Friday, October 26, 2012

LAPORAN KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN 2012, KANGAR PERLIS

Salam,

Kejohanan Lawn Bowls Fours Kebangsaan 2012 Perlis;

Anjuran Persatuan Lawn Bowls Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Malaysia dan Kerajaan Negeri Perlis.

Tarikh   : 16-19 Oktober 2012
Tempat : Gelanggang Boling Padang, Stadium Utama, Kompleks Sukan Negeri, Kangar, Perlis.

KEHADIRAN

1. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid - Presiden Lawn Bowls Malaysia
2. En. Muhammad Azahari bin Ramli - Pengarah MSN Perlis
3. Hj. Roslan bin S. Ismail - Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka
4. En. Hairul Anuar bin Abu Bakar - USPTN Perlis
5. En. Muhammad Rasidi bin Baharom - USPTN Perlis
6. En. Meor Hussein bin Mat Ali - USPTN Melaka
7. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja serta jemputan lain.
8. Penyertaan 25 Pasukan Lelaki- Melaka (1 Pasukan), pasukan lelaki Kebangsaan/ Negara (Harimau A, Harimau B), Pulau Pinang (5 Pasukan), LADA, Kuala Lumpur (2 Pasukan), UNIMAP (2 Pasukan), USIM (2 Pasukan), W.P. Labuan, Perak, Selangor, OKU Bowl Kelantan, PDRM, DBKL, Perlis, MBAS, MSN Perlis dan Johor. 
9. Penyertaan 13 Pasukan Wanita- Melaka (1 Pasukan), pasukan wanita Kebangsaan (Harimau A, Harimau B), Pulau Pinang, LADA, Kuala Lumpur (2 Pasukan), Selangor, USIM (2 Pasukan), Perak, OKU Bowl Kelantan, dan MSN Perlis.

PERTANDINGAN

Acara yang dipertandingkan adalah Lawn Bowls Fours.

Untuk kategori Lawn Bowls Fours Lelaki, pasukan PDRM memenangi tempat pertama (Johan)
Manakala pasukan Melaka memenangi tempat kedua (Naib Johan) Muhammad Firmansyah bin Abdul Mutalib, Mohd. Effendi Shah bin Abu Bakar, Ahmad Nasrul bin Jailani dan Abdul Muiz bin Abdul Aziz.
Pasukan Harimau A- tempat ke-3 dan pasukan Johor- tempat ke-4

Manakala kategori Lawn Bowls Fours Wanita pula, pasukan Harimau A (Johan), Harimau B (Naib Johan), Selangor (tempat ke-3) dan MSN Perlis (tempat ke-4)




Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Lawn Bowls USPTN Melaka
Tarikh : 24/10/2012

Wednesday, October 24, 2012

LAPORAN TEMUDUGA JSM BAGI PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (24 OKTOBER 2012)

Dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan 1 sesi temuduga Jurulatih Separuh Masa bagi Sukan Bolasepak dibawah Program Pembangunan Boalsepak Negara yang telah diadakan pada 24 Oktober 2012 bertempat di Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Seramai 6 peserta dari kalangan guru yang telah disenarai pendekkan oleh penyelaras pembangunan unit sukan bolasepak JPM bagi menghadiri temuduga tersebut.

Panel temuduga terdiri daripada Ketua Jurulatih Penuh Masa program pembangunan bolasepak Negara, Negeri Melaka, Penyelaras bolasepak Majlis Sukan Negeri Melaka dan Penyelaras bolasepak unit sukan JPM.

Tujuan temuduga tersebut bagi mencari seorang JSM yang berkelayakkan untuk ditempatkan di Pusat Latihan bolasepak Negeri Baru yang akan dibuka di SK Bukit Rambai, Melaka.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Bolasepak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 23, 2012

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 16 TAHUN, NEGERI SEMBILAN (18-21 OKTOBER 2012)

Salam,

Kejohanan Angkat Berat Bawah 16 Tahun di Dewan Serbaguna Negeri Sembilan pada 18-21 Oktober 2012  

Anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan.

KEHADIRAN

1. En. Zafarul Akbar Kassim - Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia
2. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad - Presiden Persatuan Tinju Malaysia
3. En. Muhamad Zaidi bin Abdul Kadir - JSM 
4..En. Muhd. Yudzaimie bin Mohd. Yunus - JSM
4. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja serta jemputan lain.
5. Penyertaan Atlet USPTN Melaka - 1 orang, peserta-peserta dari 13 Negeri tidak termasuk wakil dari Negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

PERTANDINGAN

Acara yang dipertandingkan adalah Angkat Berat kategori bawah 16 tahun Lelaki dan Wanita.( Snatch and Clean and Jerk)

Wakil Melaka iaitu Muhamad Naqqiuddin bin Jaafar telah mendapat pingat Perak ( tempat ke-2) bagi acara 85kg dengan angkatan 107kg Clean and Jerk dan 80kg Snatch.



Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka

LAPORAM PROGRAM TID SUKAN AKUATIK - RENANG (22 OKTOBER 2012)

Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Tempat : Sekolah - sekolah terpilih
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari

LAPORAN

Bakat-bakat baru ini dipilih sendiri oleh JLN Pan Zilun dan turut dibantu oleh pegawai USPTN dan AJK Persatuan Renang Amatur Melaka di beberapa sekolah yang berdekatan dengan Pusat Akuatik Hang Jebat iaitu SK Paya Rumput, SJK(c) Pay Hwa, SK Malim, dan selainnya akan disambung pada hari Rabu ini. TID akan dijalankan pada 3 November 2012 (Sabtu) di Pusat Akuatik Hang Jebat. Tujuan pemilihan dibuat adalah untuk mencungkil bakat baru Pelapis Negeri.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MD.JAMIL
PPN Sukan Renang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 19, 2012

LAPORAN MAJLIS SUMBANGAN PENAJA KEPADA ATLET BADMINTON KE KEJOHANAN VICTOR 3RD ASIAN PARA, KOREA 2012

Sukacita dimaklumkan 3 atlet dari Negeri Melaka telah dipilih mewakili negara dalam Kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 3 November 2012 di Yeo Ju-Gun, Korea.

Satu majlis yang dianjurkan Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama penaja dari syarikat X'Callibur Melaka memberi sumbangan berbentuk peralatan sukan kepada atlet tersebut.

Atlet tersebut seperti berikut :
1. Yau Tiam Ann
2. Loi Lang Yean
3. Teoh Swee Poh

Majlis penyampaian penaja tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 18, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (16 OKTOBER 2012)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 16 Oktober 2012
Masa : 5.00 ptg

Kehadiran :
JPM, JSM dan 6 atlet (3L & 3W)

Latihan hari ini lebih menumpukan kepada 5 orang atlet baru yang baru seminggu mengikuti program pembangunan ini. Mereka berumur 12 tahun.

Minggu peperiksaan menyebabkan semua atlet masih memohon penangguhan untuk menjalani latihan sehingga peperiksaan selesai dan akan kembali menjalani latihan seperti biasa.

Kerosakan elektikal di PLN tersebut menyukar jurulatih utk membaiki peralatan memanah yang rosak.

Pihak PHTJ masih lagi belum membaiki kerosakan tersebut memandangkan pusat tersebut di bawah jagaan perbadanan tersebut.

Untuk makaluman, Pihak Majlis Sukan negara akan mengadakan satu Kem Bakat & Pemilihan Atlet Pasukan YOG yang akan dilaksanakan pada 18-25 November 2012 bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. JPM dan seorang atlet Melaka terlibat dalam program tersebut iaitu En. Zainuddin bin Talib (JPM) dan Mohd Qusyairi Nasri (Atlet).

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Memanah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 17, 2012

LAPORAN MAJLIS SUMBANGAN KEPADA ATLET GIMNASTIK ARTISTIK NEGERI MELAKA (16 OKTOBER 2012)

Sukan : Gimnastik
Tarikh : 16 Oktober 2012
Tempat : Pejabat Ketua Menteri Melaka
Masa : 11.00 pagi

Kerajaan Negeri Melalui Majlis Sukan Negeri Melaka telah memberi sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM5 ribu kepada Tan Ing Yueh atlet Elit Negara yang mengidap penyakit jantung berlubang telah membuat rawatan di IJN Kuala Lumpur menelan belanja sebanyak RM25 ribu pada bulan Ogos 2012 selepas Sukan Malaysia XV, Pahang 2012 yang mendapat 1 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Sumbangan telah disampai oleh Ketua Menteri Melaka.

Beliau kini berada Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sekain,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 15, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (15 OKTOBER 2012)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 15 Oktober 2012
Masa : 5.30 PM

Kehadiran : JPM dan 5 org atlet (4L & 1W)

Latihan dijalankan bermula dari 4.30 - 6.30 ptg. Kehadiran kurang memuaskan atas faktor minggu peperiksaan.

3 Pemain Melaka telah layak menyertai Kejohanan Boling Sportexcel GP Final Kebangaan yang akan diadakan pada 19-21 Oktober 2012 di Sunway Piramid, Kuala Lumpur.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Boling
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 13, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS (11 OKTOBER 2012)

PEMANTAUAN PLN SUKAN LAWN BOWLS ( BOLING PADANG ) MELAKA

Tarikh   :  11 Oktober 2012 ( Khamis )
Masa     : 6.00pm
Tempat : PLN Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka.

KEHADIRAN

1. En. Roslan bin S. Ismail ( Presiden Persatuan Lawn Bowls Melaka )
2. Coach Rozali bin Md. Nor - JSM
3. Atlet - 8 Atlet , 4 Atlet (L) , 4 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Lawn Bowls Fours ( latihan untuk menghadapi kejohanan ).Kejohanan yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan Fours 2012 di Green Lawn Bowls Kangar, Perlis ( 16-19 Oktober 2012 ) dan Pertandingan 'Monthly Medal' Tahun 2012 Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka- Single di Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka. Persatuan akan memohon 10 set bola lawn bowls yang baru memandangkan set Lawn Bowls yang sedia ada hampir tamat tarikh luput. Program TID ( Program Pengenalan ) dan seterusnya Lawn Bowls Rules akan di jalankan di Pusat Sukan Hang Jebat bawah 12 tahun untuk sekolah-sekolah berdekatan sekitar tempat latihan dalam masa terdekat Latihan berjalan dengan baik. Kehadiran agak merosot kerana ada di kalangan atlit yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Boling Padang USPTN Melaka
Tarikh : 12/10/2012