Saturday, March 23, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (21 MAC 2013)

Tarikh : 21 Mac 2013 (Khamis)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 6.15 petang

Latihan 'dry gym' diberikan kepada atlet selepas latihan renang breast, back, IM stroke selama 2 jam diadakan. Jam 6.15 pula telah diadakan perjumpaan persatuan dengan ibubapa atlet Pelapis baru selepas diadakan TID beberapa bulan lepas.

Ibubapa diberikan penerangan ringkas mengenai latihan harian, pertandingan dan maklumat - maklumat mengenai sukan Renang.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 17, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH DALAM DEWAN TERBUKA KALI PERTAMA, PIALA KETUA MENTERI MELAKA 2013

Tarikh : 7 hingga 11 Mac 2013
Tempat : Dewan MSN/MBMB Ayer Keroh, Melaka


Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Memanah Negeri Melaka telah menganjurkan Kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka Kali Pertama 2013, Piala Ketua Menteri Melaka. Kejohanan ini mendapat sambutan lebih kurang 181 peserta daripada pelbagai negeri dan kelab di seluruh Malaysia.

Acara-acara yang dipertandingkan iaitu Novice Wanita dan Lelaki, Recurve Wanita dan Lelaki, Compound wanita dan Lelaki.Seramai 43 orang acara Novice, 94 orang acara recurve dan 44 orang acara compound.

Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Presiden Memanah Negeri Melaka, Dato Baba Md Deni bersama Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka, Mohammad Zaki bin Zainal Abidin selaku wakil pengarah, Majlis Sukan Negeri Melaka. Pemenang - pemenang membawa balik medal, hamper dan piala bagi setiap kategori dipertandingkan.


RECURVE WANITA
Pemanah USPTN Negeri Melaka, Noratiqah binti Azizi telah berjaya menjadi juara keseluruhan bagi Kategori Recurve Wanita dengan pungutan 537  mata. Beliau juga telah menjuarai acara Recurve Individu Match Round dengan mengalahkan Nurul Ain Binti Hussin juga atlet Melaka di peringkat akhir dengan kemenangan mata 7-1. Bagi acara berpasukan wanita, Melaka yang diwakili oleh Nur Atiqah Azizi, Nurul Ain Husin dan Afidiansyah Saleh hanya menduduki Naib Johan apabila tewas kepada pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjuarai kategori tersebut. Pasukan Wanita UPM dibarisi oleh Siti Fatimah Abd. Karim, Julihartati Zulkipli dan Siti Sholeha Yusof manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan HAFA B.

RECURVE LELAKI
Pasukan Pemanah Melaka yang dibarisi oleh Muhd Farid Rasdi, Ahmad Syafiq Azim, Mohd Izzuddin Solehin Mazlan dan Mohd Nor Infan Zulkifli hanya berpuas hati ditempat ketiga setelah Berjaya menumpaskan pasukan Jess dari Selangor pada penentuan tempat ketiga, Acara ini Johan dimenangi oleh pasukan Universiti Putra Malaysia 'A' (UPM) dan Naib Johan oleh pasukan HAFA 'A'.

Dalam acara Individu Match Round dimenangi oleh Nor Syahrul (ATM 'A') Johan, Mohd Hazwan Abdul Hamid (HAFA 'A') Naib Johan dan Liew Tek Wa (UPM 'A') Ketiga.


COMPOUND LELAKI
Dalam kategori ini Muhd Juwaidi dari Melaka telah menjuarai acara Lelaki Individu dengan mengumpul 579 mata. Khairul Fadhli dari KMSJ dan Ketiga dari Melaka iaitu Mohd Noor bin Mohamad.

Dalam Acara Berpasukan Melaka yang dibarisi oleh Juwaidi, Mohd Noor dan Nor Faiz hanya menduduki tempat ketiga apabila tewas kepada pasukan KMSJ (Johan) dan UPM (Naib Johan).

Juwaidi hanya sekadar menjadi Naib Johan dalam kategori Individual Match Round apabila dikalahkan oleh Khairul Fadhli dari KMSJ dan Logatasan dari Pulau Pinang tempat ketiga.


COMPOUND WANITA
Dalam acara Individu Match Round,Johan dimenangi oleh Rosshaida Hayati binti Mohd dari Terengganu, Nurul Iryani Muda Naib Johan juga dari Terengganu dan Ezati Hanani binti Murdi Ketiga.

Acara Berpasukan tempat pertama dimenanagi oleh pasukan Terengganu, KMSJ (Naib Johan), ATM 'A' (Ketiga)

Sekian.

Laporan disediakan oleh,
LUTFI BIN ASIMAN
PPN Sukan Memanah Negeri Melaka





Friday, March 15, 2013

LAPORAN KEJOHANAN PIALA PRESIDEN ALLY T.H ONG & SPORTEXCEL SIRKIT 2/2013 (HARI PERTAMA)

Tarikh : 14 Mac 2013 ( Khamis)
Tempat : Lapangsasar Subang, Selangor
Masa : 9.00 pagi

LAPORAN

Sekitar Kejohanan Menembak Piala Presiden Ally T.H Ong &Sportexcel Sirkit 2 di Lapangsasar Subang Selangor pada hari pertama. Acara dipertandingkan pada hari pertama iaitu 10 meter Air Rifle Men, 50 meter 3position Women dan 25 meter Rapid Fire Men.

Atlet negeri Melaka telah meraih 2 pingat gangsa melalui acara 10 meter Air Rifle men berpasukan terbuka dan 50 meter 3 position women terbuka.

Untuk makluman, kejohanan kali ini dipertandingkan mengikut undang- undang baru ISSF sebagai pendedahan awal dan dipraktikkan untuk kejohanan - kejohanan akan datang.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (10 MAC 2013)

Tarikh : 10 Mac 2013 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka
Masa : 4.30 ptg
Kehadiran : JLN (6L & 4P)

LAPORAN

Persediaan dan persiapan atlet untuk menyertai Kejohanan Piala Presiden Ally T.H Ong dan Sportexcel Sirkit ke 2 yang akan diadakan di Lapangsasar Menembak Subang, Selangor pada 14 hingga 17 Mac 2013.

Melaka akan menghantar 6 orang atlet lelaki dan 2 orang perempuan bagi acara pistol dan rifle 10 meter, 25 meter dan 50 meter.

Diharapkan pasukan negeri Melaka akan meraih pingat dan melakar keputusan cemerlang pada kejohanan kali ini demi mengharumkan nama negeri Melaka.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG DAN TIME TRIAL BIL 1/2013 (9 MAC 2013)

Tarikh : 9 Mac 2013 ( Sabtu)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 4.00 ptg
Kehadiran : JSM dan atlet Pelapis Negeri

LAPORAN

Time trial ini merupakan kali pertama diadakan pada tahun 2013 sebagai mengukur tahap masa atlet dengan masa yang ditetapkan dan peluang kepada mereka yang masih belum layak mencapai masa yang ditentukan semasa MSS Melaka yang baru diadakan pada 2 Mac 2013.

Time trial ini telah dihadiri oleh semua atlet Pelapis Negeri dan kelab-kelab di Melaka yang dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa persatuan sebagai urusetia penjaga masa.

Program ini juga memberi peluang kepada atlet baru TID yang lepas untuk mencuba merekod masa untuk sesi pemilihan sebelum diserap masuk ke Pelapis Negeri Melaka.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 11, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (7 MAC 2013)

Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Kehadiran : JLN
Atlet (1 lelaki ,1 perempuan)

LAPORAN

Latihan dijalankan seperti biasa dengan dikawal selia oleh JLN, Mdm. Galina pada hari pemantauan dijalankan. Latihan 10 meter Air Pistol pada hari ini merangkumi latihan 'dry fire' dan tlet diberikan 30 butir pallet untuk tujuan menguji 'balancing' dan markah yang telah ditentukan oleh JLN.

Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

Friday, March 08, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING DAN ROLL OFF (6 MAC 2013)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 6/3/2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran : 12 atlet (3W & 9L)

Program Latihan :
Diadakan Roll Off bagi menilai tahap prestasi semua atlet ♈ªʼnĝ akan menyertai Kejohanan Boling Sportexcel Junior Curcuit pada 7 hingga 10 Mac 2013 di Kuantan Pahang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (5 MAC 2013)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 6/3/2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran : 11 atlet (3W & 8L)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 07, 2013