Friday, September 28, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI CAWANGAN PELAPIS SERANTAU DI PLN SUKAN MEMANAH (28 SEPTEMBER 2012)

Pemantauan En. Vimalan A/L Palaniappan Pegawai Sukan, Cawangan Pelapis Serantau, Majlis Sukan Negara telah mengunjungi PLN Memanah untuk menyemak peralatan Memanah yang ingin dipinjam bagi digunakan semasa pengelolaan Kejohanan Memanah Jemputan Antarabangsa Pelapis Serantau Kali Pertama 2012 akan berlangsung pada ketetapan berikut :

ACARA      -  KEJOHANAN MEMANAH JEMPUTAN ANTARABNGSA PELAPIS SERANTAU
TARIKH     -  9 - 15 OKTOBER 2012 
TEMPAT    -  JOHOR BAHRU, JOHOR
PASUKAN JEMPUTAN - SINGAPURA, TAIWAN, AUSTRALIA, INDONESIA, MYANMAR

PASUKAN TEMPATAN - ELIT KEBANGSAAN, PELAPIS KEBANGSAAN, PELAPIS SERANTAU, MASUM & ATM

Untuk makluman tuan/puan, Unit Pelapis Negeri akan menghantar 2 pasukan (Pasukan PLN & Pasukan YOG) untuk menyertai kejohanan tersebut dan seramai 12 atlet dan 2 jurulatih telah terpilih untuk mewakili dua (2) pasukan ini. Berdasarkan kepada perkara ini, pihak Cawangan telah bercadang untuk mengumpulkan kesemua 12 atlet bersama 4 jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan ini bagi menjalani latihan pusat secara bersama dan sepasukan sebelum menyertai kejohanan ini. Pusat Latihan akan di adakan pada ketetapan berikut:
ACARA - LATIHAN PUSAT 
TARIKH - 1 - 8 OKTOBER 2012 

TEMPAT - AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN (ASZS), JOHOR BAHRU.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Memanah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (27 SEPTEMBER 2012)

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN WUSHU MELAKA

Tarikh   : 27 September 2012
Masa     : 7.00pm - 9.00pm
Tempat : Pusat Latihan Wushu Dewan SJK (C) Cheng, Melaka.

KEHADIRAN
1. Shi Fufeng - JLN
2. Chai Chin Hin - JSM
3. Atlet - 19 Atlet, 12(L), 7(P)

LATIHAN
1. Latihan Kecergasan Fizikal
2. Latihan Pergerakan Tanpa Senjata
3. Latihan Pergerakan Bersenjata Pendek

PERTANDINGAN
- Seramai 4 orang atlet Wushu Melaka iaitu Tay Ee Xuan, Tammy Tan Hui Ling, Tan Cheong Wan, dan Loh Ying Ting telah menyertai Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-4     pada 17-25 September 2012 di Macau, China lalu.
 Loh Ying Ting telah mendapat pingat Emas manakala Tammy Tan Hui Ling mendapat pingat Gangsa (untuk kategori masing-masing)

KECEDERAAN
- Seorang atlet Wushu Melaka (Si Shin Peng) 10 tahun bersekolah di SJK (C) Malim, Melaka mengalami patah pergelangan tangan sewaktu latihan selepas melakukan lompatan dan terjatuh/ tergelincir ( 14 September 2012 lalu jam lebih kurang 9 malam). Jurulatih telah menghantar atlet ini ke hospital dan telah mendapat rawatan doktor di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

PERALATAN
1. Alat bantu latihan tiada ( sparing pad ), chest guard, cover head serta kekurangan punch glove.

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Atlet memahami corak latihan yang ingin diterapkan oleh JLN dan JSM buat setakat ini.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Wushu USPTN Melaka
Tarikh : 28/09/2012

Wednesday, September 26, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA (26 SEPTEMBER 2012)

Tarikh : 26 Sept 2012
Tempat : Dewan Gimnasium Air Leleh
Masa : 7 - 9 mlm
Kehadiran : JSM, ATLET (22)

LAPORAN

Latihan dijalankan dengan rutin kebiasaan dan JSM memfokuskan rutin tali dan bola. Kehadiran atlet memuaskan pada hari ini.

Sekian.

Laporan oleh,
NORAISHAH BT MD JAMIL
PPN Sukan Gimrama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 25, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK RENANG (23 SEPTEMBER 2012)

Tarikh : 23 September 2012
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat,Krubong Melaka
Masa : 4 ptg - 6.30 ptg
Kehadiran : JLN
JSM
ATLET L (16)
P (13)

LAPORAN

Latihan hari ini disingkatkan kerana persatuan mengadakan 'Lantern Festival' untuk diraikan bersama atlet. Atlet yang hadir sangat memuaskan dan menjalani rutin latihan seperti biasa di bawah kelolaan JLN dan JSM Pelapis..


Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MOHD JAMIL
PPN Renang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 23, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (21 SEPTEMBER 2012)

PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh   :  21 September 2012
Masa     : 6.00pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Melaka, Jalan Ayer Leleh, Melaka.

KEHADIRAN

1. Muhammad Zaidi Abd. Kadir - JSM
2. Muhammad Yudzaime Mohd. Yunus - JSM
3. Atlet - 8 Atlet lelaki

Latihan yang dijalankan adalah Snatch, Clean and Jerk.Kejohanan yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Angkat Berat bawah 16 tahun Kebangsaan di Dewan Serbaguna MSN Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan (18 hingga 21 Oktober 2012) dan Kejohanan Angkat Berat Zon Selatan 1/2012 di Segamat Johor ( Oktober 2012).Program TID akan di jalankan di Jasin, Melaka. Latihan berjalan dengan baik. Kehadiran agak merosot( peperiksaan PMR ).
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka
Tarikh : 22/09/2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG (20 SEPTEMBER 2012)

PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG

Tarikh   :  20 September 2012
Masa     : 6.00pm
Tempat : PLN Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka.

KEHADIRAN

1. Coach Rozali bin Md. Nor - JSM
2. Atlet - 7 Atlet , 4 Atlet (L) , 3 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Lawn Bowls Single ( latihan biasa ). Kejohanan yang telah berlangsung iaitu Kejohanan Lawn Bowls Mixed Triples anjuran UiTM Melaka di Kompleks Boling Padang Stadium Hang Jebat Melaka pada 15 September 2012. Pasukan Lawn Bowls USPTN Melaka (UTEM B) telah mendapat tempat ke-2 (Naib Johan) daripada 8 pasukan yang bertanding. Keputusan di Final berbeza hanya 1 mata dengan pasukan UTEM A ( 8-9 ).Kejohanan yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan Fours 2012 di Green Lawn Bowls Kangar, Perlis ( 16-19 Oktober 2012 ) dan Pertandingan 'Monthly Medal' Tahun 2012 Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka- Single di Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka ( Oktober 2012).Program TID ( Program Pengenalan ) dan seterusnya Lawn Bowls Rules akan di jalankan di Pusat Sukan Hang Jebat bawah 12 tahun untuk sekolah-sekolah berdekatan sekitar tempat latihan dalam masa terdekat. Latihan berjalan dengan baik manakala kehadiran agak merosot kerana ada di kalangan atlit yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Boling Padang USPTN Melaka
Tarikh : 22/09/2012

Saturday, September 22, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (22 SEPTEMBER 2012)

Tarikh : 22 Sept 2012
Masa : sesi 1(10 pg - 12tghari), sesi 2 (2 ptg - 5 ptg)
Tempat : Pusat Latihan Menembak Ayer Keroh
Kehadiran : JLN - 1
JSM - 1
ATLET - 8 lelaki
1 perempuan

Laporan

Ramai atlet menghadiri kelas ganti pada hari ini. Latihan dikendalikan oleh JLN dan dibantu bersama JSM untuk memperbaiki markah atlet. Persediaan atlet bawah 15 tahun untuk Kem YOG yang akan diadakan pada 1 hingga 6 November ini.


Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MD JAMIL
PPN Menembak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMRAMA (21 SEPTEMBER 2012)

Tarikh : 21 Sept 2012
Masa. : 7 ptg - 9 mlm
Tempat. : Dewan Gimnasium Air Leleh Melaka
Kehadiran : JSM - 1
Atlet - 28

Laporan

Kehadiran atlet sangat memberangsangkan pada hari ini. JSM kini sedang memfokuskan kepada atlet yang akan menyertai kejohanan Oktober nanti. Seramai 12 orang atlet terpilih untuk menyertai kejohanan di Kuala Lumpur nanti. Latihan pada hari ini dibantu oleh pelajar atlet senior.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BT MD JAMIL
PPN Gimrama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (21 SEPTEMBER 2012)

TARIKH : 21 Sept 2012
MASA : 5.30 ptg - 6.15 ptg
TEMPAT: Dewan Gimnastik Air Leleh,Melaka.
KEHADIRAN : JSM - 1
ATLET - 10

LAPORAN : Kehadiran atlet memuaskan selepas berakhirnya peperiksaan UPSR. Atlet kini lebih berfokus kepada kejohanan akan datang pada awal Oktober nanti. JSM mengadakan sebuah 'mini game' untuk mempelbagaikan latihan pada hari ini disamping melatih atlet agar lebih yakin dan berani untuk bertanding.

Laporan oleh,
NORAISHAH BT MD.JAMIL
PPN Gimnastik Artistik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.