru bagi acara 100m Butterfly (Boy) Group 4 dengan masa tercatat 1:10.27 memadamkan rekod lama yang dipegang oleh Lim Chin Hwang 1:12.03 pada tahun 2007. 

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Wednesday, June 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH BERSAMA AUDIT NEGARA (13 JUN 2013)

Sukan : Memanah
Tempat : lapang Sasar memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 13 Jun 2013
Masa : 4.30 ptg

Kehadiran :
1 org JPM
3 org Staff MSN Melaka
4 org Audit Negara
9 atlet (4 L & 5W)

Program :

- Audit Negara membuat pemantauan di semua veneu2 sukan di bawah program Masjlis Sukan Negeri Melaka dengan menyemak semua pembelian peralatan sediada dan pemantauan latihan yang sedang dijalanakan di setiap PLN.

- Semua peralatan di PLN memanah mencukupi dan kebanyakkan peralatan tersebut telah lusuh dan uzur memandangkan peralatan tersebut telah hampir 3 tahun.

- perbincangan mengenai program latihan yang dilaksanakan oleh jurulatih kepada atlet.

Pertandingan :

USPTN Melaka akan menghantar atlet ke Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan kali Pertama 2013 yang akan diadakan pada 25 hingga 30 Jun 2013 bertempat di Padang Memanah Kompleks Sukan MSN keramat, Kuala lumpur.

Seramai 12 lelaki dan wanita akan bertanding dalam acara recurve dan compound.

Sekian,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 12, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN BIL1/2013, NEGERI SEMBILAN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) telah menghantar peserta bagi menyertai Kejohanan Memanah Zon Selatan Bil. 1 yg telah diadakan pada 29 & 30 Mei 2013 bertempat di Padang Sekolah seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (11 JUN 2013)

Sukan : Tenpin Boling
Pusat : MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 11 Jun 2013
Masa : 6.00 ptg

Kehadiran :
1 JSM
12 atlet (6 lelaki & 6 wanita)

Program :
- Latihan berjalan lancar dan kehadiran atlet memuaskan.


Kejohanan :
- Menyertai Kejohanan Boling Sportexcel-NSC-MILO-MTBC National MTBC Junior Curcuit. 2013 pada 13 hingga 16 Jun 2013 di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya, Selangor.
Seramai 14 atlet Melaka bertanding (6 wanita dan 8 Lelaki)


* Tahniah diucapkan kepada atlet Pelapis Melaka yang telah berjaya merangkul pingat Emas dalam acara trio lelaki bawah 16 tahun dalam Kejohanan MSSM yang telah diadakan pada 1 hingga 6 Jun 2013 di Johor.

Atlet tersebut iaitu Muhammad Amirul Hakim bin Faizal, Luqman Al-Hakim Tenang bin Mohammad Suhaimi dan Sherman Ong Chen Shen.

Seramai 10 atlet pelapis terpilih mewakli Negeri Melaka dalam Kejohanan tersebut.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (4 JUN 2013)

Sukan : Memanah
Pusat : PLN Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 6 Jun 2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran :
1 JPM & 1 JSM
13 atlet ( 7 lelaki & 6 wanita )

Program :
- Baiki Peralatan untuk pertandingan
- Single FITA 50M & 30M

Kejohanan :
1) Menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan (Bawah 16 Tahun) Sirkit 1, pada 5 hingga 9 Jun 2013 di Kompleks Sukan MSN Keramat, KL
Seramai 12 atlet akan menyertai Kejohanan tersebut.

2) Menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UPM pada 5 hingga 9 Jun 2013 di UPM, KL.
Seramai 4 atlet wanita mengambil bahagian.

Sekian,


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH ZON SELATAN BIL 1/2013, NEGERI SEMBILAN (HARI PERTAMA)


Subject: Hari Pertama Kejohanan Memanah Zon Selatan Bil. 1/2013 Negeri Sembilan
Sent: May 29, 2013 2:22 PM

Sukan : Memanah
Nama Kejohanan : Zon Selatan Bil. 1/2013
Tempat : Padang Sekolah Menengah Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh : 29 & 30 Mei 2013

USPTN Melaka melalui Majlis Sukan Negeri Melaka telah mengantar peserta ke Kejohanan ini seramai 17 peserta (1 pegawai, 2 jurulatih dan 14 atlet (8 lelaki / 6 wanita).

Jarak pertandingan bagi ketagori lelaki 60M / 40M manakala wanita pula 50M / 30M.

Umur di bawah 16 tahun sahaja dibenarkan bertanding dalam kejohanan ini.

Jadual hari pertama
- Pendaftaran : 11.00 pagi
- Mesyuarat Pengurus : 11.30 pagi
- Sightest 60M / 50M (L&W) : 2.00 - 2.45 pm
- Pertandingan 60M & 50M (L&W) : 2.45 - 6.30 pm

Sekian.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 11, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (28 MEI 2013)

Tarikh : 28 Mei 2013 ( Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 6.00 petang
Kehadiran : Jurulatih Sementara, Atlet (11 lelaki, 6 perempuan)

LAPORAN

Bagi musim cuti sekolah ini, latihan renang dijalankan 2 sesi bagi pagi dan petang. Sesi pagi bermula jam 7 hingga 10 pagi dan sesi petang pada 4 hingga 8 malam.

Ketika pemantauan dijalankan atlet yang hadir tidak ramai memandangkan ramai diantara mereka telah pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari Wesak. Namun begitu latihan masih dijalankan seperti biasa dan bagi persediaan Kejohanan Renang Sporte cel/ MILO/ NSC/ ASUM Sirkit 2 yang akan diadakan pada 15 dan 16 Jun ini di Pusat Akuatik Hang Jebat.

Sekian

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Tuesday, June 04, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (21 MEI 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT MELAKA

Tarikh   :  21 Mei 2013 ( Selasa )
Masa     : 6.00pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Melaka, Jalan Ayer Leleh, Melaka.

KEHADIRAN

1. Muhammad Zaidi Abd. Kadir - JSM
2. Muhammad Yudzaime Mohd. Yunus - JSM
3. Atlet - 7 Atlet lelaki

Latihan yang dijalankan adalah Snatch, Clean and Jerk, Back Squat. Latihan berjalan dengan baik. Tiada kecederaan dilaporkan. Terdapat aduan kerosakan pada pendawaian di bahagian luar bangunan PLN disebabkan oleh pembaikan bangunan bersebelahan . Beberapa atlet terlibat menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 Tahun dan Bawah 12 Tahun Terbuka Kelantan 2013 pada 26 - 29 Mei 2013. 

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka