Sunday, May 26, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN PERAHU LAYAR (6 APRIL 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN PERAHU LAYAR MELAKA

Tarikh   :  06 April 2013 (Sabtu)
Masa     : 2.00pm
Tempat : PLN Perahu Layar, Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka.

KEHADIRAN

1. En. Ahmad Khmbali bin Yadi - Jurulatih Sepenuh Masa Sukan Perahu Layar Melaka
2. Atlet - 18 Atlet , 17 Atlet (L) , 1 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Senaman Ringan, Kelas Teori, Latihan Belayar Gybing, Tacking, Running, Seating Bot, Belayar Pointing, Race.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Beberapa peralatan seperti layar kebanyakannya sudah koyak ( Optimist sail J-Sail), Buoyancy Bag- PVC, dan kekurangan spare-part Tiller Joint.
Beberapa atlet terlibat di Kejohanan Perahu Layar 2nd KFC-Perak Open Regatta 2013 pada 19-21 April 2013,
Kejohanan Perahu Layar MSS Melaka 2013 pada 7 Mei - 9 Mei 2013,
5th KFC- Selangor Open Regatta 2013 pada 10 Mei -12 Mei 2013,
Latihan pusat pada 23 Mei- 1 Jun 2013 sempena menghadapi Kejohanan Perahu Layar MSSM Terengganu 2013 pada 2 Jun-7 Jun 2013.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Perahu Layar USPTN Melaka

Thursday, May 23, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH BERSAMA PRAKTIKAL ISN MELAKA (12 MEI 2013)

Sukan : Memanah
Tempat : PLN Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 12 Mei 2013
Masa : 9 pagi

Kehadiran :
1 JPM
15 atlet (8 lelaki & 7 wanita)

Lawatan dibuat bersama 3 pelajar praktikal dari ISN Melaka ingin mengadakan kajian/ujian kepada atlet memanah pelapis Melaka. Kajian tersebut akan buat selama 5 minggu dari tarikh hari ni. Ujian tersebut seperti berikut :

UJIAN

1. Ruler Drop Test

2. Shoot Test

3. Alternate Hand Wall Toss


Kejohanan :

1. Menyertai kejohanan Zon Selatan Bil. 1/2013 pada 29 & 30 Mei 2013 di Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 14 peserta Melaka teribat bagi kat II di bawah umur 16 tahun.

2. Menyertai Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan (bawah 16 tahun) sirkit 1/2013 pada 5 hingga 9 Jun 2013 di Padang MSN Keramat, Kuala Lumpur. Seramai 14 atlet terlibat.


Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW (9 MEI 2013)

Sukan : Sepaktakraw
Tempat : SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh : 9 Mei 2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran :
2 JSM
24 atlet

Program Latihan :
- kemahiran asas kawalan bola dan hantaran tepat
- rejaman kaki bagi killer
- mengumpan dan membuat hantaran
- menyelamat serangan lawan
- tubi sebanyak 50 kali x 2 pusingan
- perlawanan kecil kepada mereka setelah selesai menjalankan aktiviti tubi.

Sekian,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN PING PONG SUKMA (5 MEI 2013)

Sukan : Ping Pong
Tempat : Dewan MSN Seri Kota, Melaka
Tarikh : 6 Mei 2013
Masa : 8 mlm

Kehadiran :
1 Jurulatih
24 atlet termasuk 3 atlet SUKMA

Senarai Nama Peserta SUKMA XVI, KL 2013 seperti berikut :
1. Pengurus
- Tan Kian Guan
2. Jurulatih
- Ng Bee Yong
3. Atlet
- Choon Jie Yi (Berpasukan, single)
- Tan Keh Yin (Berpasukan, single & Beregu)
- Kew Sin Yie (Berpasukan, single & Beregu)

Program :
- latihan sedang giat dijalankan semasa pemantauan dibuat. Latihan asas lebih diberi tumpuan oleh jurulatih terutama dari serve yang pelbagai, blocking forehand dan backhand menggunakan bola yang banyak, menolak bola smach dan mengadakan perlawanan kecil untuk mereka.

Permasalan :
- kekurangan peralatan untuk menjalani latihan seperti bola ping pong, kerosakan meja ping pong dan jaring yang telah uzur.

- pertindihan latihan dengan pasukan bola jaring dan sepaktakraw menyebabkan latihan dimulakan lewat. Pertindihan jadual kerap berlaku dan menyebabkan program latihan terganggu.

Sekian,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW (6 MEI 2013)

Sukan : Sepaktakraw
tempat : SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh : 6 Mei 2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran :
1 JSM
14 atlet

Masa latihan : 5 - 7 ptg

Program latihan :
- pemanasan badan ole atlet
- lari ulang alik beberapa tempat
- latihan bagi kekuatan asas timbang bola
- tubi servis bagi tekong
- tubi apit kanan merejam bola
- tubi apit kiri mengawal dan mengumpan bola ( sebanyak 50 kali)

Kekurangan peralatan :
- skipping
- pemberat di kaki
- papan pemukul bola untuk servis.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (22 MEI 2013)

Tarikh : 22 Mei 2013 ( Rabu)
Tempat : SJK (C) Cheng, Melaka
Masa : 9.15 - 10.00 malam
Kehadiran : JLN, JSM Atlet ( 17 Lelaki, 6 Perempuan)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dibawah pemantauan JLN dan JSM di SJK (C) Cheng malam tadi. Kehadiran atlet juga memberangsangkan dengan kehadiran 23 orang atlet yang berlatih mengikut rutin masing-masing. 

Makluman daripada timbalan presiden dan setiausaha kehormat persatuan semasa pemantauan dijalankan, seramai 6 orang atlet wushu telah terpilih untuk mewakili negeri Melaka dan Malaysia di Kejohanan Asian Junior Wushu Championships ke-7, 2013 yang akan diadakan di Manila pada 6 hingga 12 Ogos 2013 ini. Atlet yang tersenarai ialah :

                                1) Loh Ying Ting
                                2) Tan Cheong Min
                                3) Tan Cheong Wan
                                4) Tammy Tan Hui Ling
                                5) Si Shin Peng
                                6) Caleb Kiran Bala

Semoga penyertaan di kejohanan ini atlet Melaka dapat membawa pulang pingat dan mengharumkan nama Melaka sekaligus nama Malaysia di persada sukan Wushu.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu


Wednesday, May 22, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (16 MEI 2013)

Tarikh : 16 Mei 2013 ( Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.30 petang
Kehadiran : JLN dan Atlet ( 1 Wanita, 3 lelaki)

LAPORAN

Semasa pemantauan dilakukan, latihan dijalankan seperti biasa dan ujian wall hand toss oleh pelajar prakrikal ISN telah dijalankan ke atas atlet menembak. 

Pemantauan dilakukan untuk berbincang program bersama JLN yang akan ke Bengkel Pelarasan Sukan Jurulatih bagi tahun 2013 pada 21 hingga 23 Mei 2013 ini.

Kehadiran atlet kurang memuaskan dan ujian yang dijalankan oleh pelajar praktikal terganggu untuk mencapai objektif.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Monday, May 13, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK BERSAMA PRAKTIKAL ISN MELAKA (10 MEI 2013)

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 4.00 petang
Kehadiran : JLN, Atlet (Lelaki - 7, Wanita - 6)

LAPORAN

Pusat latihan menembak hari ini telah menerima kehadiran 4 orang pelajar praktikal daripada Institut Sukan Negara Cawangan Satelit Negeri Melaka untuk menjalankan beberapa ujian kecekapan dan kepantasan ke atas 10 atlet menembak yang dipilih sebagai sampel kajian penyelidikan mereka.

Atlet - atlet telah diberikan penerangan lengkap mengenai ujian yang akan dijalankan dan proses ini akan berterusan sehingga 4 minggu dan akan dipantau. Ujian ini adalah pengukur kepada tahap fokus, kecekapan dan kepantasan atlet dalam sukan menembak.

Ketika pemantauan dilakukan, kehadiran atlet memuaskan dan latihan dijalankan seperti biasa. Sebahagian atlet berlatih di 25 meter dan sebahagian lagi di 10 meter. 

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak