Friday, October 28, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw 28/10/11 jam 9 mlm

Latihan PLN takraw pada hari ini bermula jam 8.30 mlm dan tamat jam 11 mlm. Latihan dijalankan bersama-sama dengan atlet SPTS SMK Seri Kota, Melaka . Kehadiran atlet PLN seramai 11 org dan seorang jurulatih en. Abu Basrah Ahmad (JSM).

Untuk makluman, Ujian kecergasan oleh pihak ISN sepatutnya dijadualkan pada hari ini bermula 9 mlm tetapi dibatalkan.
Ujian kecergasan tersebut akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak ISN Melaka.

Sekian.

Laporan dari Lutfi bin Asiman
PPN Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pergerakan Pasukan Gimrama Ke Kejohanan Sportexcel Sirkit 2/2011 di Bukit Jalil, KL

Kejohanan akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011 bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seramai 13 peserta menyertai ke kejohanan tersebut.

Sekian,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 25, 2011

Pemantauan PLN Memanah 25/10/2011 jam 5.30 ptg

pemantauan telah dijalankan pada 25 Oktober 2011 di PLN Memanah, Ayer Keroh Melaka.

Kehadiran atlet seramai 11 orang (6 lelaki dan 5 wanita).

Perjumpaan Atlet dibuat bagi memaklumkan mengenai jadual bengkel, pergerakan pergi dan balik, keperluan peralatan yang perlu dibawa oleh para peserta ke program Latihan dan Bengkel Memanah 2011 anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia yang diadakan pada 27 hingga 30 Oktober 2011 bertempat di Universit Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Seramai 4 atlet Melaka terlibat dalam program tersebut.

Sekian, terima kasih

Laporan dari Lutfi Asiman
PPN memanah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan ke TID Sukan Skuasy 2011

Program berjalan lancar dengan sokongan yang baik di peringkat sekolah serta guru-guru yang terlibat. Sambutan minat pelajar-pelajar mengenai sukan Skuasy amat baik dan menggalakkan. 2 buah sekolah yang sempat dilawat dimana anggaran hampir 250 pelajar telah disenaraikan nama pelajar terpilih untuk sesi ujian seterusnya pada 18-19 November nanti dengan kerjasama ISN Melaka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 22, 2011

Hari Kedua Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011, Selangor

Hari kedua peringkat kumpulan dalam acara double dan regu masih lagi dijalankan. Pasukan Melaka dalam acara double telah menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan mata 3-1 dan menjuarai kumpulan C. Diperingkat sukuakhir Melaka diundi melawan pasukan Sek. Sukan Bandar Penawar, Johor. Melaka tewas dengan mata 0-3.

Manakala dalam acara regu Melaka tidak layak keperingkat sukuakhir apabila tewas kepada pasukan Negeri Sembilan dengan mata 0-3.

Keputusan pada 22/10/11 :
Acara regu
Melaka (0) vs N.Sembilan(3)
Kalah diperingkat kumpulan

Acara Double
Peringkat Kumpulan
Melaka (3) vs Pulau Pinang (1)
Melaka Johan Kumpulan

Peringkat Sukuakhir
Melaka (0) vs SSTi B (3)

Sekian Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Sepaktakraw

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 21, 2011

Hari Pertama Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011, Petaling Jaya Selangor

Pasukan PLN Melaka sedang menyertai Kejohanan Sepaktakraw Pelapis Negeri 2011 yang dianjurkan oleh MSN/USPTN Selangor bermula pada 20 hingga 23 Oktober 2011 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Melaka telah menghantar seramai 8 atlet, 2 jurulatih dan 2 pegawai ke kejohanan tersebut. Melaka menyertai ketegori bawah 21 tahun (acara regu dan double) manakala bawah 18 tahun tidak dapat menyertai disebabkan bertindih 3 kejohanan pada tarikh yang sama iaitu di Selangor, Kelantan dna Negeri Sembilan.

Keputusan pasukan pada hari pertama kejohanan (20/10/11) di peringkat kumpulan dalam acara double Melaka menewaskan N.Sembilan 3-2, manakala acara regu Melaka tewas kepada Kelantan 1-3.

Esok Melaka akan bertemu Pulau Pinang bagi acara double dan N.Sembilan dalam acara regu.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
SDO Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 20, 2011

Pemantauan PLN olahraga

Tarikh: 11 okt 2011
Masa: 5.00pm

Mengikut jurulatih En Valatharasu, sepatutnya ISN Melaka bersama MSN Negeri menjalankan Ujian Kecergasan, tapi tada staf yang hadir untuk ujian. Bila berjumpa dgn KU ISN En Ridzuan, beliau maklumkan bahawa tidak ada ujian dan beliau juga tidak dimaklumkan. Saya telah menghubungi Pengarah MSN menegenai pekara ini beliau juga tidak tahu mengenai pekara ini. KU USPTN pun tidak dimaklum bahawa ujian ini.Pegawai MSN (Cik Tan Gek Chu) tidak dapat dihubungi untuk bincang mengenai pekara ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 19, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw pada 19/10/2011

Kehadiran seramai 12 atlet dan 2 org jurulatih serta pengurus sepaktaraw SUKMA Pahang 2012 turut hadir menjalani sesi latihan pada hari ini.

Laporan dari Lutfi Asiman
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 17, 2011

Pemantauan PLN Sepaktakraw pada 17/10/11 jam 9.30 mlm

Pemantauan latihan PLN Sepaktakraw pada 17 Oktober 2011 (Isnin) jam 9.30 malam di Dewan MSN Seri Kota. Kehadiran 14 org atlet dan seorang jurulatih En. Abu Basrah Ahmad.

Latihan penyesuaian regu melibatkan regu bawah 21 dan bawah 18 tahun bagi persiapan ke Kejohanan Sepaktakraw Pelapis 2011 yang dianjurkan oleh MSN/USPTN Selangor pada 20 hinggga 23 Oktober 2011 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

Masalah yang dihadapi adalah kekurangan bola takraw menganggu sesi latihan harian. Hampir 20 biji bola telah pecah dan tidak boleh digunakan lagi. Kini hanya tinggal 10 biji sahaja bola takraw.

Sesi latihan bagi persiapan ke kejohanan telah dijalankan pada 13/10 dan akan tamat pada 19/10/2011 (setiap hari) bermula jam 9 - 11.30 malam.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Sepaktakraw
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersama Antonio Diaz World Championship Karate dari Venezuela



Mohammad Zaki bin Zainal Abidin
Ketua Unit
USPTN Melaka
Majlis Sukan Negeri Melaka
http://www.usptnmlk.blogspot.com

Sunday, October 16, 2011

Pemantauan Kem Bakat Pembangunan Sukan Gimnastik Artistik SPTS 2011

Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan kem bakat SPTS peringkat zon selatan melibatkan 3 buah negeri iaitu Melaka, johor dan N.Sembilan. Kem Bakat ini bermula pada 14 hingga 16 Oktober 2011 bertempat di Dewan Gimnastik MSN, Ayer Leleh, Melaka.

Seramai 12 atlet pembangunan USPTN Melaka turut menyertai kem bakat tersebut.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Sukan Gimnastik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 14, 2011

Pemantaun PCP dan KUPN ke PLN Gimnastik pada 14/10/2011

Pemantaun ke PLN tersebut pada jam 4.30 ptg di Dewan Gimnastik Ayer Leleh, Melaka bagi mengenalpasti kerosakan teruk peralatan latihan gimnastik yang perlu dibaiki dan ditukar dengan yang baru.

Perjumpaan bersama 3 orang atlet gimnastik lelaki ♈ªʼnĝ sedang menjalani latihan. PCP meminta SDO membantu atlet dan jurulatih tersebut bagi menaikkan prestasi gimnas lelaki yang berpotensi untuk maju lagi.

Pemantauan Sukan Angkat Berat juga dijalankan dengan berjumpa dengan jurulatih dan atlet yang baru ingin memulakan latihan. PCP meminta membuat TID bagi memperbanyakan atlet sukan angkat berat.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
Sdo Melaka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.