Sunday, November 27, 2011

Hari Ke-3 Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011

Hari ketiga Kem berjalan mengikut jadual. Seperti biasa atlet-atlet,jurulatih serta pegawai berada di Dataran Pahlawan untuk senaman pagi jam 6.45 pagi.

Seterusnya atlet akan bersama-sama jurulatih mereka dalam sesi perbincangan dan kaunseling oleh jurulatih masing-masing selama 2 jam dan pihak urusetia akan menerima feedback dari mereka untuk mempertingkat prestasi sukan masing-masing.

Kemudian, diadakan satu permainan arahan yang akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai sehingga selesai dan Majlis Penutupan Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011 pada jam 12.00 tengah hari.

Saturday, November 26, 2011

Hari Ke-2 Kem Latihan Pelapis Negeri Melaka 2011

Hari kedua pengisian program berjalan lancar. Sesi pagi atlet dikumpulkan untuk senaman pagi jam 6.45pg di Dataran Pahlawan dengan kendalian oleh En.Zamri bin Lajim.

Selepas senaman, atlet dan jurulatih ke venue latihan sukan masing-masing mengikut jadual. Jam, 2.00 ptg atlet didedahkan pembelajaran kompas, arahan serta menyelesaikan masalah bersama kumpulan masing-masing untuk sesi explorer race pd Jam 5.00ptg. Sesi malam, mereka diberikan taklimat tentang tujuan, matlamat program sesi explorer race.

Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011

Tempat: Ayer Keroh D'Village Resort,Melaka
Tarikh: 25 - 27 November 2011

Kem Latihan Karnival Pelapis Negeri Melaka 2011 julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan untuk penyediaan pasukan Negeri Melaka ke Karnival Pelapis Negeri X Perlis yang akan berlangsung pada 07 - 12 Disember nanti.

Kehadiran atlet seramai 41 Atlet, 5 Jurulatih, 15 Pegawai MSN Melaka/USPTN sebagai Jawatankuasa pelaksanaan program untuk 5 Jenis Sukan iaitu Angkat Berat, Gimrama, Memanah, Sepaktakraw dan Tinju.

Bagi pengisian program, atlet diberikan jadual yang padat semasa kem ini dilaksanakan iaitu mulai Jam 6.45 pagi untuk sesi senaman dan diikuti latihan mengikut sukan masing-masing sehingga tengah hari.

Seterusnya, mereka akan didedahkan dalam kerja sepasukan untuk sesi mini explorer race berpandukan kompas. Sesi malam akan diberi ceramah motivasi dan post mortem sesi pada hari tersebut.

Wednesday, November 23, 2011

Pemantauan PLN Gimrama pada 22/11/11 jam 3.30 ptg

Pemantauan telah dijalankan pada hari tersebut di PLN Gimrama di Dewan Gimnastik Ayer Leleh, Melaka. Pemanatauan dibuat bersama 2 lagi pegawai MSN Melaka.

Kehadiran seramai 14 atlet dan seorang jurulatih penuh masa iaitu Cik Sara sedang menjalankan latihan. Pada hari ini latihan dijalankan kepada 2 sesi pagi dan petang. Persediaan untuk pertandingan Karnival Pelapis Sirkit 2/2011 yang akan diadakan di Perlis giat diatur untuk memberi persedian ♈ªʼnĝ secukupnya kepada atlet ♈ªʼnĝ akan bertanding nanti.

Persedian juga telah dirancang oleh pihak USPTN Melaka dengan mengadakan Kem Latihan Karnival Pelepis Melaka 2011 bagi sukan2 ♈ªʼnĝ akan bertanding di Karnival Perlis iaitu Sukan Memanah, Sepaktakraw, Angkat Berat, Gimrama dan Tinju. Kem tersebut dijadualkan pada 25 hingga 27 November 2011 bertempat di Ayer Keroh D'Village, Melaka.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN USPTN Melaka

Monday, November 21, 2011

13th Ong Beng Hee/Nicol David Trophy 2011

Tempat: Gelanggang Skuasy Hang Jebat
Tarikh: 21 - 24 November 2011

Keputusan:

Round 1- Boys Elite

Adam Agan Aziz Mel vs Lim Wei Xin Sel kalah ke kumpulan kedua

Travis Tan Srwk vs Wang Peng Soon Mel menang ke pusingan kedua

Siow Yee Qian Mel vs Ahmad Sufyan Rusli Jhr menang ke pusingan kedua

Round 1 - Girls Elite

Nur Thagifah Laili Mel vs Charlize Goh Srwk menang ke pusingan kedua.

Round 1 - Girls Development

Leandra Abigali De Costa Mel vs Nur Sara Halisha Halim Jhr kalah ke kumpulan kedua.

Natasha Shahirah Khoo Mel vs Michelle Yong FT menang ke pusingan kedua